RSS

Tanda besar “PRU 13” telah diketahui.

13 Dec

Oleh: tokpepijat

Agaknya ramai teruja dan tertunggu-tunggu kemunculan buku tentang kisah hidup isteri PMNajib. Buku itu disahkan oleh Mat Maslan,Menteri FELDA akan keluar pertengahan Januari 2013.

Apa agaknya yang mahu dijawab oleh Rosmah tentang “fitnah” dirinya. Antaranya, cincin, tag tangan, pakaian, anak daripada suami pertama, keluarga di Negeri Sembilan, kontrak PLKN, kes bunuh Altahtunya, sewa hotel sepanjang lawatan….wow banyaknya!

Apapun, kita tunggu kemunculan buku Rosmah nanti. Beliau agak “berani” daripada suaminya PMNajib yang sehingga hari ini membisu untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim.

Rosmah memang hebat dan nampak seperti ”  Iron Lady”. Perilakunya membayangkan pengaruhnya ke atas orang di sekelilingnya.

Lihat, bagaimana PMNajib terpaksa tunggu beliau turun dari kapalterbang ketika satu lawatan  dahulu. Begitu juga TV3 pernah siarkan jawatan Rosmah sebagai PM semasa satu wawancara. Dalam perkahwinan Chong Wei tempohari,sekonyong-konyong Rosmah memunculkan dirinya di tengah pasangan itu. Sekali tengok,semacam beliau sebagai tetamu istimewa. Dua kali tengok, beliau seperti pasangan yang berkahwin!

Yang terkini, satu kehebatan Rosmah di mana Sultan Pahang bersama isterinya turut mencemar dulir dalam perlancaran buku biografi yang tidak siap lagi. Lebih haru, Sultan Pahang menerima gambar potret besar Rosmah. Biasanya setaraf Sultan layak menerima potretnya sendiri bukan potret orang lain untuk digantung di istana.

Memang Rosmah hebat. Barangkali pihak majalah Time boleh namakan Rosmah antara 100 yang berpengaruh di dunia.

Akhir sekali, apa isyarat tentang kemunculan buku biografi Rosmah pertengahan Januari? Isyaratnya ialah PRU 13 bakal diadakan selepas buku Rosmah dilancarkan. Dan yang pasti PRU 13 tidak akan diadakan sebelum buku Rosmah dilancarkan.

Itulah hebatnya Rosmah. Itulah sebab majalah Time kena ambil Rosmah sebagai antara tokoh yang berpengaruh di dunia masa kini.

Harapnya, Hishamudin Rais tidak cemburu dengan glamournya Sang Bini Najib!

MESTI BACA : Tanda besar “PRU 13” telah diketahui.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 13 Disember 2012 in PENDAPAT

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: