RSS

Akhil Hayy Tidak Mahu Artis ‘Berhijrah’ Jadi Mangsa Orang Politik

10 Aug
Mengapa Akil Hayy Resah Artis Ramai Berhijrah?
Oleh: WFAUZDIN NS

MEMBACA kenyataan Akil Hayy di SINI, jelas nampaknya Akil Hayy semakin jahil di dalam menilai bidang dakwah dan politik. Mungkin beliau kini sudah glamour seperti artis-artis yang lain, maka penghijrahan artis kepada dunia politik terutamanya kepada PAS menjadikan Akil Hayy semakin dilupakan dalam perjuangan PAS. Akil Hayy sudah setaraf dengan Amy Search, rakan kumpulan sezaman rock beliau dahulu.

Beliau menyebut, “Tidak salah sekiranya artis mahu menyokong Umno, PAS, PKR atau DAP”. Ayat itu sudah cukup buat kita ke mana perjuangan Akil Hayy sekarang. Beliau memberikan contoh dirinya sendiri sewaktu mula-mula berada di pentas politik terutamanya PAS. Benar, ketika itu kita tahu nilai Akil Hayy tidak semewah Akil Hayy sekarang.

Akil Hayy menyebut juga, artis perlu mendalami dahulu bab agama sebelum berdakwah. Kita mahu tanya Akil Hayy sehingga tahap mana ilmu yang patut kita ada sebelum kita diwajibkan berdakwah orang lain? Sehingga ke tahap Tok Guru atau Ulamak? Atau sehingga ke tahap beliau sekarang? Adakah untuk menyedarkan orang ramai agar jangan melakukan maksiat perlu kepada ilmu yang tinggi setinggi Ulamak?
Kita semua tahu, tiada artis yang diminta untuk mengajar ilmu khusus seperti Fekah, Tauhid atau Tafsir Al-Quran yang sememangnya memerlukan ilmu yang tinggi sebelum mengajar orang lain. Artis yang telah berhijrah ini mereka hanya menyampaikan pengalaman mereka sewaktu di zaman kegelapan dahulu dan mereka ingin memberikan ingatan kepada orang ramai terutamanya golongan muda agar jangan lupa kepada agama. Adakah untuk itu, artis-artis ini perlu menimba ilmu agama yang mendalam terlebih dahulu?
Kita masih ingat, Akil Hayy sendiri pernah memberitahu kita “sampaikanlah ilmu walaupun sepatah ayat”. Adakah untuk sepatah ayat ini perlu kepada pengajian pondok atau ijazah Al-Azhar terlebih dahulu? Nampaknya Akil Hayy seolah-olah merasa malu apabila semakin ramai artis menjauhi dunia glamour dan mendekati perjuangan Islam, beliau pula mendekati dunia glamour.
Apabila Akil Hayy berkata, tidak kisah artis menyokong Umno atau mana-mana parti sekali pun sudah cukup jelas betapa hanyutnya Akil Hayy dibuai oleh dunia glamour. Sebab itu jangan pelik ke mana hilangnya serban dan kopiah Akil Hayy. Jika ditanya kepada beliau, nescaya Akil Hayy akan menjawan serban dan jubah tidak penting, yang penting hati……Itulah jawapan `standard’ artis-artis yang hanyut di dunia glamour…/wfauzdin.blogspot.com
Akhil Hayy Tidak Mahu Artis ‘Berhijrah’ Jadi Mangsa Orang Politik

Oleh FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my)

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas Ustaz Akhil Hayy menasihati golongan artis yang baru berhijrah dan kembali mendekati agama Islam supaya berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab.

Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai berkata, keadaan itu sering berlaku tanpa disedari bagi kebanyakan artis yang baru berhijrah di mana ia bermula dengan jemputan menghadiri sesebuah taklimat untuk berkongsi kisah perubahan diri masing-masing.

“Kalau saya cakap, pasti ada pihak yang marah nanti. Tetapi ia pernah berlaku kepada diri saya ketika mula-mula penghijrahan saya dulu di mana ada sesetengah pihak yang menggunakan saya kononnya untuk ditemu bual dalam sesebuah taklimat.

“Lain pula jadinya apabila majlis taklimat yang dianjurkan itu akan berubah menjadi kempen menyerang mana-mana parti yang tidak disukai mereka.

“Memang digalakkan untuk berkongsi pengalaman hijrah kita kerana ia juga salah satu permulaan dakwah, tetapi kita mesti bijak menyampaikan kata-kata tanpa sebarang pengaruh daripada persekitaran yang mungkin menekankan isu-isu politik,” katanya.

Akhil Hayy

Tambah Akhil, tidak salah sekiranya seseorang artis itu menyokong mana-mana parti politik sama ada Umno, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau PAS kerana ia adalah hak masing-masing.

Bagaimanapun, golongan artis yang berhijrah ini diminta untuk berhati-hati dan berfikirlah adakah motif penghijrahan itu untuk mendalami ilmu-ilmu agama yang tercicir dahulu atau mahu memperjuangkan politik?

“Saya rasa, usahlah kita beria-ia berkempen tentang hal politik kerana itu bukanlah kepakaran kita.

“Walaupun Islam ada perjuangan politiknya, tetapi sebagai umat Islam yang kembali ke fitrah asal, biarlah kita mendalami ilmu agama terlebih dulu sebelum ingin berdakwah atau membetulkan kesalahan orang lain.

“Saya faham, apabila sudah berubah ke landasan yang betul, terdapat satu semangat dan ketenangan yang membuatkan seseorang itu begitu berkobar-kobar mahu berkongsi perasaan itu.

“Saya juga begitu, tetapi seperti yang saya katakan, dalami ilmu agama Islam itu secukup-cukupnya sebelum melangkah ke fasa lain pula,” ujarnya.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 10 Ogos 2012 in PENDAPAT

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: