RSS

Malaysia aman, yang huru hara hanyalah UMNO dan BN!

18 Dec

Oleh: senik

Assalamualaikum,,..

Menjelang PRU 13, berbagai bagai kebimbangan, ketakutan dan ugutan disebarkan oleh UMNO dan orang suruhannya yang diketuai oleh PERKASA yang menjadikan haru sana sini sebagai jurucakapnya.

Menakutkan bagi orang orang seperti haru sana sini, tetapi apa yang sedang berjalan dalam negara tidak menampakkan apa apa kebimbangan pun, di mana rakyat berbilang bangsa hidup dengan aman, berkomunikasi dengan baik dan rakyat menyerap segala keperitahan dengan baik sekali. Tiada masalah langsung malah ramai di kalangan rakyat jelata sudah tidak sabar untuk mengundi dan melihat bagaimana UMNO mampu menipu lagi di PRU nanti.

Jelasnya, tiada keadaan tension dalam negara menjelang PRU, segalanya steady dan majoriti rakyat menjangkakan PRU kali ini akan dijalankan dihujung penggal malah ada yang menjangkakan percubaan Najib untuk memanjangkan penggal pemerintahannya atau dengan kata kata lain rakyat menjangkakan Najib tidak akan membuat PRU selagi mana dia mampu bertahan.

Benar atau tidak sama samalah kita nantikan.Yang pasti PRU yang ditunggu sudah menjadi anti klimik di mana rakyat sudah lama bersedia untuk mengundi.Tiada suasana huru hara yang ada cumalah haru sana haru sini oleh segelintir tentera upahan UMNO yang mungkin akan lari lintang pukang selepas PRU nanti.Antara yang diharu sana sinikan oleh tentera upahan ini ialah DAP harbi(istilah yang digunakan tupun pakai bantai ajer) akan merampas Malaysia dari tangan orang melayu kalau PR dibiarkan menang dan kata mereka lagi kalau ini dibiarkan berlaku, 13 mei akan berlaku lagi.Memang haru kerana yang dirampas oleh DAP bukan Malaysia, tetapi kerakusan UMNO yang selama ini menjadikan Malaysia sebagai harta pesaka datok nenek mereka.

Ada pula cuba menakutkan melayu dengan ugutan melayu akan hilang maruah kalau BN tewas, dan Islam akan hancur sedangkan apa yang berlaku sekarang, Islam sudah lama diinjak injak oleh bangsa melayu yang bernaung dengan UMNO, sudah lama diubah ubah mengikut selera mereka.Cukup mengharu sana sini apabila yang menakutkan melayu itu seorang mufti yang dibayar gaji oleh rakyat untuk menjaga ugama.

Sementara presiden UMNO beberapa kali melaungkan bahawa satu undi untuk PR bermakna huru hara sedangkan yang huru hara sekarang ini ialah UMNO sendiri, dengan berbagai bagai kebimbangan seperti kebimbangan sabotaj dan seumpamanya.

UMNO menakutkan rakyat dengan ugutan huru hara tetapi yang menghuru harakan negara sekarang ini ialah samseng upahan mereka.

Apa yang dapat dlihat dengan semakin jelas sekarang ini, ialah suasana huru hara dalam UMNO, dalam BN dan yang tinggal dalam UMNO, dalam BN ialah orang orang yang bergantung mencari harta dengan kuasa mereka.Pada yang tidak bergantung sudah ramai meninggalkan mereka termasuk tokoh tokoh koperat yang tidak mengambil kesempatan kedudukan mereka dalam UMNO untuk mendapatkan kontrak berjuta juta.

UMNO dan yang tinggal dalam UMNO sudah hilang idea kerana idea mereka hanyalah menipu rakyat sedangkan penipuan mereka sudah semakin nyata dan jelas.Tidak ada apa yang nak disembunyikan lagi.

Hakikatnya negara aman damai, yang huru hara hanyalah UMNO dan BN.”

 
Tinggalkan komen

Posted by di 18 Disember 2012 in PENDAPAT, POLITIK

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: