RSS

PAS, penduduk Jengka 16 baiki jalan sendiri

25 Jul

BANDAR TUN RAZAK JENGKA: PAS Kawasan Kuala Krau mengambil inisiatif bersama penduduk membaiki sendiri secara gotong-royong jalan di Blok C dalam Felda Jengka 16 di sini, setelah tidak diindahkan oleh pihak Felda.

Ketua Pemuda PAS Kuala Krau Ustaz Shahril Azman Abdul Halim berkata, pihaknya terpaksa membantu penduduk membaiki jalan yang sudah lama rosak itu kerana menjadi laluan penting untuk pennduduk mengeluarkan hasil ladang serta urusan lain.

“Penduduk setempat sudah pun berjumpa dengan Pengurus Felda untuk mendapatkan peruntukan membaiki jalan yang dah lama rosak tetapi jawapan yang diterima amatlah menyedihkan kerana beliau menyatakan tanah ini tidak pernah digazetkan untuk buat jalan.

“Sedangkan lori-lori Felda mengguna dan melalui jalan ini bagi mengeluarkan getah hasil dari ladang. Yang peliknya jalan ini sendiri dibuat oleh Felda mula-mula dulu, tiba-tiba bila penduduk mohon untuk membaiki jalan yang telah rosak mereka katakan tanah ini tidak digazet,” katanya ketika ditemui semasa kerja gotong-royong.

Shahril berkata, beliau fikir pihak Felda enggan menghulur bantuan disebabkan markas PAS yang ada di situ yang sentiasa meriah dengan pelbagai aktiviti.

“Saya rasa itulah sebabnya mereka tidak meluluskan peruntukan untuk membaiki jalan ini.

“Ini membuatkan PAS dan pihak penduduk Jengka 16 sudah berusaha mengumpul dana sendiri dan hari ini sudah tiba masanya kita membaiki jalan sendiri. Mudah-mudahan semua kerja dilakukan mendapat perhatian masyarakat,” ujarnya.

Tambah Shahril, sudah sampai masanya rakyat menjatuhkan BN yang selalu melaungkan ‘rakyat didahulukan’, ‘janji ditepati’ dan berbagai slogan tetapi hanya sekadar retorik semata-mata.

Shahril berkata, bukan sahaja jalan dalam ladang bahkan jalan utama dari Kampung Awah ke Bandar Jengka juga dibiarkan pihak kerajaan sedangkan keadaan jalan yang sempit serta tebing bahu jalan yang tinggi menyebabkan kemalangan berlaku hampir setiap hari termasuk kemalangan maut.

Menurut Shahril, sudah bertimbun-timbun surat rayuan dan permohonan daripada pengguna-pengguna jalan raya tersebut yang mahu pihak berkuasa segera membesarkan jalan sepanjang kira-kira 40 kilometer itu kerana pada masa ini kenderaan semakin banyak terutama sejak siapnya Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang mana jalan keluar tol berada di Jengka 19.

“Jalan itu juga merupakan penghubung antara daerah-daerah Pahang Barat dengan Kuantan. Selain daripada kenderaan pengangkut hasil pertanian yang berulang-alik, Bandar Jengka sendiri sudah rancak dengan aktiviti perniagaan membuatkan banyak kereta keluar masuk ke sini Tetapi jalan tidak dilebarkan.

“Kita dengar janji demi janji terutama menjelang pilihan raya termasuk oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melawat ke Jengka dulu untuk melebarkan jalan tersebut, namun janji terus kekal tinggal janji,” katanya.

GAMBAR:
1.Penduduk bergotong-royong membaiki jalan di Jengka 16
2.Shahril Azman (empat, kanan) bersama penduduk semasa program membaiki jalan Jengka 16

 
Tinggalkan komen

Posted by di 25 Julai 2012 in BERITA PAHANG

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: