RSS

PAS dan DAP Menurut Perspektif Islam

19 Aug

Berikut adalah kenyataan penuh Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali :

Dalam konteks Malaysia, ahli-ahli DAP merupakan rakyat Malaysia yang menjunjung Perlembagaan negara yang menetapkan antaranya Islam sebagai agama Persekutuan.

DAP juga tidak menentang Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama bagi Malaysia dengan memberontak secara bersenjata.

Oleh itu, DAP merupakan warga negara Malaysia yang taat.

Melabelkan DAP sebagai kafir harbi, iaitu istilah bagi bukan Islam di luar negara umat Islam, yang menentang secara bersenjata negara yang diperintah oleh umat Islam, adalah salah dan sangat tidak tepat serta menzalimi hak kerakyatan mereka.

Dalam konteks hubungan antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang menetapkan dasarnya al-Quran dan Sunnah dengan DAP yang mengikat janji sepakat atas nama Pakatan Rakyat, maka ahli-ahli DAP yang bukan Islam boleh dikategorikan sebagai kafir mu’ahid, iaitu istilah bagi bukan Islam yang berikat janji dengan orang Islam.

Malah ikatan janji antara PAS dan DAP ialah untuk menentang sebarang bentuk penyelewengan pengurusan negara, menentang kezaliman polisi-polisi pemerintahan negara, mempertahankan perlembagaan Malaysia yang menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Oleh itu, menyokong calon-calon pilihan raya DAP di kalangan bukan Islam yang bersepakat mengikat janji dengan Parti Islam Se-Malaysia dalam PRU13 nanti adalah tidak haram, malah ia bertepatan dengan prinsip siyasah syar’iyyah yang bermatlamat menolak dan menentang sebarang kezaliman dan penyalahgunaan kuasa dan menegakkan kebenaran.

Pakatan Rakyat telah bersepakat dan berjanji setia untuk mempertahankan Perlembagaan Malaysia khususnya dalam 4 perkara, antaranya Islam sebagai agama Persekutuan, Kedaulatan Raja-raja Melayu, hak Istimewa Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

Oleh itu, pakatan antara PAS, DAP dan PKR ini menepati dan selaras dengan tuntutan Islam yang menganjurkan sebarang kerjasama atas dasar kebajikan dan taqwa.
 
Tinggalkan komen

Posted by di 19 Ogos 2012 in Penerangan Pusat

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: