RSS

Profesional muda dijemput ke program 11 Ogos ini

09 Aug
oleh Harakahdaily

KUALA LUMPUR : Dewan Pemuda PAS Malaysia menjemput seluruh profesional muda dari sektor kerajaan dan swasta, graduan dalam dan luar negara untuk menghadiri program ‘Xpresi Profesional Muda Ke Putrajaya’ pada Sabtu, 11 Ogos ini.

Program ini akan berlangsung di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam.

Pendaftaran bermula jam 1 petang, disusuli dengan aktiviti Xpresi dan dijadualkan berakhir dengan majlis berbuka puasa bersama Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“Program ini sebagai medan pemantapan peranan profesional muda dalam agenda Membangun Negara Berkebajikan.

“Jadikan Xpresi ini sebagai manifestasi kebersamaan profesional muda dalam agenda mengisi kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di Putrajaya kelak, insyaAllah,” kata ketuanya Nasrudin Hassan.

Bertemakan agenda ‘Maknakan Kemenangan’, program ini akan memberi penumpuan terhadap peranan profesional muda dalam agenda mengisi dan memaknakan kemenangan di dalam kerangka Negara Berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

Ianya juga sebagai wadah kepada golongan profesional muda membina jaringan mengikut bidang kepakaran masing-masing.

Selain itu, ia juga merupakan satu platform untuk profesional muda berdiskusi dan berdialog secara langsung bersama pimpinan tertinggi, antaranya Presiden PAS, AJK PAS Pusat, EXCO Pemuda, Ameerah, serta beberapa NGO badan professional.

Pendaftaran awal boleh dilakukan melalui borang pendaftaran maya di capaian http://tiny.cc/Xpresi-Profesional-Muda. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pihak urusetia, Sdr Hamdan (019-2106004) dan Sdr Muhammad (019-3303236).

 
Tinggalkan komen

Posted by di 9 Ogos 2012 in Penerangan Pusat

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: