RSS

Pertahan ijtihad tahaluf siyasi – Ketua Ulamak

15 Nov
Harakahdaily, 15 Nov 2012

(Para perwakilan dan pemerhati Muktamar Dewan Ulamak)

KOTA BHARU: Para ulama di dalam PAS diseru agar mempertahankan ijtihad Tahaaluf Siyasi (persefahaman politik) termasuk mengarahkan semua ahlinya mengundi calon-calon bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata, untuk mencapai matlamat politik Islam, ulamak berijtihad dalam menentukan wasilahnya.

“Antaranya, Ulamak dalam PAS berijtihad dengan merujuk kepada al-Qur’an dan al-Hadis membenarkan  Tahaaluf  Siyasi dengan parti-parti lain dengan syarat-syaratnya sebagai satu wasilah mencapai kemenangan dalam pilihanraya.

“Rentetan daripada ijtihad Tahaaluf Siyasi, ahli-ahli PAS diarahkan mengundi calon-calon pilihanraya bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat,” katanya.

Untuk itu, katanya, ulamak perlu menjelaskan perkara ini kepada ahli-ahli parti dengan dalil-dalil daripada al-Qur’an dan al-Hadis.

Dalam masa yang sama juga Ulamak perlu sentiasa prihatin dengan syarat-syarat Tahaaluf Siyasi yang telah digariskan.

“Sekiranya berlaku sebarang pelanggran kepada syarat-syarat tersebut, Ulamak perlu segera menegur kepimpinan parti dan memberikan nasihat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan Ucaptama dalam Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat yang berlangsung di Dewan Duyung, Perdana Resort hari ini.  Teks ucapannya dibaca Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr Mahfudz Mohamad.
Dalam ucapan itu juga, Ustaz Harun turut memberitahu, ulamak PAS perlu menggunakan media baru dalam menyampaikan mesej dakwah mereka.

“Tidak cukup hanya dalam kuliah di surau dan masjid serta ceramah, bahkan perlu disiarkan dalam media massa. Youtube, blog, website dan media alternatif lain perlu digunakan semaksimum mungkin untuk tujuan tersebut,” katanya.

Ulamak perlu memanfaatkan media ini bagi membentuk minda rakyat dan cara pemikirannya agar benar-benar menguntungkan Islam di samping mempunyai semangat untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini, tambahnya.

Sementelahan lagi isu berkaitan ijtihad siyasi dan tarbawi biasanya dialpakan oleh banyak pihak.

Ulamak Haraki berperanan memenuhi media baru dengan pemikiran dakwah, tarbiyah dan jihad menentang kezaliman.

Jihad Ulamak Haraki, katanya,  tidak hanya dengan lisan tetapi juga menggunaka mata pena penulisan.

“Marilah kita mengisi ruangan yang terbuka luas sebagai medium dakwah moden untuk menyampaikan risalah Allah kepada masyarakat,” jelas beliau.

 
1 Komen

Posted by di 15 November 2012 in BERITA DEWAN ULAMAK

 

One response to “Pertahan ijtihad tahaluf siyasi – Ketua Ulamak

  1. anuantik

    15 November 2012 at 6:04 PM

    Segera sampaikan ke akar umbi jemaah. Masalah selalunya berputik dari ahli2 yg tidak mendapat tarbiyyah dari pimpinan, mereka terkadang2 termakan dakyah2 yg disebarluas syaitan2 (yg dikenali). Cadangan, DUP sediakan “link” agar ahli2 dapat berkongsi maklumat dgn sahabat handai dan kenalan melalui FaceBook, Twitter dsbnya.

     

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: