RSS

Ulamak Umno Cuba Redakan Kemarahan Rakyat Terhadap Chua Soi Lek ?

07 Nov
Oleh : Ustaz Azhar Yahya
Timbalan Ketua Ulamak Pelapis  PAS Pusat

Ulamak Pelapis PAS (Pusat) merasa terpanggil untuk menyatakan pendirian terhadap kenyataan saudara Fathul Bari yang seakan-akan ingin meredakan kemarahan umat Islam terhadap kenyataan tidak berasas yang dikeluarkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek berkenaan dengan hukum Hudud.

Merujuk kepada akhbar Sinar Harian bertarikh 5.11.2012, antara isi utama kenyataan saudara Fathul Bari adalah penegasan bahawa Datuk Seri Chua Soi Lek bukanlah mempertikaikan hukum-hukum Islam sebaliknya beliau hanyalah mempertikaikan Hudud versi PAS.

Persoalan yang ingin diutarakan adalah atas dasar dan hujah apa yang memungkinkan pihak-pihak yang terbabit membuat kenyataan bahawa Hudud yang ingin dilaksanakan oleh PAS adalah Hudud versi PAS dan bukannya Hudud yang disyariatkan di dalam Islam?

Ulamak Pelapis PAS(Pusat) juga ingin mempersoalkan kepada saudara Fathul Bari tentang kenyataan beliau yang menyatakan bahawa banyak perkara dalam enakmen Hudud Kelantan dan Terengganu yang bertepatan dengan Syarak dan al-Quran. Kenyataan ini menggambarkan seolah-olah ada perkara yang terkandung di dalam dua enakmen tersebut yang bercanggah dengan ketetapan Syarak.

Bagi Ulamak Pelapis PAS(Pusat), sebarang kenyataan yang cuba untuk memerangkap rakyat Malaysia dengan tuduhan bahawa hukum-hukum Hudud yang ingin dilaksanakan oleh PAS sebenarnya adalah rekaan PAS semata-mata dan bukannya hukuman Hudud yang digariskan oleh Syariat Islam adalah kenyataan yang bersikap tidak akademik dan tidak berasas. Sehingga ke hari ini pihak yang terbabit tidak mampu membuktikan secara ilmiah bahawa Hudud yang ingin dilaksanakan oleh PAS adalah Hudud yang tersasar daripada Syariat Islam.

Dua isu yang sering dimanipulasikan oleh pihak UMNO dalam menyokong dakwaan mereka bahawa Hudud yang ingin dibuat oleh PAS adalah Hudud versi PAS dan bukanlah Hudud yang diinginkan oleh Syariat Islam adalah berlaku percanggahan antara enakmen Hudud Kelantan dengan enakmen Hudud Terengganu dan PAS hanya akan melaksanakan Hudud kepada para pesalah yang beragama Islam sahaja.

Berkait dengan isu yang pertama iaitu percanggahan antara enakmen Hudud negeri Kelantan dengan enakmen Hudud negeri Terengganu, Ulamak Pelapis PAS (Pusat) ingin menegaskan bahawa kebanyakan perbahasan yang dimuatkan di dalam kitab-kitab fiqh Islam adalah perbahasan-perbahasan yang sering kali berlaku perselisihan pandangan para fuqaha di dalam memahami dalil-dalil Syarak termasuklah perbahasan-perbahasan yang berkait dengan hukum-hukum Hudud. Maka tidaklah menjadi satu keaiban sekiranya sesebuah kerajaan memilih pandangan tertentu di dalam sesuatu mazhab fiqh yang sesuai dengan suasana dan realiti kerajaan tersebut dengan tidak mengamalkan pandangan fiqh yang lain. Bahkan sekiranya berlaku ketidaksesuaian sesuatu pandangan fiqh terhadap realiti sesebuah negara, kerajaan berhak untuk meminda enakmen yang berkenaan dengan memilih pandangan fiqh yang lain sekiranya pandangan tersebut lebih menepati realiti setempat.

Enakmen Hudud negeri Kelantan dan enakmen Hudud negeri Terengganu yang dibuat hanyalah sebagai satu peljelmaan fakta hukum Hudud yang diambil daripada perbincangan para fuqaha Islam dengan menggunakan bahasa undang-undang semasa dengan meneliti pandangan fiqh yang paling tepat dengan realiti masyarakat di Malaysia.
 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 November 2012 in Penerangan Pusat

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: