RSS

Gambar-gambar kecoh Kembara Oren di Felda Lawin Selatan, Gerik

07 Nov

Blog Ajijoi

Kembara Konvoi Oren Selamatkan Felda yang berlangsung Sabtu lalu, mendapat tentangan daripada pihak yang bimbang akan warga Felda mendapat maklumat terkini mengenai perkembangan semasa Felda dan negara.

Konvoi Oren ini yang dipimpin oleh Tuan Haji Razman Zakaria, pada mulanya dapat dilangsungkan dengan jayanya tanpa sebarang gangguan di Felda Lawin Utara. Namun begitu, apabila menuju ke Felda Lawin Selatan, sekumpulan anggota Rela dan anak-anak muda menyekat kemasukan peserta-peserta konvoi ini ke dalam kawasan Felda tersebut.

Tercetus sedikit huru hara dan keadaan yang tegang apabila kumpulan ini berkeras untuk menghalang Konvoi Kembara Oren daripada memasuki kawasan Felda mereka.

Saya menerima kiriman gambar-gambar sewaktu kejadian Sabtu lalu melalui laman Facebook untuk dikongsikan bersama anda.


Haji Razman (berbaju dan berkopiah putih) sedang berbincang dengan anggota Rela dan peneroka Felda yang menghalang kemasukan peserta Konvoi Kembara Oren
Pondok pengawal ini menjadi tempat mereka menahan peserta konvoi
Sebuah tin dram diletakkan ditengah jalan untuk menghalang pergerakan kenderaan konvoi


Mereka enggan membuka besi pondok pengawal ini sekalipun penduduk Felda sendiri yang mahu keluar dan masuk dari situ


Haji Razman sedang berbincang sambil menenangkan semua yang hadir


Lelaki berbaju merah dan berseluar jeans ini dikatakan mengepalai kumpulan yang menghalang kemasukan konvoi Kembara Oren


Kebanyakan yang menghalang adalah terdiri daripada budak-budak belasan tahun


Anggota Rela ini tetap berkeras walaupun puas dibawa berbincang


Suasana menjadi panas apabila kata-kata kasar mula dihamburkan


Haji Razman tetap bersabar dan mahu berbincang untuk menenangkan keadaan


Jalan penyelesaian masih belum dicapai


Inilah antara yang dikatakan penentang kuat kepada kemasukan konvoi ke dalam kawasan Felda


Masih bersekolah dan mentah lagi


Perjalanan peneroka Felda di situ sendiri menjadi terhalang


Dapat juga beberapa kenderaan peneroka di situ yang melalui kawasan itu setelah dinasihati untuk dibuka oleh petugas-petugas Unit Amal dan Brikep


Masih menunjukkan ketidakpuasan hati


Pemuda berbaju merah yang menghalang peserta konvoi ini dikatakan seorang askar yang pulang bercuti dan ayahnya seorang peneroka di Felda Lawin Selatan ini. (Info terkini daripada facebook: ayah beliau baru saja meninggal dunia hari ini – Isnin)


Ketibaan kereta peronda polis


Haji Razman sedang berbincang dengan pihak polis mengenai situasi di situ


Anggota Rela ini masih berkeras untuk menghalang besi penghadang ini daripada dibuka

Kekecohan berlaku daripada ‘U know Who’ sehinggakan seorang pemuda mereka melepaskan tumbukan tetapi terkena rakan sendiri. Dan dikatakan rakannya itu mengalami luka dibahagian mulut

Maklumat daripada rakan yang berada ditempat kejadian, akhirnya peserta konvoi Kembara Oren berjaya juga memasuki kawasan Felda Lawin Selatan ini untuk mengedarkan risalah apabila Haji Razman memberikan kata-kata penutup beliau, “Kamu punya orang kamu dan kami punya orang kami, jika kamu sanggup menjual kami juga sanggup membeli”.

P/S: Wa dah kate bro, Haji Razman tu WWE bro, jangan main-main dengan dia bro, sekali dia Smackdown ko bro, bole patah riuk ko bro, wa cakap luuuu.

Sumber: ajijoi.blogspot.com

 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 November 2012 in ISU FELDA

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: