RSS

1,365 Janji Kerajaan BN Di Kawasan Luar Bandar Di Sabah Tidak Ditepati

07 Sep

Oleh: setisab

kemiskinan di sabah. janji BN tidak ditepati

DONGONGAN, SABAH: Sukar untuk dipercayai! Jalan berlopak, projek naiktaraf yang tidak selesai-selesai, tanah runtuh dan keadan jambatan yang tidak memuaskan malah membahayakan pengguna merupakan antara dilema dan kesulitan yang dihadapi rakyat Sabah sejak sekian lama terutamanya di kawasan pinggir dan luar Bandar.

BN gagal sediakan infrastruktur yang baik demi kemudahan rakyat. Hampir seluruh Sabah kita mempunyai masalah jalan dan masalah jambatan.

Kerajaan BN sebelum ini telah menabur janji untuk membina 1,365 jalan-jalan di kawasan luar bandar tetapi tiada satupun yang ditepati.

Antaranya adalah jalan-jalan di beberapa kawasan di Kota Belud, Telipok-Kiulu, Ranau, Kota Marudu,Tambunan, Inannam, Menggatal, Sook, 1 Bornero Kg Kibagu Road, tenom, Kalabakan, Matunggong, Kudat Sandakan, Nosob di Penmpang, Putatan, Kokol, jambatan di Kota Marudu, Keningau, projek jambatan tergendala di Beaufort dan banyak lagi.

Menurut  Ahli Parlimen Kota Kinabalu Dr. Hiew King Cheu yang juga Ahli Jawatan Kuasa DAPNegeri, pada tahun 2003 BN mengumumkan peruntukan 100 juta untuk membina jambatan ke pulau Bum-Bum sepanjang 1.2 kilometer.

“Malangnya ia tidak dilaksanakan, pada tahun 2006, kos projek jambatan tersebut telah meningkat kepada 240 juta dan pada tahun 2009 pembinaan jambatan tersebut meningkat keadaan RM420 juta! Kerajaan BN masih tidak buat!”

Malah yang mengejutkan, penduduk terpaksa melakukan inisiatif mereka sendiri. Kenderaan yang mahu dibawa ke Pulau Bum-Bum seperti kereta, motosikal dan van akan diangkut menggunakan dua buah perahu dan ia sangat membahayakan.

“Kedaan sebegini begitu teruk. Kita kena tahu bahawa ini cuma janji kosong, janji yang tidak ditepati oleh BN”

Menurutnya, selain masalah jalan, ramai rakyat miskin Sabah terutamanya di kawasan luar bandar maupun pinggir bandar.

“Masalah miskin ini bukan sahaja di Keningau, banyak lagi tempat yang lebih teruk.”.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 September 2012 in Berita Sabah Serawak

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: