RSS

Provokasi Halang ‘Kembara Oren’ Di Pahang Dan N.Sembilan !

25 Dis
Kembara Oren, anjuran Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) yang bermula di Pahang semalam berhadapan dengan berbagai rintangan termasuk tindakan samseng oleh pihak yang berkenaan. Kembara yang turut disertai oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Ibrahim Tuan Man dan Presiden ANAK, Mazlan Aliman bermula di Felda Bukit Kepayang, Bera dan berakhir di Felda Jengka 11, Bandar Jengka malam tadi. Kembara yang awalnya berjalan dengan baik tanpa sebarang provokasi akhirnya menjadi kecoh apabila dihalang oleh pihak Felda dan beberapa kerat pemimpin setempat yang kononnya tidak mahu kampung mereka diganggu. Insiden bermula di Felda Kampung Awah, apabila Ketua Penerangan ANAK, Noraza Muda telah ditangkap dan diikat oleh polis bantuan di Felda terbabit. Tindakan itu mencetuskan kemarahan ramai pihak hingga dia dibebaskan akhirnya. Tidak cukup dengan itu, Kembara Oren juga dihalang memasuki Felda Jengka 23 dan Jengka 11, lokasi ceramah umum yang sepatutnya diadakan disebelah malamnya. Ramai mempersoalkan provokasi itu.
“Kami bermula dengan baik di Felda Bukit Kepayang, dapat berjumpa orang ramai, edar risalah di pekan sari dan tiada sebarang sekatan. “Tetapi bila kami mula disekat di Felda Kampung Awah. Pihak Rela yang saya yakin diperalatkan pihak tertentu, menutup pintu pagar dan membuat sekatan di pondok pengawal,” kata Mazlan Aliman.  Memandangkan waktu solat asar sudah hampir masuk ketika itu, Kembara Oren bergerak menuju Masjid Felda Jengka 21 untuk menunaikan kefardhuan itu. Tiba di pintu gerbang Jengka 21, sepasukan wanita dipercayai dari cawangan UMNO tempatan bersama seorang lelaki dengan sebuah jentera berat telah bersiap-sedia untuk menghalang Kembara Oren dari menggunakan laluan dari pintu gerbang itu untuk ke masjidLebih teruk lagi katanya, mereka tidak dibenarkan solat Asar di Masjid Jengka 12 menyebabkan mereka terpaksa menapak kira-kira 1 kilometer ke masjid lain yang berdekatan. “Pihak Rela buat kubu sekat kami masuk. Pihak polis daerah pun ada. “Alasan tak bagi kami masuk, penduduk tak terima kehadiran kami sedangkan saya yakin kira-kira 150 orang yang membuat benteng manusia itu, bukan semua penduduk Felda itu. Orang luar yang telah disuruh pihak tertentu,” katanya lagi.

Tidak mahu sebarang kejadian buruk berlaku, Kembara Oren beralah dan meneruskan perjalanan ke masjid Jengka 12 pula.  Bagaimanapun, halangan-halangan tersebut tidak langsung mematahkan semangat Kembara Oren untuk ke Jengka 11 malam tadi bagi acara kemuncak. Dipercayai, kehadiran mereka juga dihalang hebat oleh seorang lelaki yang katanya bernama “Jelan”. 

Khabarnya pihak penganjur Kembara Oren akan menghantar surat saman kepada pemuda terbabit atas tindakan biadap beliau “ala samseng” yang jelas mencabuli hak-hak rakyat untuk berhimpun dan bergerak bebas daam negara ini seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Apa yang berlaku jelas sekali melanggar undang-undang. Bahkan ia juga telah mencabuli hak-hak asasi manusia.

Tindakan provokasi tidak berakhir di Pahang, ia turut merebak ke Negeri Sembilan. Dilaporkan Kembara Oren yang bermula di Felda Kepis juga telah dihalang oleh pihak berkenaan. Malah lebih teruk lagi kenderaan yang membawa peralatan penerangan Kembara Oren juga telah dipecahkan cermin dengan objek keras seperti kayu di Felda Bukit Rokan Utara, Gemas. Kenderaan terbabit juga telah ditendang hingga kemek-kemek oleh pihak terbabit. Malah, Ketua Penerangan ANAK, Noraza Muda yang diikat di Felda Kg.Awah semalam juga sekali lagi  telah dicederakan. Tindakan ini  jelas sekali satu perbuatan zalim dan ganas yang dilakukan terhadap rakyat dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia. Ia ternyata amat memalukan.
Kembara Oren telah ditamatkan serta merta selepas keganasan pagi tadi. Naraza dari ANAK Terengganu ditikam dengan kayu tajam. Kereta adik Mazlan Aliman di pecahkan cermin akibat diserang oleh 10 lelaki. Jurukamera pula dipukul. Sekatan dibuat ditengah jalan besar. Kembara Oren akhirnya berehat di Felda Raja Alias sementara menunggu ceramah perdana malam tadi. Apapun yang berlaku, ia tidak mematahkan semangat mereka untuk menyedarkan warga peneroka situasi Felda.
Sementara itu, difahamkan Yang DiPertua PAS Temerloh, Tuan Hj.Jusoh Darus selaku Pengarah Konvoi Kembara Oren  telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temeroh hari ini berhubung tindakan ganas dan provokasi yang dilakukan oleh pihak itu di Jengka 23 dan Jengka 11. Laporan turut dibuat oleh lain-lain pimpinan PAS selepas itu. Apapun, tidak pasti pihak polis akan menyiasat atau pun tidak kes ini. Amat menghairankan pihak polis telah berjanji untuk memberikan kerjasama kepada pihak penganjur sepanjang program, namun apa yang berlaku sebaliknya. Ini yang memusykilkan.
[Secara keseluruhaya, jelas dapat dilihat budaya samseng semakin menular dikalangan rakyat Malaysia. Tiada lagi rasa hormat terhadap undang-undang yang telah ditetapkan daam perlambagaan. Para peneroka Felda seolah-olah terus diperbodohkan dari melihat kebenaran. Mereka mendapat sedikit imbuhan sedangkan yang kaya-raya ialah orang diatas sana yang begitu rakus mengagihkan kekayaan Felda itu sendiri kepada puak gerabak mereka. Peneroka tidak sedar atau sengaja dibutakan mata dan hati untuk meihat kebenaran. Saham FGV kia merudum, harga getah dan sawit terus menjunam kini Koperasi Permodalan Felda (KPF) pula bakal menjadi mangsa. Akhirnya peneroka ini akan “menang sorak kampung tergadai”. Mereka tidak mengerti kini tanah dan aset mereka baka tergadai. Mereka masih lagi gemar menyokong membabi buta hingga tergamak lakukan apa saja asalkan perompak terus berkuasa. Amalan demokrasi terus dihancurka dan mereka bebas melakukan apa saja asal namanya UMNO. Pihak polis juga gagak bertindak denga profesiona sedangkan mereka ada kuasa. Jalan terbaik ialah rakyat perlu melakukan perubahan pada Pilihanraya Umum akan datang agar martabat peneroka dikembalikan. Lakukanlah perubahan sekarang !!].
 
Tinggalkan komen

Posted by di 25 Disember 2012 in BERITA PAHANG

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: