RSS

Kerjasama Politik: Strategi Umno Bn melemahkan PAS semula

12 Nov
Ole; Chegu Zul
Selepas sekian lama sektor kerjasama parti politik Umno PAS isu di senyap. Kini dibangkitkan atau digemakan semula. Suara itu didatangi pula oleh para ahli akademik Melayu yang ‘terpilih’. Atas apa niat tidaklah ingin kita ketahui atau maklumi. Semuanya bagi menampakkan bahawa isu kerjasama ini macam penting sangat.
Tiada kerjasama macam berlaku kegawatan perpaduan sahaja. Tapi sebelum ini Umno Bn boleh pula hidup, sampai 56 tahun memacu kemajuan negara, mampu bertahan sejauh itu, tetapi kali ini macam ‘lemah dan tidak berdaya sangat’.Namun, bagi para pemimpin Umno langsung tidak menampakkan penting sangat bahawa ‘betapa mustahak atau penting’nya mereka untuk bekerjasama dengan PAS. Walaupun dulu zikir meraka adalah satu-satu ketika kaedah bagi tujuan kebaikan bersama untuk atau demi agama , bangsa dan negara kononnya.

Dalam meraikan pandangan seumpama ini, kita wajar mendengar dan menerimanya dengan seadanya kerana yang diutarakan itu adalah ‘bertujuan’ baik belaka.Namun persoalannya, adalah lebih baik bekerja dengan musuh kafir yang jelas daripada bekerjasama dengan Islam yang munafik.

Antara kafir yang jelas harbi atau zimmi adalah baik berbanding dengan munafik yang berpura-pura.
Keperitan kita membaca sejarah, puak assobiyah kebangsaan sering menjadikan ‘golongan’ pemangsa sebagai mangsa terutama dalam mangsa politik. Justeru, benarlah sangat pendirian Tuan Guru Nik Aziz menolak terus kerjasama seumpama ini, berdasarkan alasan dan syarat-syarat yang beliau pernah lalui atas pengalamannya.
Ahli akademik: Pas, Umno wajar kerjasama
RUZY ADILA IDRIS
10 November 2012
KUALA LUMPUR – Usaha untuk mengwujudkan ruang kerjasama di antara Pas dan Umno yang terhalang sebelum ini dilihat wajar diteruskan demi kepentingan agama Islam dan orang Melayu di negara ini.
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Prof Madya Dr Yusof Muhammad berkata, kerjasama ini penting untuk ke hadapan.
“Suka atau tidak suka perlu bekerjasama dengan Umno sebagai alternatif pertama.
“Masalah orang Pas sekarang ialah mereka melihat orang Umno seperti orang kafir,” katanya pada Wacana Mengembalikan Pas ke Landasan Asal di sini, hari ini.
Bulan lalu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar Pas menegaskan pemimpin Umno dan bekas Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa boleh meneruskan kerjasama politik, jika itu yang diinginkan, tetapi tanpa kehadiran Pas.
Mahfuz berkata, Pas juga tidak mempunyai masalah sekiranya Umno mahu meneruskan perbincangan dengan Nasharudin, yang dilihat lebih dekat dengan parti teras Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas beberapa kenyataan pemimpin Umno yang menyambut baik dan menerima secara positif saranan Nasharudin yang mahu merencanakan semula perpaduan umat Islam terutamanya melibatkan Umno dan Pas.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai kerjasama politik dengan parti yang bukan Islam, Yusof juga berkata, realiti politik seperti ini tidak dapat ditolak untuk memperluaskan kuasa.

Bagaimanapun katanya, orang Islam perlu dominan dalam menguasai dasar.

“Orang Islamlah yang wajar mengawal bukannya diberi hak untuk mengawal kepada orang bukan Islam, manakala dengan sesama Islam kita perlu menyatakan pendirian tegas kita.

“Kita tidak boleh bercakap tentang revolusi tetapi kena berbicara mengenai demokrasi. Suka atau tidak suka, inilah sistem yang ada di Malaysia. Penyertaan dalam pilihanraya adalah satu kewajipan,” katanya lagi.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 12 November 2012 in PENDAPAT

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: