RSS

Pendedahan Bajet Felda 2012

26 Jul

Dokumen ini adalah dari Bajet Felda 2012. Ia lanjutan pendedahan saya mengenai defisit yg bakal ditanggung oleh Felda selepas penyenaraian FGVH di Bursa Msia 28 jun lalu. Sekaligus menjawab kesangsian sesetengah pihak fakta yg dikemukakan.

Bajet ini dikemukakan dalam Seminar Pengurusan Tertinggi Felda dan merumuskan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahun 2012.A. Pendapatan diperolehi dari Pajakan Perladangan Felda Plantation, 15% Keuntungan Perkongsian Pertanian, Pelaburan, sumber dalaman spt hasil sewaan, jualan rumah projek Feldajaya, projek khas dan hasil daripada lot Felda.

B. Antara yang termasuk dalam Perbelanjaan yang mungkin kita tidak tahu selama ini ialah bayaran pinjaman hutang Felda sebanyak RM6.5 bilion kpd KWSP. Tahun 2012 sahaja RM171.500,000 diperuntukkan utk bayar pinjaman kpd KWSP sahaja. Walhal kita curiga kemana pinjaman ini disalurkan!

Menjadi tandatanya juga ialah kenapa pula Felda yg harus menanggung Projek Bekalan Air Negeri Pahang berjumlah RM 100 juta dan sumbangan Pembangunan Negeri Sabah berjumlah RM 131,990,000. Ini tanggungjawab Kerajaan Negeri dan Pusat menerusi peruntukkan prasarana dan pembangunan luar bandar.

Saya akan dedahkan terma2 penting bagi membuktikan hujah bahwa selepas penyenaraian FGVH di Bursa Msia;utk tahun 2012 sahaja, defisit sebanyak RM600,576,242. Ia tidak berlaku sebelum ini. Kehilangan pendapatan terbesar dari hasil Ladang Felda Plantation iaitu RM 1,436,520,583 yg direkodkan pada tahun 2011.

Ada orang tidak mempercayai tanah Felda Plantation seluas 360,000 hektar boleh menjana pendapatan hingga RM 2 bilion setahun. Utk makluman, itulah unjuran daripada Felda Plantation sendiri. Bahkan, jika bandingkan dengan Sime Darby dan IOI, tanah seluas Felda Plantation sepatutnya memperolehi pendapatan lebih daripada iti.

Tema Bajet Felda 2011- Kearah Menjayakan Transformasi Negara. 2012- Merealisasikan Transformasi. Bajet Negara 2012- Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara.
Penyenaraian FGVH di Bursa Msia dah berlaku. Logiknya, pendapatan berlipat kali ganda sepertimana yg diwar2kan; apa yang berlaku, DEFISIT…DEFISIT…..DEFISIT.

Nantikan pendedahan berikutnya, SELAMAT BERPUASA.

MAZLAN ALIMAN

 
Tinggalkan komen

Posted by di 26 Julai 2012 in ISU FELDA

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: