RSS

PR: Tidak Mampu Tawan Pahang, kenapa ?

23 Aug
Oleh  Zul.
Entri blog wargamarhen membuat analisis bahawa PR sedikit ada kemampuan untuk memenangi kerusi di Dun Pahang dan menyumbang kepada Road To Putrajaya.
Kita warga Pahang ucapkan terima kasih kerana masih memberikan harapan. Dengan apa yg dianalisis mak jentera PR yang ada haruslah berpadu tenaga menyusun saf dan selesaikan perselisihan secara perundingan meja bula dengan penuh semangat ukuwwah dan bagi PAS yang dilihat sebagai parti dominan harus hormati parti-parti rakan yg lain. Malah bagi rakan-rakan yang lain jangan mengenepikan semangat kerjasama, masa inilah kita tunjukkan kita mampu bersepakat.
Dari segi rekod pakatan pembangkang belum pernah mencipta kejutan besar. Cuma pada pilihanraya tahun 1999 sahaja . Pakatan pembangkang waktu itu mampu meraih 9 kerusi daripada 32 kerusi Dun yg ditawarkan.
Justeru, kita kena mengiakan bahawa apa yg dinyatakan oleh sahabat ini memang adalah kebenarannya. 
Penulis penah berkata kepada seorang sahabat supaya beliau berusaha berkempen kepada 8 ahli keluarganya tambah dua ibubapa beliau maka barulah Dun Pelangai dapat ditawan. Sahabat penulis ini tinggal dan mengundi di kawasan Dun Pelangai kawasan Felda yang ditandingi oleh MB Pahang yg brutul ni. Jika beliau mampu raih 6 undi daripada ahli keluarganya maka Dun Pelangai bakal jatuh ke tangan PR dalam PRU yang akan datang.

PRU 13 : PR tidak mampu tawan Pahang, hanya mampu menang 14 kerusi DUN?

Pahang adalah negeri kurang mendapat perhatian pemerhati politik semasa mereka membuat ramalan keputusan PRU 13. Setakat ini, tidak satu pun ramalan yang mengatakan Pahang akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
Ramai yang menjangka perubahan akan berlaku di negeri-negeri Selatan Semenanjung dalam PRU 13.
Kemungkinan disebabkan banyaknya kerusi campuran di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Walaupun ada kerusi campuran di Pahang , namun tidak sebanyak di negeri Selatan Semenanjung.
Seperti juga negeri Pantai Timur Semenanjung  iaiatu Kelantan dan Terengganu, kebanyakan kerusi di Pahang mempunyai majoriti pengundi Melayu lebih 70 peratus. Justeru itu, ramai yang menjangkakan BN akan mudah menawan negeri ini , tambahan pula hampir semua kawasan majoriti Melayu mempunyai kawasan kubu kuat UMNO iaitu Felda.
Selain felda , Orang Asli yang menjadi pengundi tetap BN dalam setiap pilihanraya mempunyai jumlah yang agak ramai di setiap dun di Pahang. Purata 5 – 10% daripada jumlah pengundi adalah pengundi Orang Asli.
Sungguhpun begitu, perlu diingat bahawa Pahang mempunyai kelebihan dari segi jumlah sokongan pengundi Melayu kepada PR yang lebih tinggi berbanding negeri Selatan Semenanjung. Sokongan pengundi Melayu kepada PR di Pahang menjangkau purata 30 hingga 55 peratus.
PAS pernah menang 6 kerusi pada PRU 1999 di kawasan majoriti Melayu. Malah semasa PRU 12 , PAS menang 2 kerusi di Kuala Semantan yang mempunyai 77% jumlah pengundi Melayu dan Baserah yang mempunyai 72% jumlah pengundi Melayu.
Tidak seperti negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung , sokongan pengundi Cina kepada PAS dan PKR semasa PRU 12 puratanya kurang daripada 55% tidak seperti sokongan kepada DAP yang mencecah purata 70%. Pada PRU 12 , DAP kekal menang di Triang dan merampas Tras dari BN.
Berdasarkan jangkaan sokongan pengundi Cina yang akan bertambah kepada PR, banyak kerusi yang mempunyai kurang 70 % jumlah pengundi Melayu akan menghadapi persaingan sengit antara PR dan BN.
DAP dijangka mudah mengekalkan kemenangan di Triang dan Tras, malah akan menambah kerusi di Bilut, Ketari , Sabai dan Mentakap yang mempunyai jumlah pengundi Melayu kurang 50%. DAP juga dijangka menang di Tanah Rata yang sebelum ini dimenangi calon bebas.
DAP juga berpeluang menang kerusi Parlimen Cameron Highlands dan Raub yang mempunyai jumlah pengundi Melayu kurang 50%.
Isu Lynas yang panas di Kuantan memberi peluang besar kepada PKR untuk menang di kerusi Dun Semambu dan Teruntum , serta mengekalkan kerusi parlimen Kuantan dan Indera Mahkota.
Sokongan pengundi Cina yang akan bertambah kepada PR memberi peluang kepada PKR di kerusi Dun Ceka dan Benta dalam parlimen Lipis, Damak dalam parlimen Jerantut , Lanchang dalam parlimen Temerloh serta Jenderak dalam parlimen Kuala Krau. PKR juga dijangka menang di Parlimen Bentong.
Sokongan pengundi Cina yang akan bertambah kepada PR juga akan membantu PAS menang di kerusi Dun Tanjung Lumpur dalam parlimen Kuantan, mengekalkan kerusi Dun Baserah dalam parlimen Indera Mahkota dan Kuala Semantan dalam parlimen Temerloh. Begitu juga parlimen Temerloh, Lipis, Bera.
Kemenangan di kerusi majoriti Melayu yang ditandingi PAS banyak bergantung kepada kekuatan jentera PAS sendiri . Walaupun bertanding di kawasan felda, PAS mempunyai kekuatan sokongan Melayu yang hampir setanding dengan UMNO di beberapa kerusi Dun dan parlimen.
Antara kerusi Dun yang PAS berpeluang menang ialah Inderapura dalam parlimen Kuantan ,Jengka dan Kerdau dalam parlimen kuala Krau, Guai dalam parlimen Bera, Padang Tengku dalam parlimen Lipis, Tahan dalam parlimen Jerantut serta parlimen Kuala Krau dan Jerantut.
PAS mampu menang di kerusi-kerusi ini memandang ada di antara kerusi-kerusi pernah dimenangi PAS semasa PRU 1999.
Berdasarkan faktor jumlah pengundi Cina, isu Lynas, sokongan pengundi Melayu dan majoriti PRU12. PR berpeluang cerah menang 14 daripada 42 kerusi Dun dan 5 kerusi parlimen daripada 14 kerusi parlimen.
6 kerusi Dun yang DAP ada peluang cerah untuk menang :
1.   Triang
2.   Tras
3.   Tanah Rata
4.   Sabai
5.   Ketari
6.   Bilut
3 kerusi Dun yang PKR ada peluang cerah untuk menang :
1.   Damak
2.   Teruntum
3.   Semambu
5 kerusi Dun yang PAS ada peluang cerah untuk menang :
1.   Baserah
2.   Kuala Semantan
3.   Tanjung Lumpur
4.   Inderapura
5.   Jengka
5 kerusi parlimen yang PR ada peluang cerah untuk menang :
1.   Kuantan
2.   Indera Mahkota
3.   Bentong
4.   Cameron Highlands
5.   Temerloh
Manakala PR juga ada peluang untuk menang di 9 kerusi Dun dan 5 kerusi parlimen tetapi tidak secerah kerusi di atas.
1 kerusi Dun yang DAP ada peluang untuk menang :
1.   Mentakap
4 kerusi Dun yang PKR ada peluang untuk menang :
1.   Ceka
2.   Benta
3.   Jenderak
4.   Lanchang
4 kerusi Dun yang PAS ada peluang untuk menang :
1.   Padang Tengku
2.   Guai
3.   Tahan
4.   Kerdau
5 kerusi parlimen yang PR ada peluang untuk menang :
1.   Raub
2.   Jerantut
3.   Bera
4.   Lipis
5.   Kuala Krau
Hanya jika menang kesemua kerusi di atas barulah PR boleh membentuk kerajaan dengan 23 daripada 42 kerusi Dun. Keadaan sukar inilah yang menyebabkan ramai yang tidak menjangkakan Pahang mampu ditawan PR dalam PRU 13.

Posted by

 
Tinggalkan komen

Posted by di 23 Ogos 2012 in BERITA PAHANG

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: