RSS

Kebijaksaan Dr.Mursi, Ustaz Azizan dan Felda Venture!

17 Jul

Oleh: dewa

“Al-kisah, maka mengadulah sahabat saya dengan resah-gelisahnya bertanyakan isu pembelian saham Felda Venture sebanyak 500 ribu unit oleh kerajaan Kedah sedangkan dasar Pakatan jelas dalam membantahnya. ‘Apa rasional tindakan ustaz Azizan tu Prof?’, dia bertanya. Ada 3 rahsia dalam hal ini.

Terlebih dahulu, perlu kita selidik asal usul berita ini, selaras dengan ayat Quran yang menyuruh kita menyelidiki sesuatu berita itu terlebih dahulu. Sumbernya ialah tweeter KJ yang bersorak sakan dalam isu ini, lalu di re-tweet oleh Ustaz Asri yang turut kehairanan. Untuk menjimatkan masa, kita kira berita itu betul sahajalah.

Ada sekurangnya 3 rahsia dalam tindakan kerajaan PAS Kedah ini. PERTAMAnya, adalah sangat tidak bijak sekiranya tiada kerajaan negeri dibawah Pakatan yang memiliki pegangan dalam saham Felda Venture kerana ini akan menyukarkan Pakatan untuk membuat bantahan dari dalam. Dengan memiliki sebahagian saham, selaku minority shareholder, Pakatan sekurangnya mampu menimbulkan pelbagai bantahan dari dalam. Dalam bahasa undang-undang, pemegang saham tersebut akan mempunyai locus standi dalam hal ini. Tanpa sebarang saham, Pakatan tiada sebarang suara dan tidak mampu menzahirkan bantahan dari dalam. Kes yang dibawa ke mahkamah pun lebih senang ditolak kerana tiada tiada hak membantah kerana dikira ‘tiada interest’.

KEDUA, ini tidak bermakna PAS Kedah atau Ustaz Azizan bersetuju dengan Felda Venture. Lawan tetap lawan. Apa yang berlaku ialah tindakan bijak ini diambil untuk melindungi kepentingan Melayu sementara isu ini dilawan dari segenap penjuru, dalam dan luar.

KETIGA, jumlah yang diambik. Memang kerajaan negeri-kerajaan negeri  ditawar 513 juta unit saham. Tindakan bijak Ustaz Azizan menunjukkan bahawa kepentingan rakyat sentiasa mengataasi kepentingan politik pada Pakatan. Sekiranya keseluruhan Pakatan memboikot saham Felda Venture, nescaya harga saham yang berkemungkinan ditolak-tolak agar mencanak oleh UMNO akan diratah sepenuhnya oleh kroni UMNO dan pemegang saham. Jumlah Felda di Kedah banyak dan apa-apa tindakan kerajaan negeri tentulah mengambil kira kepentingan rakyat Kedah. Justeru, syabas atas kebijaksanaan Kedah.

Mari lihat situasi Dr.Mursi di Mesir. Ada yang mempertikai sikap lembut yang diambil oleh Dr.Mursi ke atas tentera Mesir  dan Israel. Tentera yang terkenal dengan korupsi dibawah Mubarak di mana jeneral-jeneralnya meratah kekayaan negara dengan mebahagi-bahagikan projek sesame mereka (sewaktu zaman Mubarak) di beri jaminan oleh Dr.Mursi dan Ikhwan bahawa harta mereka tidak akan disita, projek mereka yang sebelum ini tidak akan dikacau malah tentera akan terus diberi amanah untuk menjaga negara.

Inilah kebijaksanaan dalam berpolitik. Sekiranya Dr.Mursi dan Ikhwan mengambil pendekatan konfrontasi dan permusuhan dengan tentera Mesir dalam scenario politik Mesir sekarang, nescaya bergelimpanganlah mayat-mayat ditepi-tepi jalan-jalan Mesir dalam suatu pertempuran maha hebat antara rakyat pro-Ikhwan dan tentera.

Secara ringkasnya, usah cepat resah gelisah. Percayalah kepada kebijaksaan kepimpinan ulama dan usah segan untuk menegur secara berhikmah bila perlu. Dan jangan menari-nari dengan rentak gedang yang dipalu oleh musuh!

kepada KJ, kami masih ingat ‘jenaka gila’ anda betapa sahabat anda saja-saja meminjamkan beberapa juta untuk anda beli saham satu waktu dulu. Psiko betul. Sedarlah bahawa kau tu melukut ditepi gantang saja di zaman Najib-Mahathir ni. Insaflah. Peluang taubat masih terbuka.

Wassalam dan salam sayang.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 17 Julai 2012 in ISU FELDA

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: