RSS

Muzakarah Isu Amanat Haji Hadi : Menanti Respons Majlis Fatwa Kebangsaan

01 Jan

Oleh Khairul Faizi Mohd Kamil

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah mengutus sepucuk surat susulan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai isu ‘Amanat Haji Hadi’ pada hari ini. Sebelum ini DPPM pernah menghantar surat kepada Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan pada 21 Disember 2012 memohon untuk diadakan Muzakarah diantara majlis tersebut dengan Exco DPPM berhubung isu ini.

Surat ini diutus kepada Majlis Fatwa Kebangsaan ekoran tiada respons diberikan oleh majlis tersebut terhadap permohonan DPPM. Dalam hal ini, DPPM merasakan mungkin Majlis Fatwa Kebangsaan tidak berminat membincangkan isu ini serta mengadakan majlis muzakarah antara semua pihak bagi membincangkannya secara mendalam.

Namun demikian, DPPM merasakan isu ini perlu diperjelaskan kepada masyarakat supaya masyarakat faham terhadap isu sebenar memandangkan ianya telah dipolemikkan oleh segelintir pihak.

Lebih malang lagi apabila ada pihak tertentu menggunakan isu ini menjadi isu politik dengan menyerang YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS menggunakan ruang media tanpa memberikan peluang kepada beliau untuk memperjelaskannya.

Justeru, DPPM mengharapkan supaya Majlis Fatwa Kebangsaan memainkan peranan menjelaskan isu ini kepada masyarakat supaya tidak timbul salah faham umat Islam di kemudian hari.

DPPM tidak mahu ada pihak mengambil kesempatan untuk kepentingan politik sempit mereka dengan melagakan kesatuan ummat serta membangkitkan sentimen kebencian terhadap PAS dengan pelbagai fitnah yang tidak berasas.

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Malaysia

 
Tinggalkan komen

Posted by di 1 Januari 2013 in Penerangan Pusat

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: