RSS

Ulama PAS bukan Ayatullah, tegas Ustaz Harun

27 Oct

KUALA LUMPUR: Ulama PAS berpegang teguh mempertahankan ajaran dan prinsip Islam sepertimana yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-sunnah dan PAS tidak boleh disamakan dengan Ayatullah sama sekali.

Demikian tegas Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) ketika mengulas kebimbangan individu tertentu terhadap pemimpin PAS yang kemungkinan mengambil pendekatan Ayatullah dalam pemerintahan sekiranya diberi peluang menjejakkan kaki di Putrajaya.

“Sejarah Islam membuktikan betapa telusnya corak pemerintahan Islam itu sendiri apabila dikurniakan oleh Allah s.w.t akan tampuk pemerintahan.

“Rasulullah s.a.w sendiri tidak memulakan peperangan Badar kecuali setelah mengadakan perbincangan dengan kaum Ansar, inilah pendekatan PAS yang menjadi pegangan kita selama ini,” ujar beliau ketika dihubungi.

Menurut beliau lagi, sudah menjadi tradisi pemerintahan Islam bersikap telus ketika memerintah.

Jelasnya, Saidina Abu Bakar r.a. ketika mula dilantik sebagai khalifah telah mengisytiharkan bahawa beliau sanggup diperbetulkan sekiranya melakukan kesalahan.

Begitu juga, ujarnya Saidina Umar r.a yang mengistiharkan perkara yang sama sehingga rakyatnya menyambutnya dengan keazaman untuk memperbetulkan beliau walaupun dengan mata pedang.

Ulas beliau lagi, pernah berlaku pada zaman Saidina Abu Bakar r.a. dalam peristiwa memerangi golongan yang murtad.

“Walaupun terdapat perbezaan pandangan pada peringkat permulaan tetapi kerana keterbukaan yang ditunjukkan oleh saidina Abu Bakar r.a. dalam perbincangan diantara hujah-hujah yang berbeza maka para sahabat akur.

“Inilah keterbukaan yang ditunjukkan oleh sejarah berkenaan pemerintahan Islam. Dan keterbukaan penghujahan inilah yang akan terus diperjuangkan oleh para Ulamak PAS.

“Begitu juga pada zaman Saidina Umar ketika seorang wanita menegur beliau berkenaan dengan mahar, beliau tidak melenting bahkan mengakui tentang kesilapan beliau dan mengiktiraf pendirian wanita tersebut,” jelas beliau.

Ustaz Harun yang juga Adun Manir menyangkal sama sekali kebimbangan yang tidak berasas bahawa PAS akan mengikut pendekatan Ayatullah.

Beliau menyifatkan kebimbangan itu seperti Nujum Pak Belalang yang meramalkan sesuatu tanpa bukti.

“Kalau perkara yang ditegur atau dikritik itu betul, PAS tidak teragak-agak untuk menerimanya dengan jiwa yang terbuka dan PAS telah membuktikannya, sejarah telah membuktikan bahawa PAS telah sanggup bermuzakarah dengan Umno , dan sejarah telah membuktikannya,” katanya lagi.

Beliau berkata, bermuzakarah dan perbincangan merupakan tradisi yang telah diamalkan oleh PAS sejak dari penubuhannya lagi bukan sahaja dari sudut dalaman parti apatah lagi dengan pihak luar yang tidak sealiran dengannya.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 27 Oktober 2012 in BERITA DEWAN ULAMAK

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: