RSS

Muktamar Ulamak bertemakan “Ulamak Haraki benteng Izzah Islam” adalah Kewajipan Muhasabah Perjuangan

14 Nov

Seluruh ahli Dewan Ulamak diseru mewakafkan masa dan diri mereka untuk ke Muktamar Dewan Ulamak ke 51 yang akan berlangsung pada hari Khamis 15 hb November 2012 di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu bermula jam 8 pagi sehingga 11 malam. Kehadiran ke Muktamar adalah penting sebagai satu kewajipan bersama menilai segala kerja perjuangan yang telah digarap sepanjang sesi 2011- 2012.

Muktamar akan bermula seawal 9 pagi dengan majlis perasmian oleh Ketua Dewan Ulama Pas Pusat sendiri, YB Dato’ Tuan Guru Hj Harun Taib, sementara Ucaptama Muktamar akan dibacakan oleh Timbalan Ketua Dewan Ulama, YB Dato Ahmad Yaakob. Ucaptama untuk Muktamar Kali ke 51 ini bertemakan “Ulamak Haraki benteng Izzah Islam”.

Gimik penyerahan kad keahlian terkini Dewan Ulamak akan disempurnakan oleh Ketua Dewan, manakala perasmian reka bentuk terkini web Dewan Ulamak PAS pusat akan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Dewan Ulamak.

Seterusnya agenda rasmi Muktamar bersambung pada jam 10.30 bagi yang akan membahaskan Laporan Tahunan Muktamar dan Laporan Kewangan. Perbahasan Laporan Tahunan dijangka akan hangat kerana pelbagai aktiviti dan agenda kerja yang telah digarap sepanjang sesi ini adalah gambaran persiapan DUPP untuk menghadapi pilihanraya. Dijangka juga banyak cadangan-cadangan bernas yang akan dilontarkan sebagai respon kepada Laporan Tahunan demi memperkukuhkan gerak kerja pilihanraya.

Antara yang dijangka akan disentuh oleh perwakilan ialah peranan Lajnah Penerangan, Lajnah Tarbiyah, Lajnah Penerbitan, Lajnah Kebajikan dan Lajnah Antarabangsa.

Lajnah Penyelidikan juga dijangka antara yang akan dikoreksi melihat kepada ianya telah disentuh oleh Ucaptama pada Muktamar ke 50 yang lepas.

Unit Media yang menguruskan laman web rasmi DUPP antara yang mungkin menjadi sasaran muhasabah perwakilan  kerana ia merupakan medium utama penyampaian maklumat DUPP.

Lajnah Ulamak Pelapis juga antara yang bakal disentuh oleh perwakilan melihat kepada keaktifan lajnah terbabit melaksanakan program dan kelantangan ahli-ahli Ulamak Pelapis dalam pelbagai isu semasa.

Di sebelah petang pula, perbahasan usul oleh para perwakilan bakal dihangatkan dengan pelbagai isu semasa. Antaranya usul berkaitan sokongan Syiah terhadap rejim Bassyar Asad, pengukuhan penglibatan ulama dalam pentadbiran pentadbiran Pakatan Rakyat, pengukuhan fikrah dan tarbiyah, audit syariah bagi pentadbiran kerajaan negeri di bawah PAS dan wakil-wakil rakyat PAS, pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden dan pengukuhan organisasi DUPP.

Di sebelah malam pula diadakan wacana bagi membahaskan ucaptama Ketua DUPP bertajuk “Ulamak Haraki Benteng Izzah Islam”. Wakil-wakil negeri dijangka mengulas panjang lebar isu-isu pilihanraya ke 13, hala tuju parti dan peranan Ulamak Haraki dalam pengukuhan matlamat dan strategi parti.

Ulasan akan dibuat oleh 4 pemimpin utama DUPP, iaitu Timbalan Ketua, naib ketua, Setiausaha dan Ketua Penerangan sebelum digulung oleh Ketua Dewan.

Muktamar dijangka berakhir pada jam 11 malam.

Unit Media DUPP akan membuat laporan terkini perjalanan muktamar untuk dimuatkan ke dalam web rasmi dewan http://ulamak.pas.org.my/v2/. Kumpulan wartawan Unit Media seramai 8 orang akan bertugas sepanjang Muktamar. Ulasan muktamar juga akan dibuat dengan bantuan ulamak pelapis yang sedang mengikuti pengajian di Univ al-Azhar  yang akan mengikuti siaran langsung Muktamar menerusi web rasmi Muktamar PAS.

Selain Harakah, beberapa media tempatan juga akan membuat liputan Muktamar, antaranya Sinar Harian dan web berita Malaysiatransform.com

Aturcara penuh Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat kali ke 51 adalah seperti berikut

8 – 9 pagi             Pendaftaran Perwakilan

9 – 10.45 pagi    Majlis Perasmian Muktamar dan Ucaptama

11 – 1 tgh            Muktamar bermula mengikut Agenda

Pembentangan dan Pengesahan peringatan Muktamar Tahunan Kali ke 50

Pembentangan dan Pengesahan Laporan Tahunan Sesi 2011 – 2012

Pembentangan dan Peneriamaan Penyata Kewangan DUPP Sesi 2011 – 2012

2 – 5.30                Perbahasan Usul

Pemilihan 20 Perwakilan ke Muktamar PAS Pusat Kali ke 57

Ucapan Penangguhan

8 – 11 mlm          Wacana Ucaptama ketua DUPP

Perbahasan Ucaptama oleh Perwakilan

Ulasan Perbahasan Ucaptama Pimpinan Tertinggi DUPP

Ucapan Penggulungan oleh Ketua DUPP

 
Tinggalkan komen

Posted by di 14 November 2012 in BERITA DEWAN ULAMAK

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: