RSS

Mampuih Israel kali neh, baca apa kata Turki…

21 Nov

Oleh shalehudin

1- Bagaimana Gaza boleh dibiarkan ketika di kiri dan kanannya ada Mesir dan Turki? Ada Morsi dan Erdoğan!

2- Wahai pemuda Mesir, melalui revolusi kalian, kezaliman telah tahu bahawa mereka tidak mampu kekal. Ajalnya akan tiba di sana sini!

Ringkasan Ucapan Recep Tayyib Erdoğan di Cairo University sebentar tadi.

3- Ayat 139 dari Surah Al Imraan, Allah sudah mengingatkan kita semua agar tidak berasa lemah dan terhina selagi kita beriman.

4- Jangan lemah, jangan sedih! Di Turki dan Mesir, serta rantau ini, Medan Tahrir adalah tempat kamu mengangkat wajahmu. Penuh bangga kerana kamu Misri.

5- Kita warga rantau ini tidak akan membiarkan kesedihan dan kezaliman membelenggu kita.

6- Semua sejarah rantau ini yang menjadi kebanggaan kita. Semangat Salahuddin Al-Ayubi akan kita lakarkan kembali. Dan kita sedang melakarkannya.

7- Sempadan yang dilakar oleh pena politik tidak akan menyekat kasih sayang dan ukhuwwah kita.

8- Kita di wilayah ini dalam sejarah yang dikongsi bersama selama ini perlu berpanjangan dan berterusan.

9- Apa yang sedang berlaku hasil revolusi Mesir adalah pada mengembalikan wilayah ini ke sifat asalnya yg bertamadun tinggi dan penuh kemuliaan.

10- Apabila Turki menjadi kuat, Mesir juga akan bertambah kuat. Dan kekuatan Mesir menambahkan kekuatan Turki. Kita adalah kekuatan utama di wilayah ini.

11- Turki menyediakan seluruh keupayaan kami untuk membantu rakyat Syria di sempadan.

12- Menjadi kewajipan kemanusiaan dan.keagamaan untuk kita membantu. Termasuk Saudi, Jordan dan Negara Teluk. Mesti berganding bahu membantu.

13- Sistem yang dipakai di peringkat antarabangsa untuk mengekalkan keamanan tidak berfungsi, United Nations gagal. Turki melihat perubahan mesti dilakukan pada sistem itu, di peringkat fundamental.

14- Seluruh dunia dengan sistem itu bersidang untuk pelbagai isu, tetapi apabila tiba isu Syria dan Palestin, tiada keputusan konkrit yang terhasil.

15- Kita bercakap dalam dua bahasa yang berbeza tetapi kita saling memahami kerana bahasa hati kita adalah bahasa yang sama, kerana mengimani perkara yang sama.

Sama-sama kita doakan agar pemimpin dunia Islam bersatu menyelesaikan Isu Palestine, Syria, Rohingya dengan lebih konkrit dan bertindak seperti yang diperkatakan.

Ingatlah, umat Islam itu laksana 1 badan. Andai kaki berasa sakit, 1 badan akan mengerang kesakitan. Andai Muslim Gaza menderita kesakitan, keseluruhan Muslim di seluruh dunia wajib bangkit menyatakan sokongan. Berdoalah.. Berdoalah.. Berdoalah..Terjemahan ucapan Erdogan oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Mampuih Israel kali neh, baca apa kata Turki…

 
Tinggalkan komen

Posted by di 21 November 2012 in BERITA DUNIA

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: