RSS

Harga kereta turun: Pemikiran pemimpin Umno setaraf JKKK Kg Bantal

28 Jul
Political will Pakatan Rakyat yg terbaru adalah mahu menurunkan harga kereta milik rakyat amnya. Isu ini menjadi bebanan baru kepada kerajaan Umno Bn.
Ramai yang memberi pelbagai reaksi, antara yang paling kartun dan dangkal adalah keluar dari mulut pimpinan kerajaan yang biasa dan lazim sokmo. Antara dakwa mereka jika harga kereta turun maka jalanraya Malaysia akan penuh sesak lah dengan kenderaan, sebab kereta murah dan rakyat akan membeli 10 buah seorang agaknya (tambah penulis).
Di atas ini adalah sifir-sifir atau konotasi-konotasi mudah pimpinan Umno yg mahu mempandirkan pemikiran rakyat. Inilah antara lagu dan dendangan  yang sering kita dengari juga sebagau kelazman rekasi. Jika kerajaan Umno Bn tumbang negara akan jadi huru hara. Juga bila harga gula naik rakyat kena makan sikit gula untuk elakkan penyakit kencing manis. Jika pembangkang turunkan semua harga barang negara akan muflis atau bangkraplah.
Entahlah macam atau tidak sekolah pemikiran pemimpin macam ni, tetapi kalangan yang keluar kenyataan ini selalu sahaja melancong ke luar negara, tentu mereka dapat lihat macam kenderaan sesak, jalan sesak , penduduk sesak. Yang pelik dan hairannya ada juga kalangan rakyat yg sekolh tinggipun ikut sama bercakap guna kepala lutut ni.
Apalah guna para pemikir kita, tubuh unit itu dan ini seperti EPU, MAMPU,SERU,  dan lain-lain agensi bawah JPM yang kerajnya merancang, mengubal, merangka program-program ekonomi. Kalau setakat harga kereta turun dan jalan jadi sesak alahai orang kampung Bantal Ulu Tembeling boleh jadi menteri lah kalu macam tu.Perkiraan logik sahaja dan kemungkinan akal dan usaha ikhtiar sahaja tidak mampu mentelaah semua benda dan perkara. Jika sekitar bandaraya perkasakan sistem pengangkutan awam menjadi alternatif utama seperti negara-negara maju bandar besar dunia. janganlah swastakan KTMB kocnya macam zaman sebelum merdeka. Kalu tak tahu urus bagilah kat tokeh Air Asia pandailah dia buat tu…..

Kemarahan lain adalah kenapa pembangkang asyik mahu kasi turun. Itulah namanya yang PR mahu berikan kepada rakyat. Jika semua turun tentulah beri kesan positif.
Kecualilah yang turun itu PM dan para menteri sekarang, kasi turn macam pengerusi SYABAS, adakah rakyat rugi. Sebagai contoh gaji Pengerusi Syabas sahaja boleh menampung bayaran 4000 orang kakitangan berijazah katogeri DS/DG/44 dalam masa sebulan.

Turun Harga Kenderaan: Cadangan Tak Rasional Pembangkang

 KUALA LUMPUR: Janji pembangkang mahu merombak Dasar Automotif Negara sekaligus mahu menurunkan harga kereta jika dapat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang dilihat sebagai tidak rasional.
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata cadangan itu tidak rasional kerana dalam sekilas pandang kelihatan menarik, namun untuk jangka panjang akan memberi kesan negatif kepada ekonomi negara dan kehidupan rakyat. “Pembangkang ni, saya tengok, dengan mudahnya nak turunkan harga itu dan ini, sampai rugi. Sedangkan syarikat-syarikat kereta inilah yang membayar cukai kepada kerajaan, yang sekaligus kembali semula kepada rakyat dalam bentuk pelbagai faedah untuk rakyat,” katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.
Beliau mengulas kenyataan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat Mohd Rafizi Ramli yang dilapor berkata menerusi penstrukturan semula Dasar Automotif Negara dapat mengurangkan beban hutang rakyat sekaligus dapat meningkatkan pendapatan boleh guna.
Tajuddin, yang juga Pengerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) berkata pembangkang perlu juga melihat kesan sebarang cadangan mereka terhadap rakyat, bajet negara, agenda pembangunan dan juga pendapatan kerajaan.
“Jika syarikat ini bayar cukai yang sedikit, pendapatan kerajaan berkurangan dan dengan itu macam mana kerajaan akan mampu membiayai agenda pembangunan seperti membina hospital dan jalan raya untuk faedah rakyat.
“Tanpa prasarana yang baik, tidak wujud persekitaran yang kondusif untuk pelaburan, mengakibatkan syarikat rugi dan pelabur lari. Akhirnya rakyat jadi mangsa apabila dibuang kerja dan menganggur,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Tajuddin berkata langkah kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang ditadbir PAS-DAP dan Parti Keadilan Rakyat memberi bonus kepada penjawat awam negeri masing-masing membuktikan bahawa mereka terpaksa meniru langkah yang dibuat oleh kerajaan pusat.
“Pembangkang dari awal lagi tuduh apa yang kerajaan buat semuanya sebagai memancing undi. Namun akhirnya mereka nampak usaha itu baik dan terpaksa turut melakukannya demi mengekalkan kuasa mereka di negeri-negeri itu,” katanya.
Semalam, kerajaan Selangor meluluskan pemberian bonus setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM500 dan juga memutuskan untuk memberi bonus tambahan sebanyak RM200 yang dinamakan Bonus Simpanan Selangorku kepada penjawat awam negeri.
Manakala kerajaan Pulau Pinang mengumumkan akan memberi bonus setengah bulan gaji atau minimum RM600 kepada pegawai perkhidmatan awam negeri. –BERNAMA
 
Tinggalkan komen

Posted by di 28 Julai 2012 in ISU SEMASA

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: