RSS

Chua Soi Lek Sombong Untuk Terima Kebenaran Hudud

07 Nov

Oleh : Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh                                                                                              (Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat)

Kenyataan terbaru Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Presiden MCA bagi mempertahankan kenyataannya berkenaan dengan Hudud baru-baru ini menggambarkan kesombongan beliau untuk menerima hakikat kebenaran Hudud yang diperjuangkan oleh PAS.

Beliau berkata bahawa penentangannya terhadap Hudud bukan menentang dan menghina agama Islam tetapi apa yang ditentang adalah Hudud PAS.

Jelasnya, beliau tidak boleh menerima penerangan yang diberikan bahawa Hudud yang diperjuangkan oleh PAS adalah undang-undang Syariah yang diambil daripada al-Quran dan as-Sunnah serta ijtihad para Ulamak muktabar. Menghina Hudud adalah menghina Islam kerana Hudud adalah sebahagian daripada Islam. Menghina Hudud juga adalah bermakna menghina Rasululullah yang membawa risalah Hudud.

Datuk Seri Dr. Chua telah silap apabila memahami Islam hanyalah pembinaan masjid, institusi Tabung Haji, penubuhan dan implementasi pusat zakat dan kutipannya, pembinaan sekolah-sekolah agama, perbankan Islam, penerapan dasar-dasar Islam dalam kerajaan dan lain-lain sebagaimana dakwaannya. Islam tidak sempit sebagaimana dakwaannya tetapi Islam adalah cara hidup yang mengatur kehidupan manusia sama ada dalam bidang sosial, ekonomi mahu pun politik. Termasuk ajaran Islam ialah hukuman Hudud.

Datuk Seri Dr. Chua sebenarnya telah terpengaruh dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang menyempitkan Islam dan melabelkan enakmen Hudud di Kelantan dan Terengganu adalah Hudud PAS.  Pemimpin-pemimpin UMNO seharusnya bertanggungjawab di atas kekeliruan yang ditimbulkan ini sehingga menyebabkan Datuk Seri Dr. Chua berani untuk menghina hukuman Hudud. Mereka lebih sanggup untuk menjual agama demi untuk kepentingan politik mereka.

Apa yang lebih dikesali lagi, Ulamak UMNO tidak berjaya menerangkan kepada Datuk Seri Dr. Chua tentang kebaikan hukuman Hudud. Walaupun beliau mengakui bahawa telah berjumpa dan menerima penerangan daripada Ulamak UMNO, nampaknya beliau lebih berani untuk menghina Rasulullah dan Islam melalui Hudud selepas pertemuan tersebut.

Datuk Seri Dr. Chua juga dilihat cuba untuk mengheret sama DAP agar menghina Hudud. Umum mengetahui bahawa DAP tidak dapat menerima perlaksanaan Hudud di Malaysia tetapi tidak bermakna mereka harus menghina Hudud. Mereka menghormati perjuangan prinsip PAS. Hasil kerja dan usaha PAS menerangkan tentang hukuman ini, DAP akhirnya dapat menerima bahawa Hudud adalah sebahagian daripada Islam dan tidak boleh dihina walaupun mereka tidak bersetuju untuk dilaksanakan. PAS akan sentiasa memberikan penerangan agar bukan Islam menerima kewajipan umat Islam untuk beramal dan melaksanakan Hudud dalam kehidupan mereka.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 November 2012 in Penerangan Pusat

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: