RSS

Ahli Parlimen Jerantut Keluar UMNO”, Ramai Keliru Dengan Kenyataan Di “Twitter” Fuziah Salleh !

11 Dec

Tengku AzlanKUANTAN, 10 Dis – Ramai pihak yang terkejut dan keliru dengan kenyataan yang dibuat di twitter Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh yang mendakwa Ahli Parlimen Jerantut, YBM Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (foto)  keluar UMNO semalam .

Fuziah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dalam kenyataannya jelas mengatakan “Tengku Azlan keluar UMNO. Berita Makkal Osai hari ini 9 dis 2012. Reformasi!! @anwaribrahim @drwanazizah”. Persoalannya sekarang ialah kenapa berita ini disebarkan sedangkan ia belum terbukti sahih kerana berasaskan kepada satu sumber akhbar berbahasa Tamil sahaja?. Akibat kenyataan ini rakyat bertempik gembira di Kerdau malam tadi.

Namun, mendukacitakan apabila siasatan dibuat ia hanyalah khabar angin semata-mata sebenarnya. Soalnya sekarang, kenapa Fuziah begitu berani mengeluarkan kenyataan berkenaan sedangkan tidak ada satu pun sumber berita dari akhbar atau media berbahasa Melayu  yang mengeluarkan kenyataan demikian hatta portal paling popular di negara kita iaitu Malaysiakini.

Susulan twitter tersebut menyebabkan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man telah memaklumkan perkara berkenaan di Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang di Darul Hikmah Kerdau malam tadi.

Pengumuman itu mendapat tepukan gemuruh dari kalangan rakyat yang mendengarnya, namun ramai juga yang was-was dengan apa yang diwar-warkan itu sebenarnya. Susulan kenyataan Fuziah itu juga banyak blog-blog pro-pakatan telah melaporkan berita “tidak sahih” berkenaan.

PDO juga telah cuba menghubungi orang-orang kanan Ahli Parlimen Jerantut itu bagi mengesahkan berita ini, namun semuanya tidak dapat mengiyakan berita itu. Malah paling menarik, YBM Tengku Azlan sendiri telah diserang oleh blog pro-UMNO (baca sini), yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan beliau keluar parti.

Apapun, setakat ini tiada bukti kukuh yang menjurus ke arah ini sebenarnya. Isu ini timbul akibat pendedahan yang dibuat oleh akhbar Makkal Osai. Menurut sumber, TBM Tengku Azlan telah ditemuramah oleh Makkal Osai beberapa hari yang lalu. Dalam temuramah tersebut, dia tidak langsung menyentuh soal keluar parti atau menyertai parti pembangkang (Pakatan Rakyat).

Apa yang beliau nyatakan ialah dia akan bersara terus dari politik dan tidak akan bertanding lagi pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Hasratnya untuk bersara telah dinyatakan sebaik saja dia menolak jawatan Timbalan Menteri Luar semasa Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi mahu melantiknya dahulu. Beliau juga telah memaklumkan perkara ini (tidak akan keluar UMNO) kepada Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Adnan Yaakob sendiri. Maknanya tidak timbul soal “keluar parti” seperti yang dihebohkan sebenarnya.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 11 Disember 2012 in BERITA PAHANG

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: