RSS

Lebai pondok Umno tak jumpa kenyataan ini?

10 Aug

Hairan, bagaimana seorang lebai pondok Umno boleh menyalahkan DAP jika hudud tidak dilaksana. Walhal pimpinan parti itu bukan Islam. Yang Islamnya Umno.

Sebaliknya Umno yang memerintah, yang mengaku Islam, sejak sepanjang zaman menolak pelaksanaan hukum Islam. Sejarah boleh membuktikan sejak zaman Tunku Abdul Rahman hingga ke era Najib, mereka sentiasa berdolak-dalik dalam persoalan pelaksanaan hudud.

Pernah ada seorang pimpinan Umno memberi komitmen untuk melaksanakan hukum Islam?

Hudud diwajibkan kepada orang Islam, bukannya non-muslim. Umno mahu menjadi hero pula dalam membela hukum Islam?

Kenapa tiba-tiba lebai pondok Umno dikutip untuk memberi fatwa dalam lidah rasmi Umno?

Sebenarnya ada agenda lain apabila jentera propaganda Umno mula memainkan isu agama dan perkauman. Apabila dua isu itu dimainkan bermakna pilihan raya umum (PRU) sudah amat hampir.

Masih ingatkah isu Tengku Razaleigh Hamzah memakai tengkolok yang dimanipulasi secukup-cukupnya oleh jentera propaganda Umno menjelang PRU 1990 dulu?

Maka senario yang sama kini mahu diulang tayang bagi menggondol undi orang Melayu. Kerana mereka tahu sensitiviti orang Melayu ialah tidak boleh diusik agama dan perkauman mereka.

Sebagaimana ulasan seorang penganalisis politik bahawa Umno sudah ‘berpatah arang’ dengan sokongan Cina justeru mereka mahu mengaut undi Melayu semaksima mungkin pada PRU akan datang.

Dengan kaedah politik ‘matlamat menghalalkan cara’ maka haiwan-haiwan politik itu sanggup berbuat apa saja demi mengekalkan kuasa yang ada.

Kepada jentera penerangan Pakatan Rakyat, kita ingatkan bahawa perang propaganda dan gerak saraf Umno kini sudah bermula. Bermakna loceng amaran PRU sudah dimulakan.

Bersiap-sediakah kita menghadapi pertempuran itu?

 
Tinggalkan komen

Posted by di 10 Ogos 2012 in ISU SEMASA

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: