RSS

Himpunan R: Gambar ‘tukang pukul’ diedarkan

28 Jun
Harakahdaily, 27 Jun 2012

KOTA BHARU: Ekoran tragedi berdarah dalam perhimpunan aman ‘R’ di depan Kota Darul Naim baru-baru ini, para penyokong ‘R’ mula mengedar foto pihak yang memukul.

(Penyokong R dipukul)

Sesiapa ada maklumat, boleh salurkan pada pihak kami di Pages https://www.facebook.com/RoyaltyOfficialPages,” tulis mesej yang dihantar melalui Facebook itu.

(Dua keping gambar yang disiarkan berhubung dengan tukang pukul dalam Himpunan R di Kota Bharu)

Isnin lalu, Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (ROYALTI) atau ringkas ‘R” menganjurkan majlis penyerahan memorandum kepada kerajaan negeri Kelantan.

Namun majlis itu diganggu oleh kumpulan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) yang dipimpin Ibrahim Ali dan NGO Sedar.

Ekoran pertembungan itu, seorang blogger, Aduka Taruna telah dipukul sehingga mukanya berdarah.

Empat lagi aktivis R juga didakwa dipukul dan mereka telah membuat laporan polis mengenainya.

Naib Pengerusi R, Abu Samah Hassan,  salah seorang yang dipukul memberitahu media, beliau dipukul ketika rundingan dengan polis dibuat untuk menentukan kawasan himpunan antara mereka dengan kumpulan lawan mereka.

Dalam keadaan tegang dan bising itulah beliau mendakwa dipukul oleh orang yang tidak dikenali.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 28 Jun 2012 in 5 NEGERI PR

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: