RSS

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

04 Nov

http://syahrilkadir.wordpress.com

“Bismilhhari Rahmanir Rahim; maka dengan ini adalah diisytiharkan bagi pengetahuan orang ramai bahawa pada menjalankan kuasa-kuasa menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Yang Kedua, Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang bermesyuarat pada hari ini (4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan 13.9.2010, pukul 9.00 pagi) di Pejabat SUK, Kota Darunaim, Kota Bharu telah membuat keputusan bersetuju memilih, melantik dan mengesahkan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Pemangku Raja Kelantan waris, menjadi Raja memerintah, menaiki takhta Negeri Kelantan dan Jajahan takluknya bagi menggantikan KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra berkuatkuasa pada hari ini 4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan dengan 13 September 2010.”

itulah pemasyhuran perlantikan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan kira-kira dua tahun lalu oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

baik, aku bukan anak Kelantan…aku juga tidak kenal siapa Tengku Faris Petra melainkan pernah melihatnya di dalam televisyen dan akhbar

tetapi ‘ada sesuatu’ yang boleh kita perhatikan kepada Baginda

Baginda adalah anak Sultan, Baginda bersekolah menengah di England, memasuki universiti di England…pendek kata kalau Baginda seorang yang sosial dan mempunyai tabiat seperti mereka yang dalam kelompok ‘rich and famaous’ sekali pun, takkan ada siapa yang nak pertikai lebih-lebih

tapi aku sangat bangga dan terharu, Baginda telah membuktikan pada kita semua yang Baginda juga sama tarafnya dengan kita rakyat kebanyakan ni

yang membezakan mungkin status yang dicipta oleh adat, susur galur dan budaya kita yang tercipta sejak turun-temurun lamanya itu

tapi Muhammad Faris Petra tidak pernah berubah walau kini bergelar Sultan, mempunyai kuasa, kaya, berpengaruh atau apa saja perkataan yang seerti dengannya

Baginda tidak bersifat lebih sudu dari kuah, tidak menongkat langit, masih sedar tanah di mana kakinya berpijak dan langit di mana tangannya menjunjung

Baginda bukan bersikap seperti si kudung mendapat cincin atau maaf cakap, bagai beruk mendapat bunga

aku menulis entry ini bukan untuk membandingkan Baginda dengan sesiapa tetapi sebagai rakyat, kita cukup rindukan pemimpin berjiwa rakyat seperti Baginda

lebih bahagia sekali melihat pemimpin seperti Baginda yang cukup taat dengan Allah SWT, pemimpin yang cukup tawadduk sifatnya

pemimpin yang sederhana, pemimpin yang boleh bergaul dengan semua peringkat tanpa mengira status atau kedudukan, pemimpin yang meletakkan Allah sebagai keutamaan dan rakyat sebagai tuannya

Muhammad Faris Petra bukan ahli politik, tapi Baginda mempunyai resepi yang cukup baik untuk menjadi pemimpin yang dihormati dan disegani

ya, sekali lagi aku bukan rakyat Kelantan…tetapi aku bangga kerana mempunyai seorang Sultan dan Ketua Agama seperti Baginda

Daulat Tuanku…Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar. – SYAHRIL A. KADIR

 
1 Komen

Posted by di 4 November 2012 in 5 NEGERI PR

 

One response to “Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

  1. Hamid Takher

    4 November 2012 at 2:19 PM

    Mohon Allah memberkati pemerintahan baginda sultan. Seharusnya menjadi con toh tauladan kepada semua ygv b ergelar pemimpin di luar sana.

     

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: