RSS

Anak Peneroka mengamuk

23 Oct

Oleh: DukunPasir

“Isu Peneroka Felda biarlah anak peneroka sendiri yang mengulas kerana anak Penerokalah yang melihat segalanya.

Bukan anak Peneroka yang balik sekali sekala bila Raya atau cuti bekerja DAN TIDAK MUNGKIN akan menjenguk Ladang Sawit atau Getah MAK AYAH MEREKA …..Lebih teruk lagi anak Peneroka ini tidak pernah bertanya ibu bapa mereka tentang hal ehwal Ladang…

Mereka cuma bertanya bila Kerajaan melalui agensi Felda umumkan ADA BONUS untuk anak Peneroka ….barulah mula bertanya!! Tetapi IANYA ADALAH anak Peneroka yang tinggal dan menguruskan hal ehwal Ladang dari kedua orang tua….Inilah sebenarnya Anak Peneroka yang tahu segalanya, bukan tahu DARI PEMBANGKANG, bukan juga menerima BULAT BULAT APA YANG DIKATAKAN FELDA .

INGATLAH ANAK PERENOKA BUKAN LAH MUDAH LAGI UNTUK DITEROKA MINDA DAN FIKIRAN MEREKA BAIK DARI PEMBANGKANG ATAU KERAJAAN , Kami juga boleh BERFIKIR KERANA kami yang merasai dan melihat semuanya .

Apabila ada tuduhan mengatakan KAMI TIDAK BERTERIMA KASIH ATAS USAHA FELDA DAN KERAJAAN ? KERANA FELDA LAH IBU AYAH KAMI SENANG HINGGA MELAHIRKAN GENERASI KAMI, Kami SANGKAL KERANA ITU SUDAH MENJADI TANGGUNG JAWAB MANA MANA KERAJAAN YANG DIPILIH SECARA DEMOKRASI ,ANDAI KATA YANG MENANG SEDEKAT DULU IALAH PAS ..MAKA PAS LAH YANG PATUT MEMBERIKAN KEMUDAHAN ITU, BUKANKAH SETIAP HARI KERAJAAN YANG ADA INI MENJANJIKAN KESEJAHTERAAN DAN KESENANGAN RAKYAT?? TENGOK SAJA SLOGAN RAKYAT DIUTAMAKAN …..?? Jadi DIMANA ISUNYA KAMI DITUDUH TIDAK MENGENANG BUDI ?

Kami hargai usaha kerajaan terdahulu terutama TUN ABD RAZAK yang melahirkan FELDA ,memang KAMI HARGAI DAN AKAN INGAT SAMPAI BILA BILA MEMANG USAHA TUN ABD RAZAK ……DENGAN NIATNYA CUMA SATU UNTUK MEMAJUKAN ORANG MELAYU ….UNTUK MENINGKATKAN TARAH HIDUP ORANG MELAYU. ..TETAPI ITU DULU ……NIATNYA KINI SUDAH BERUBAH!! BUKAN LAGI UNTUK MEMAJUKAN ORANG MELAYU TETAPI MENEKAN ORANG MELAYU DAN BANGSA MEREKA SENDIRI DEMI KEPENTINGAN POLITIK ! BANYAK YANG SUDAH BERUBAH ….NIAT ASAL PENUBUHAN FELDA TELAH JAUH TERSASAR,SUDAH JAUH MENYIMPANG……….Marah dengan kenyataan ini?? LIHAT FAKTA INI .

Ada KENYATAAN DANGKAL YANG AMAT KUNO DI SIMBAH KEPADA KAMI TERMASUK LAH OLEH MENTERI MENTERI YANG CETEK AKAL…….” Kalau tak puas hati pergilah PINDAH KE NEGARA LAIN??BUAT APA DUDUK MALAYSIA? ……….JAWAPNYA MUDAH. ADA KE TULIS ATAU DINYATAKAN NEGARA NI MILIK UMNO ATAU BARISAN NASIONAL DAN FELDA SERTA HARTA HARTA FELDA TU MILIK MEREKA? Contohnya BEGINI KALAU KURANG FAHAM , Ali ada sebuah rumah . Rumah Ali itu Ali BELI. Tapi Ali tak duduk dirumah itu , Ali bagi ABU URUSKAN , triba triba Ali marah KERANA ABU TIDAK BIJAK MENGURUSKAN RUMAHNYA HINGGA HAMPIR DILELONG ……BOLEH KAH ABU BERCAKAP BEGINI PADA ALI- KO TAK SUKA AKU URUS KO PERGI PINDAH RUMAH LAIN?? SEDANGKAN RUMAH TU MILIK ALI??

SAMALAH JUGA DENGAN ISU FELDA INI, TANAH DAN RUMAH NI SEMUA DIBAYAR OLEH PENEROKA ! BUKAN DAPAT PERCUMA ,FELDA CUMA MENGURUSKAN SEMUANYA DAN MEREKA TIDAK SESEKALI BOLEH MENJADI ATAU MELEBIHI TUAN TANAH SEBAB MEREKA CUMA MENGURUS BUKAN PEMILIK TANAH ! APABILA TAMAT TEMPOH BAYARAN, TERPULANG PADA PENEROKA UNTUK MEMBUAT PILIHAN SAMADA DIURUSKAN KEMBALI OLEH FELDA ATAU BUAT SENDIRI…..Jika kami memilih untuk MENGURUS SENDIRI JANGANLAH MARAH DAN ANAK TIRIKAN ? Kan sama bila kita beli kereta dan buat PINJAMAN BANK, BILA DAH HABIS KITA BAYAR PINJAMAN BANK TERSEBUT, BOLEH KAH BANK DATANG PADA KITA ……..errrrrrr…errrrrrrrrrrrrr..!! Encik PINJAMLAH LAGI DENGAN KAMI …Kalau Encik tak nak gunakan bank kami, NAHAS ENCIK KAMI KERJAKAN!! BOLEH MACAM TU?

SEBAGAI PEMILIK TANAH YANG SUDAH HABIS DIBAYAR, MEMANG HAK KAMI NAK MENENTUKAN SEGALANYA, TAK BOLEH MEREKA MENGGUNAKAN TANAH KAMI SESUKA HATI …..TAK BOLEH MEREKA MEMAKSA KAMI IKUT KEMAHUAN MEREKA. TAPI NAMPAKNYA SEKARANG NI FELDA SUDAH TERBALIK, SEMUA DILAKUKAN SEOLAH OLAH HARTA INI SEMUA MILIK FELDA , habis tu kami BAYAR SELAMA NI MELALUI POTONGAN SETIAP BULAN TU BAYAR APA? DAN KENAPA PULA SETELAH HABIS DIBAYAR KAMI DIBERI GERAN HAK MILIK KALAU SEMUA KEPUTUSAN MASIH TERIKAT DAN PERLU IKUT ARAHAN MEREKA??

Sebagai pemilik tanah JUGA – SIAPA PATUT UNTUNG? YANG MENGURUS KE PEMILIK TANAH? JAWAPAN LOGIK MESTILAH PEMILIK TANAH KERANA SEGALA KOS TANAMAN  DITANGGUNG OLEH PEMILIK TANAH DAN DIBAYAR SEDIKIT SEDIKIT, YANG MENGURUS CUMA KUTIP HASIL SAJA ,JADI SEPATUTNYA PEMILIK TANAH LAH DAPAT LEBIH, CONTOH DARI KEUNTUNGAN 100% PEMILIK TANAH DAPAT 70% DAN YANG MENGURUS DAPAT 30% ……TAPI KINI FELDA JADI PELIK…….YANG MENGURUS DAPAT 90% YANG PEMILIK CUMA DAPAT 10%? Contoh mudah, KITA UPAH INDON(FELDA) POTONG BUAH SAWIT KITA SETIAP BULAN YANG KOSNYA 30 SEN SETIAP TANDAN SAWIT ……KATAKANLAH HASIL SAWIT KITA BULAN TU DAPAT 100 TANDAN,  KITA JUAL DAN DAPAT RM200. KITA BAYAR RM30 PADA INDON TU …..INI yang logik kan, TAPI FELDA UBAH JADI TAK LOGIK INDON(FELDA) TU DAPAT RM170 DAN TUAN LADANG DAPAT RM30……

BAB PENGURUSAN …..Felda menguruskan ladang milik Peneroka ,hasil hasil keuntungan DAN pengurusan SEMUA DITENTUKAN OLEH FELDA , BAIK DARI SEGI BAYARAN DAN POTONGAN.. Nak jual dimana? harga berapa? Semua mereka uruskan ………..Peneroka cuma DIAM DAN DIARAHKAN DIAM !! JIKA MELAWAN NANTI DIKATA TERHASUT OLEH DAKYAH PEMBANGKANG ..NAK LEBIH TERUK LAGI BILA MELAWAN PENEROKA DITUDUH TELAH MENJEJASKAN KETENTERAMAN AWAM !! DARI HASIL SAWIT PENEROKA ITULAH FELDA MEMBELI SEGALA ASET SEPERTI KENDERAAN, BAYAR GAJI KAKITANGAN MEREKA, TAK APALAH -Peneroka JUGA BUKAN ZALIM …….! BOLEH DITERIMA SEBAB MEMANG MEREKA PUN URUSKAN TETAPI YANG MENJADI MASALAHNYA…….FELDA MENGGUNAKAN TANAH MILIK PENEROKA UNTUK KEPENTINGAN DAN MENJANA KEUNTUNGAN MEREKA SENDIRI !!! SEDANGKAN PENEROKA TAK DAPAT APA APA NIKMAT, Sayu mata peneroka melihat FELDA MENUKAR KERETA SABAN TAHUN, BINA BANGUNAN JUTAAN RINGGIT SEDANGKAN PENEROKA ADA YANG TERPAKSA MEMINJAM KERETA DAN TINGGAL DI RUMAH YANG ALA ALA KADAR ,kalau ada yang RUMAH PENEROKA BESAR DAN UMPAMA BANGLO PUN 90^ RUMAH PENEROKA ITU DIBINA DARI LAIN HASIL BUKAN DARI DUIT HASIL LADANG MEREKA. PALING HARU DAN MENYAKITKAN HATI, SEMUA HASIL YANG DIBERI SEPERTI BONUS, DUIT RAYA DAN SEBAGAINYA DIDAKWA DUIT FELDA……Sedangkan ITU DUIT PARA PENEROKA YANG DIPOTONG SETIAP BULAN . NAK BUKTI LEBIH JELAS LAGI, FELDA BOLEH BANGKRAP JIKA SEMUA PENEROKA AMBIL BALIK LADANG MEREKA ……..Nak percaya cuba buat!!

Masih kurang FAHAM Katakan begini ……..

” SAMAD ada tanah 10 ekar yang ditanam Sawi .Samad bagi Ah Lee uruskan. Dari pada keuntungan hasil Sawi, Ah Lee beli kenderaan dan upah beberapa pekerja untuk membantu. Setiap bulan Ah Lee bagi duit pada Samad atas keuntungan Sawi milik Samad. Tapi Ah Lee tak bagi semua, Ah Lee potong sikit untuk TABUNG SIMPANAN DAN LAIN LAIN KOS ……Samad pula tak berkira sangat dia terima ……Setiap kali raya atau akhir tahun Ah Lee bagi bonus dan duit raya pada SAMAD melalui duit potongan Samad tadi, tapi Samad tak tahu!  Sampai satu  masa Ah Lee jumpa Samad dan berkata- Kita nak untung lebih,kita kena labor tanah ni dalam SAHAM , Samad pun setuju !! Ah Lee uruskan lagi…..tapi kali ni KEUNTUNGAN SAHAM TU AH LEE BAGI SAMAD CUMA 30″ saja sebab SAMAD TAK TAHU DAN TAK PANDAI MAIN SAHAM…..Samad ingat 30% tu cukup besar ,Samad tak sedar yang Ah Lee DAH BANTAI 70% keuntungan. TRIBA TRIBA -SAHAM JATUH!!! Ah Lee jumpa Samad DAN BERITAHU TENTANG KEJATUHAN HARGA SAHAM, “KITA KENA BAYAR JUGA NI SETIAP BULAN, KALAU TIDAK TANAH KAMU KENA LELONG!!! …… SAMAD PENING !! SAMAD TAKUT , Samad pun setuju bayar ATAS KERUGIAN SAHAM bukan Ah LEE  DEMI untuk menyelamatkan TANAHNYA DARI TERGADAI…

Dulu ditanah rancangan Felda tak ada siapa berani tubuhkan syarikat swasta yang membeli hasil sawit dari Peneroka, tetapi kini ianya muncul ..tetapi itupun tak dapat bertahan lama kerana adanya SEKATAN DAN HALANGAN DARI PENGURUSAN FELDA ? KENAPA? PUNCA UTAMA MESTILAH DARI SYARIKAT SWASTA INI PENEROKA BOLEH TAHU BERAPA HARGA PASARAN BUAH SAWIT SEBENAR, FELDA TAK DAPAT LARI DARI MENGAWAL HARGA ….Sekarang memang di akui HARGA SAWIT JATUH AKIBAT LAMBAKAN SAWIT DARI INDONESIA,TETAPI TIDAKLAH SETERUK YANG DIALAMI OLEH PENEROKA SEKARANG! TIDAK PERNAH BERLAKU DALAM SEJARAH HARGA SAWIT BOLEH JATUH RM200 SETAN DALAM MASA TAK SAMPAI 1 HARI…..ADA SATU PERSOALAN MENARIK YANG PERLU KITA FIKIRKAN….KENAPA SELEPAS FELDA MELALUI KERAJAAN UMUMKAN PEMBERIAN BONUS ATAU DUIT SAGUHATI, SEHARI DUA SELEPAS ITU HARGA SAWIT JATUH MENDADAK ?? ADAKAH ADA UDANG DIDALAM BAJU PENGERUSI FELDA?

SEGALA KEPINCANGAN INILAH KENAPA UMNO DILIHAT MAKIN JAUH DARI BANGSA MEREKA SENDIRI …Berubah dan BERANI membela Peneroka KERANA MEMANG ADA PEMIMPIN UMNO YANG MENYEDARI PERKARA SEPERTI INI TAPI TIDAK BERANI BERSUARA..UMNO PERLU BERUBAH KERANA

JIKA TIDAK DIPERBAIKI MAKIN HILANGLAH UNDI..

 
1 Komen

Posted by di 23 Oktober 2012 in ISU FELDA

 

One response to “Anak Peneroka mengamuk

  1. Mian Agensi

    2 November 2012 at 2:23 AM

    Aku adalah saorang peneroka felda, aku bersyukur kerana menjadi peneroka felda,semasa aku datang kefelda yang aku diami sekarang,pokok sawit telah pun ditanam, rumah-rumah telah pun dibina, aku datang cuma cuci kaki terus naik rumah, aku hutang dengan felda sebanyak rm 38.000.00 (tiga puluh lapan ribu) aku dapat jelaskan hutang itu dalam masa ditetapkan dari hasil kelapa sawit yang bukan aku yang tanam, disini perlu dijelaskan berkenaan hutang aku yang dah aku bayar habis dan sekarang aku dah dapat gran tanah ladang dan tapak rumah aku, tiga puluh lapan ribu bukanlah harga tanah ladang aku seluas 10 ekar dan 1/4 ekar luas tapak rumah aku, itu adalah harga kos kerja-kerja pembangunan tanah, daripada tebas anak-anak kayu dalam hutan, tebang balak , bakar hutan, tolak tanah buat jalan, tolak tanah buat teres, tanam kacang penutup bumi, buat nasri anak sawit, pindah dan tanam anak sawit keladang, membaja, mengakasi bunga sawit, mendebu bunga sawit, merumput, setiap pokok anak sawit perlu diawasi setiap hari dari binatang perosak, biasanya landak dan babi, sehingga pokok sawit menghasilkan buahnya,itu belum serangan tikus-tikus keatas buah-buah muda, kerja-kerja menabur racun tikus juga perli di-lakukan, jadi marilah kita semua renungkan bersama, adakah munasabah keatas akal kita yang dijadikan manusia yang berakal,# tanah seluas 10 ( sepuluh ) ekar ditanam sawit yang telah pun mengeluarkan hasil dan tanah seluas 1/4 ekar yang telah pun siap didirikan rumah dengan hanya berharga 38.000.00 (tiga puluh lapan ribu) sahaja, perlu dijelaskan lagi bahawa rm tiga puluh lapan ribu adalah kos keatas kerja-kerja pembangunan ladang dan kediaman peneroka, dan dengan ini jelaslah tanah ladang seluas 10 ekar dan tapak rumah yang aku miliki sekarang ini adalah tanah kerunia dari kerajaan negeri yang tidak perlu bayar walau 1 sen pun, cumanya aku perlu bayar cukai tanah tahunan sebanyak rm 196.00 , itu je, sekarang ladang aku sudah di-tebang dan ditanam sawit balik, hasil ladang pun dah keluar, aku ikut felda, sara hidup dibagi rm 1500.00 + 1100 hasil lebihan tan, hidup tingal 2 orang laki bini, tak payah kerja, anak-anak dah keluar masing-masing dah kerja, aku ada dua buah kerita untuk belajar memandu, darinya aku dapat hasil bersih lebih kurang 6000.00 sebulan, jadi apa nak lagi, bersyukur je lah…, difelda tempat aku, ada 50 orang peneroka yang mengerjakan ladangnya sendiri, mereka masih muda, masih ada tenaga, yang bagusnya felda tidak ada halangan pun sapa-sapa yang nak kerjakan sendiri, JADI RENUNG DAN FIKIR-FIKIRKANLAH….LEMBU ADA OTAK TAK BOLEH BERFIKIR…..MANUSIA DIJADIKAN ALLAH ADA OTAK DAN BOLEH BERFIKIR,,,,,,,,BERSERAH PADA ALLAH YANG MAHA MENGETAWI AKAN HAL YANG TERSEMBUNYI PADA SETIAP HAMBANYA……..WALAHUA’ALAM!!!!!!!!!!!.

     

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: