RSS

UMNO suka mencarik bulu PR

12 Nov

Oleh: mat_sempoi

“Baru-baru ini, satu lagi pertubuhan yang amat kental dan mantap di 1Malaysia ini yang melontarkan pandangan mereka terhadap isu Nurul Izzah ini. Saya rasa siapa yang tidak kenal dengan pertubuhan Sister In Islam.

Sister in Islam (SIS) telah menyokong pandangan Nurul, malahan lebih dahsyat kerana kenyataan mereka adalah lebih merbahaya dan terpesong daripada kenyataan yang dibawa oleh saudari Nurul Izzah.

Saudari Nurul Izzah cuma berkata,  “If you ask me, there is no compulsion in religion… how can anyone say sorry, this (religious freedom) only applies to non-Malays, it has to apply equally,” …. ““In Quran, there is no specific term to the Malay as how it should be done,”.

Disini saudari Nurul megatakan Melayu bebas untuk memilih agama.

Kemudian banyak pula media meloyar menyalah taksirkan bahawa Nurul mengatakan orang Islam (Muslim) bebas menukar agama dan ada pula mengatakan Nurul mengatakan beliau menggalakkan agar Melayu Islam untuk murtad. Berbeza sama sekali dengan kenyataan Nurul Izzah.

Hari ini. Sister in Islam pula mengeluarkan kenyataan yang maha hebat dan menyerlahkan belang mereka iaitu SIS menyatakan “orang Islam juga perlu bebas memilih agama.”

http://www.sistersinislam.org.my/news.php?item.1123.40

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/11/10/sis-recognise-freedom-to-change-faith/

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sis-kebebasan-beragama-termasuk-menukar-agama/

Tetapi kenyataan SIS adalah amat berbeza daripada kenyataan saudari Nurul Izzah, dimana Nurul mengatakan “MELAYU” berhak bebas memilih agama, tetapi bagi SIS, “MUSLIM” berhak bebas memilih dan menukar agama. Amat hebat dan merosakkan akidah.

SIS sememang dari dulu suka memperlekehkan Islam dan menyatakan pandangan mereka bahawa Islam itu tidak adil, walaupun persatuan mereka menggunakan nama ‘Islam’.

Contohnya kempen ‘anti poligami’, ketidak adilan dalam pemberian harta dalam Islam (faraid), hak wanita yang dicicirkan oleh Islam, pemakaian hijab adalah tidak perlu, hak cerai, kebebasan untuk wanita diluar kapasiti dll.

http://www.sistersinislam.org.my/page.php?35

Tak salah saya, ada juga dikalangan ahli SIS juga pernah menyatakan pendirian menyokong Imam bagi sholat diimamkan oleh wanita beberapa tahun lalu, dimana Prof.  Dr. Amina Wudud (merupakan seorang pelopor dan Guru bagi SIS dan juga  pernah menjadi pensyarah di UIA) telah menjadi imam sholat Jumaat yang diikuti juga oleh golongan lelaki bersama-sama perempuan, secara bercampur-campur. Bagi SIS, itu adalah hak sama rata bagi wanita.

http://img.photobucket.com/albums/v299/ninetnine/gallery/womenimam05.jpg

http://www.sistersinislam.org.my/news.php?item.967.40

http://news.bbc.co.uk/2/hi/americas/4361931.stm

Pihak PAS juga pernah mengusulkan agar JAKIM dll jabatan Islam mengambil tindakan kepada SIS kerana telah banyak kenyataan mereka keluarkan adalah salah dan menyesatkan, dan merupakan suatu isu AKIDAH yang amat besar.

Malahan pada tahun lalu, SIS telah menganjurkan satu ‘musawah’ yang dihadiri oleh para Muslim Liberalis dan aktivis bukan Islam ke Malaysia. Banyak perbentangan dan idea-idea keadilan yang perlu diperbetulkan dalam Islam dibincangkan termasuklah ‘kesamarataan Agama’.

Hairannya, tiada tindakan diambil kepada SIS, malahan kebiasaannya SIS selalu dan masih mendapat tajaan dari kerajaan dan badan-badan Malaysia untuk ahli-ahlinya sebagai wakil Malaysia ke mana-mana persidangan yang melibatkan Islam, terutama persidangan dan perbincangan yang topiknya melibatkan ‘wanita dan Islam’. Malahan SIS telah lebih diberi banyak ruang untuk menyebarkan dakyah mereka di media-media utama tanpa sekatan, tidak sebagaimana yang dialami oleh pihak PAS dan pembangkang.

Mengapa ini terus berlaku? Kerana ahli-ahlinya terdiri daripada anak-anak pemimpin tertinggi UMNO (Tak perlu saya senaraikan disini).

Tidak hairan lah ramai Ulamak UMNO tidak berani menegur mereka.

Kita tunggu dan lihat, sekiranya ada ahli dan pemimpin tertinggi UMNO serta ulamak UMNO yang berani menempelak SIS.

Dalam keadilan, kita hendaklah tidak memilih bulu. Siapa salah kita tegur. Tetapi malangnya UMNO dan BN suka memilih bulu.

Kita tunggu dan lihat.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 12 November 2012 in PENDAPAT

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: