RSS

Buangkan EGO dalam berjamaah , sabar & istiqomah berusaha untuk PRU-13

15 Oct

Sumber PAS Pasir Salak

Meniti perjalanan perjuangan memerlukan ketekunan, kesabaran dan segala macam sifat2 positif yang lain. Begitu juga dalam perjuangan meniti arus pemerintah dan rakyat masa kini cabaran semakin kuat.

Dugaan demi dugaan semakin memerlukan kematangan insan untuk terus matang dalam perjuangan

Organisasi Islam juga perlu mantap dalam menghadapi pemikiran masyarakat kini. Kematangan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sangat penting kerana sesungguhnya kepimpinan yang adil, telus , wibawa dan ikhlas bekerja inilah yang sangat2 dinantikan dan diperhatikan bagi mendapatkan sokongan.

Tidak semudah yang disangkakan. Maka dengan itu, bilamana seseorang ahli memberikan pandangan dan teguran seharusnya kita bersyukur kerana dengannya kita dapat menginsafi dan mengkoreksi diri bahawa sesungguhnya kejayaan jemaah itu diutamakan bukan hanya mementingkan diri sendiri. Semua insan tersedia EGO masing-masing, namun sejauhmana sifat -ve ini dapat dijana dengan sebaik mungkin dalam membina kekuatan berjemaah.

1. Niat kerana Allah SWT. Firman Allah SWT:
قل إن صلاتى ونسكى ومحياى ومماتى لله رب العالمين
Maksudnya: Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.( Al-An’aam 162 )

2. Sanggup berkorban.Samada harta, nyawa, masa dan tenaga. Firman Allah SWT:
تؤمنون بالله ورسوله وتجهدون فى سبيل الله بأموالكم وأنفسكم
Maksudnya: Iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasulnya serta kamu berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan diri kamu.(As-Saff 11)

3. Meletakkan kepentingan agama melebihi kepentingan peribadi. Sabda Nabi SAW :
عن أبى هريرة رضى الله عنه أن رسول الله (ص) قال: والذي نفسى بيده,
لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده وولده
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah R.anhu bahawa RasuluLlah SAW bersabda: “Demi diriku yang berada di dalam genggamannya, tidaK sempurna iman seseorang kamu sehingga aku dikasihinya melebihi dari ibu bapanya dan anaknya.( H.R Bukhari)

4. Sentiasa beriltizam dan istiqamah dalam perjuangan. Firman Allah SWT:
فاستقم كما أمرت
Maksudnya:Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepada kamu.(Hud 112)

5. Mempunyai personaliti diri sesuai dengan tuntutan islam. Sabda Nabi SAW:
عن أبى هريرة رضى الله عنه قال رسول الله (ص): المؤمن القوي خير
وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah R.anhu, RasuluLlah SAW bersabda: “ Mukmin yang kuat lebih baik dan disukai daripada mukmin yang lemah”. (H.R Muslim).

6. Mematuhi arahan. Mentaati arahan ketua untuk menjamin kekuatan dan kejayaan dalam setiap perjuangan. Firman Allah SWT:
أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولى الأمر منكم
Maksudnya: Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul dan kepada pemimpin dikalangan kamu. ( An-Nisaa’ 59 )

7. Mempunyai semangat berpasukan. Firman Allah SWT:
إن الله يحب الذين يقاتلون فى سبيله صفا كأنهم بنيان مرصوص
Maksudnya:Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh. (As-Saff 4)

8. Bersabar dan berdisiplin dalam perjuangan. Firman Allah SWT:
واصبر على ما أصابك إن ذلك من عزم الأمور
Maksudnya: “Dan bersabarlah di atas bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.(Luqman 17).
(petikan pena : Blog Ust Fadli Ibrahim)

Hakikat kesalahan kita perlu diterima dan tekanan buat insan lain seharusnya dengan ertikata berkerjasama. Sokongan dan kemenangan akan hadir bilamana jemaah bersatu berorganisasi menjalankan tugas. Jika idea kita diterima dan ditolak maka seharusnya kita terus bersama berjuang, bukan bermuka masam.

Alhamdulillah jemaah Islam negara kita semakin matang untuk berusaha kearah kemenangan. Demi bermatlamatkan kemenangan wadah Islam menerusi tahalus siasi. Jom ke masjid… tuntut Ilmu dan berjemaah saban hari.

Sumber: paspasirsalak.blogspot.com

 
Tinggalkan komen

Posted by di 15 Oktober 2012 in Penerangan Pusat

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: