RSS

Akan tergelincir akidah jika ditarik balik ‘Amanat Hj Hadi’.

02 Jan

http://www.tranungkite.net/psiber/tarabulsi/tarabulsi071.htm

Assalamualaikum wbt,

ABU (1)UMNO telah sekali lagi membangkitkan isu kafir-mengkafir dengan mendesak ditarik balik kenyataan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang yang dibuat 20 tahun dahulu pada 7 April, 1981 di suatu ceramah di Banggol Peradong, Kuala Terengganu. Petikan dari ceramah tersebut dianggap sebagai ‘Amanat Hj Hadi’ oleh seorang bekas pemimpin PAS yang sudah memasukki UMNO. UMNO menuduh ‘amanat’ tersebut mengkafirkan orang-orang UMNO.

Sebenarnya kenyataan (atau ‘amanat’) yang dibuat oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi dua puloh tahun yang lepas itu tidak bertujuan hendak mengkafir, tetapi adalah untuk menyelamatkan orang-orang UMNO dari kerosakan akidah. Tuan Guru sebenarnya memberi peringatan kepada orang-orang UMNO bahawa pegangan UMNO kepada amalan agama Kristian yang memisahkan syariat (politik–urusan negara) dari akidah (agama), yang juga dipanggil sistem sekular, adalah syirik akbar di sisi agama Islam yang akan memasukkan orang-orang UMNO ke dalam neraka buat selama-lamanya sama seperti orang-orang yang kafir. Nampaknya orang-orang UMNO bukan sahaja tidak berterima kasih tetapi telah memutarkan segalanya untuk menghidupkan semula isu kafir-mengkafir.

Di ceramah beliau di Markas Tarbiyah PAS di Taman Melewar, Gombak pada malam 9 April, 2001, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang menyifatkan UMNO sebagai orang buta yang ingin ditolong melintas jalan supaya tidak terpijak lopak dan lobang atau pun dilanggar kereta. Orang buta itu (UMNO) bukan sahaja tidak berterima kasih tetapi telah menolak pertolongan yang dihulurkan itu dengan marah. Andaian ini tepat sekali.

‘Amanat Hj Hadi’ seperti yang disiarkan oleh akhbar-akhbar arus perdana adalah:

[“Saudara-saudara sekelian. Percayalah. Kita menentang Barisan Nasional (BN), bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana dia menegakkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah, oleh kerana itulah kita menentang mereka, oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka.

“Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana itu kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.

“Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Buddha tetapi kita akan menjadi kafir dengan mengatakan politik suku (asing), agama suku”].

Di awal ini lagi ingin ditegaskan bahawa kenyataan Tuan Guru Hj Abdul Hadi adalah soal akidah dan tidak boleh ditarik balik. Jika ditarik balik akan tergelincir akidah.

Seperti yang telah disebutkan diatas, amalan memisahkan politik dengan agama (atau apa yang Tuan Guru Hj Abdul Hadi sebutkan sebagai “politik suku, agama suku”) adalah fahaman agama Kristian. Pada mulanya agama Kristian tidak mengasingkan politik dari agama dan penganutnya berhukum dengannya dalam segala urusan kehidupan mereka. Tindakan mengasingkan politik dari agama berlaku apabila Emperor Rom, Constantine I (288-337M) memeluk agama Kristian dan mengistiharkan agama Kristian sebagai akidah rasmi Empayar Rom.

Untuk mengambil hati Emperor Constatine I, pihak Gereja memenuhi kehendak raja Rom tersebut, iaitu pemisahan antara akidah (agama) dan syariat (negara). Maka kehidupan dibahagikan kepada dua ruang. Pertamanya, ‘keagamaan’ yang berpusat di Gereja dengan hanya kuasa menasihat sahaja keatas penganut-penganut agama Kristian. Keduanya; ‘keduniaan’ yang merupakan hak Kaiser (Raja) yang menggubal undang-undang yang merangkumi sistem politik, ekonomi, kemasyarakatan, hubungan antarabangsa dan sistem kehidupan umum. Dengan pemisahan antara akidah dan syariat tersebut maka agama Kristian tidak lagi berupa suatu syariah perundangan yang memerintah. (Untuk maklumat lanjut rujuk kepada ensaiklopedia agama Kristian yang ditulis oleh pendita-pendita dan ahli falsafah Kristian sendiri).

Supaya perubahan itu dilihat sebagai berasaskan Bible maka ditokok dua nas yang disandarkan kepada Nabi Isa SAW iaitu nas “serahkan hak Kaiser kepada Kaiser dan hak tuhan (God) kepada tuhan”, dan juga nas “kerajaan aku bukanlah di alam ini”.

Pendita-pendita dan cerdik pandai Kristian sendiri mengakui bahawa tokok tambah, kurang mengurang dan pengubahsuaian agama Kristian untuk menyesuaikannya dengan selera penganut-penganutnya mengikut peredaran zaman telah bermula sejak awal-awal lagi. Dalam Islam juga terdapat golongan yang terpengaruh dengan fahaman Kristian ini, dan mereka adalah golongan modernis Islam dan golongan anti-Hadith. Mungkin Dr Mahathir dan sesetengah orang UMNO yang mendesak diubahsuaikan Islam dan ditafsir semula Al Quran agar sesuai dengan citirasa dan selera termasuk dalam golongan yang sama. Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.

Berdasarkan ilmu tauhid Uluhiyyah (Ibadah), fahaman yang memisahkan politik dari agama itu ( sistem sekular) adalah salah satu dari syirik akbar (syirik besar). Orang-orang yang melakukan syirik akbar itu tidak akan diampun samasekali oleh Allah SWT walau apa pun keadaan, dan akan mati sebagai kafir dan dimasukkan ke dalam neraka jahanam untuk selama-lamanya. Dengan ertikata yang lain orang Islam yang melakukan dosa syirik akbar itu (seperti mengatakan politik suku, agama suku) telah jatuh menjadi kafir.

Firman Allah SWT (terjemahan):

“Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) denganNya, dan Dia mengampuni dosa yang selain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendakkiNya” (Surah An Nissa’ Ayat 116).

Allah SWT juga berfirman (terjemahan):

“Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun.” (Surah Al Maidah Ayat 72).

Tauhid Uluhiyyah (Ibadah) bukan setakat mendirikan syiar-syiar agama seperti solah, puasa. zakat (sedekah), menunaikan haji, sembelih korban dan amalan lain yang seumpamanya. Dalam Islam ibadah kepada Allah SWT itu luas dan merangkumi segala hal ehwal kehidupan. Berdoa memohon kepada Allah SWT itu juga suatu ibadah yang dituntut seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam Hadith baginda : “doa itu adalah ibadah”.

Ibadah yang sempurna adalah tunduk yang sempurna kepada Allah SWT berserta dengan cinta yang sempurna terhadap Allah SWT. Tunduk tanpa cinta, atau cinta tanpa tunduk, atau tunduk dan cinta secara separuh-separuh tidaklah tercapai pengertian ibadah. Maka dalam mendirikan ibadah solah, puasa, zakat dan syiar agama yang lain-lain kita tidak boleh tujukannya kepada yang lain kecuali hanya kepada Allah SWT sahaja. Begitu juga dengan doa. Doa mesti diajukan penumpuan sepenuhnya kepada Allah SWT. Ibadah itu juga tidak tercapai kalau kita tidak tunduk dan patuh kepada ajaran agama Islam secara sepenuhnya.

Ibadah juga tidak akan tercapai kalau kita tidak patuh dan tunduk kepada hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, iaitu menghalalkan apa yang dihalal serta mengharamkan apa yang diharam, menguatkuasakan hudud dan menyususn segala hal ehwal kehidupan mengikut syariat Islam. Orang-orang yang beriman kepada Allah SWT tidak harus mengambil sistem-sistem, hukum-hukum, nilai-nilai dan undang-undang dari manusia, tunduk pula kepada nya, berhukum dengannya dalam kehidupan tanpa keizinan dari Allah SWT. Kerana segala hal ehwal kehidupan mesti berhukum dengan syariat Islam maka adalah salah disisi ibadah Islam untuk mengasingkan politik dengan agama.

Firman Allah SWT (terjemahan):

“Barangsiapa yang tidak memutuskan (memerintah, menghukum) menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” (Al Maidah Ayat 44)

Terjemahan bahasa Inggeris Surah Al Maidah, Ayat 44 ini agak lebih jelas lagi :”Those who do not rule by what Allah has revealed are disbelievers (kafiroon).”

Untuk keterangan yang lebih lanjut lagi, dalam ilmu tauhid Uluhiyyah (Ibadah), salah satu dari syirik akbar yang halus dan tidak disedari adalah mengambil selain dari Allah SWT sebagai penggubal undang-undang. Melaksanakan hukum-hukum Allah SWT seperti menguatkuasakan hukum hudud dalam pemerintahan adalah suatu ibadah yang dimestikan atau dituntut. Oleh demikian tidak boleh samasekali dalam Islam dikatakan politik dan agama itu berasingan. Malah menguatkuasakan hukum-hukum yang digubal oleh manusia dan mengenepikan hukum hudud serta mengenepikan syariat Allah dalam menyusun segala urusan kehidupan adalah perbuatan mempersekutukan Allah SWT, iaitu kesalahan syirik akbar yang tidak akan diampun samasekali oleh Allah SWT. Orang-orang islam pun yang melakukan syirik akbar akan mati sebagai kafir dengan dimasukkan ke dalam neraka jahanam untuk selama-lamanya..

Kita lihat dalam hal ini UMNO bukan sahaja menentang pelaksanaan hukum hudud tetapi telah memperlekeh dan menjadikan hukum hudud itu bahan ejekan hinggakan pemimpin-pemimpin kafir seperti Ling Liong Sik, Samy Vellu dan Lim Kheng Yaik telah tumpang sekaki dalam mempersendakan hukum hudud. Kita telah melihat bagaimana kerajaan Malaysia yang diterajui UMNO dengan tegas telah menyekat hukum hudud dari dilaksanakan oleh kerajaan PAS (BA) di Kelantan dan Terengganu dengan ugutan akan mengambil tindakan ketenteraan keatas Kelantan dan Terengganu sekiranya hukum hudud dilaksanakan.

Memangnya kita punyai mahkamah syariah, tetapi mahkamah ini adalah untuk mengabui mata. Ianya bertaraf rendah berbanding dengan mahkamah sivil. Dan mahkamah syariah ini pula tidak berkuasa membicarakan kes-kes jenayah. Bukan sahaja kuasa mahkamah syariah terbatas, tetapi hukuman bagi kesalahan seperti khalwat dan zina pula tidak berdasarkan denda yang ditetapkan oleh Allah SWT kerana telah diubah kepada ringgit dan sen.

Amalan membatas bidang mahkamah syariah serta amalan mengubah denda yang ditetapkan oleh Allah SWT bagi kesalahan-kesalahan seperti khalwat dan zina kepada ringgit dan sen itu, adalah warisan sistem penjajahan British. Maka tidak boleh dipersalahkan Tok Guru Haji Abdul Hadi dalam kenyataan beliau (‘amanat’) di Banggol Peradong bahawa pemerintahan UMNO-BN ditentang kerana ianya “menegakkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah.”

Banyak contoh-contoh yang membuktikan bahawa UMNO-BN menegak dan mengekalkan perlembagaan/peraturan penjajah, peraturan kafir dan peraturan jahiliyah. Antara contoh yang terbaik adalah Akta ISA. Akta ISA ini digubal oleh penjajah British. Akta ini kejam dan bertentangan dengan Islam kerana membenarkan rakyat ditangkap dan dipenjarakan tanpa perbicaraan. Akta ISA salah disisi Islam kerana unsur penindasannya dan unsur menyalahguna kuasa. Ianya sejajar dengan peraturan jahiliyah yang tidak berperikemanusiaan. Sekiranya UMNO betul-betul Islam, UMNO yang menerajui kerajaan akan memansuhkan Akta ISA ini yang kejam dan yang telah digubalkan sejak zaman penjajah.

Berdasarkan tauhid Uluhiyyah (Ibadah) bukannya Tuan Guru Hj Abdul Hadi yang perlu menarik balik kenyataannya yang sebenarnya adalah peringatan untuk menyelamaykan akidah, tetapi UMNO yang perlu kembali kepada akidah Islam dengan membuang sistem pemerintahan sekular Kristian yang diikuti oleh UMNO selama ini. UMNO sepatutnya berterima kasih kepada Tuan Guru Hj Abdul Hadi yang telah cuba menyelamatkan orang-orang UMNO dari kerosakan akidah.

Seperti yang telah disebutkan diatas, kenyataan Tuan Guru Hj Abdul Hadi di Banggol Peradong 20 tahun yang lepas adalah soal akidah dan tidak boleh ditarik balik. Jika ditarik balik akan bermakna tergelincir akidah Perlu diingatkan kepada orang-orang UMNO bahawa bukannya Islam itu diperintah, tetapi Islam yang memerintah.

Perhatian: Ilmu tauhid terbahagi kepada 3 bahagian – tauhid Rububiyyah, tauhid Uluhiyyah (juga disebut Ibadah), dan tauhid Asmaa wa Sifaat. Ketiga-tiga saling melengkapi dan tidak boleh diketepikan mana-mana bahagian pun.

Dengan ikhlas dan semata-mata kerana Allah SWT. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

 
Tinggalkan komen

Posted by di 2 Januari 2013 in PENDAPAT

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: