RSS

Gara-Gara Berlatar Belakang Agama, Jabatan Pelajaran Pahang Tipu Fakta Kecemerlangan Sebuah Maahad Tahfiz Semasa Umum Keputusan PMR 2012 !

02 Jan

KUANTAN,  Ramai ibubapa pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) dekat sini terkilan dengan tindakan pihak Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) menafikan hak pusat pengajian terbabit sebagai sekolah paling cemerlang dalam Peperiksaan Penilaiaan Menengah Rendah (PMR) 2012 yang diumumkan baru-baru ini.

Mereka keliru kerana kecemerlangan MTNP dinafikan, sebaliknya Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) diumumkan sebagai sekolah terbaik PMR 2012Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Sekolah Menengah Negeri Pahang Tahun 2012 telah diumumkan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Hashim bin Mohd Zayat, Ketua Sektor Penilaian Dan Peperiksaan yang mewakili Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang bertempat di Bilik Gerakan Jabatan Pelajaran Pahang. Analisis keputusan PMR dilaporkan berdasarkan Pencapaian Calon dan Prestasi Mata Pelajaran.

Menurut seorang bapa kepada pelajar MTNP, benarkah keputusan itu dibuat secara adil dan saksama?. Sedangkan hakikat yang berlaku adaah sebaliknya. Kenapa JPNP cuba menyembunyikan fakta hanya kerana mahu mengangkat sekolah mereka sebagai yang terbaik berbanding sebuah Maahad Tahfiz? Beliau berkata Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP)  sering dinafikan hak kecemerlangannya.

Seolah-olah ada usaha oleh JPNP untuk mengangkat sekolah dibawah kementerian yang terbaik sedangkan MTPN lebih baik dari semua sekolah terbabit.  “Pada tahun 2012, MTNP mendapat pencapaian terbaik dengan kelulusan 87.10% bagi pencapaian semua A. Namun anehnya SMART yang hanya mendapat 63.64% sahaja. Namun anehnya SMART pula yang diumum sebagai sekolah terbaik“, katanya.

Difahamkan SRK adalah projek Kerajaan Negeri Pahang untuk menempatkan peajar yang gagal ke asrama penuh walau pun mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Di Pahang terdapat 22 buat SRK dan sebelas daripadanya mendapat keputusan lulus 100% pada peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR 2012) lalu.

Bukankah ini sesuatu yang memalukan dan tidak wajar berlaku sebenarnya. “Dari segi Gred Purata Sekolah (GPS), pencapaian MTNP jauh lebih cemerlang dari SMART sebenarnya. Malah pada PMR2011 MTNP berjaya mengatasi SEMENTA bagi keputusan keseluruhan negeri Pahang. MTNP mendapat GPS 1.03 manakala SEMENTA GPS 1.04… Anehnya pada tahun ini MTNP mendapat GPS 1.01 iaitu jauh lebih tinggi daripada yang diperolehi oleh SMART (GPS 1.10).

Gred Purata Sekolah nii, makin kecil makin bagus.. Tetapi kenapa JPNP umumkan SMART yang terbaik …. Kenapa harus mengkhianati pencapaian pelajar MTPN.. Bukankah GPS itu diberikan oleh kementerian sendiri sebenarnya”, kata seorang lagi bapa pelajar yang ditemui. Untuki bapa pelajar yang ditemui. Untuk info lanjut, sila klik pada foto dibawah dan klik sini untuk buktinya.

Kecemerlangan MTNP sering dicemburui oleh sekolah lain terutamanya SMART. Dari laporan yang diterima ia adalah kerana bermula pada tahun 2012 pelajar tingkatan 4 dari MTNP tidak lagi menyambung pelajaran di SMART.

Ini memberi impak besar kepada pencapaian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekolah terbabit mulai tahun 2013 ini. Maknanya pencapaian SPM 2013 sekolah terbabit pasti akan merosot berbanding tahun-tahun sebelumnya. “Dulu pelajar tingkatan 4 MTNP belajar akademik dan mengambil SPM di SMART.. tetapi mulai tahun ini (2012) mereka belajar akademik dan akan mengambil SPM di sekolah mereka sendiri (MTNP). Inilah yang merisaukan JPNP kerana pencampain SPM MTNP pasti akan mengatasi lain-lain sekolah dibawah kemeneterian.

Tambahan pula pelajar yang cemerlang pula adalah mendapat didikan agama sempurna (tahfiz). Ini memberi gambaran pelajar yang agama dalam diri mereka lebih cemerlang dari sekolah biasa. Agama itu akan diangkat akhirnya dan ia menggusarkan pihak terbabit yang selama ini sering memberi gambaran negatif terhadap pendidikan agama Islam itu sendiri”, kata beliau lagi. “Dah lama MTNP dipandang sepi oleh JPNP… sepatutnya MTNP diangkat sebagai sekolah cemerlang PMR 2012… kerana majoriti pelajarnya sudah menghafaz 22 juzuk ketika mereka menamatkan PMR baru-baru ini”, tambanya.

[Soalnya sekarang kenapa MTNP sering dinafikan kecemerlangannya oleh JPNP?. Kenapa perlu berdengki dengan Maahad Tahfiz?. Difahamkan MTNP adaah Maahad Tahfiz terbaik antara Yayasan Kerajaan Negeri seluruh Malaysia.

Malah, pada keputusan PMR 2010 yang lalu MTNP merupakan pemenang tempat kedua selepas Kolej Yayasan Saad. Namun, kecemerlagan itu tidak diwar-warkan oleh JPNP sendiri selaki jabatan pelajaran di negeri Pahang Darul Makmur ini. Apa sudah jadi agaknya?. Kecemerlangan MTNP bukan setakat dalam bidang akademik semata-mata.

Malah difahamkan ada antara pelajar MTNP yang pernah mewakili Pahang dalam Sukan Malaysia (SUKMA) bagi acara Equestrian. Malah beliau antara athlit terbaik di Malaysia dalam acara tersebut ketika itu. Namun, semua ini tidak dimaklumkan dan tiada siapa pun yang tahu.

Persoalannya, sampai bilakah sikap sebegini mahu diteruskan. Kenapa perlu “anak tiri” sekolah yang cemerlang, sebaliknya sekolah lain yang diangkat oleh Jabatan Pelajaran negeri Pahang. Jika guru marah murid menipu dalam peperiksaan, sekarang kenapa JPNP mengajar pegawai mereka menipu dalam mengumumkan keputusan peperiksaan. Kenapa sanggup tipu fakta semata-mata mahu jaga imej dan kepentingan pihak tertentu?].

 
Tinggalkan komen

Posted by di 2 Januari 2013 in BERITA PAHANG

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: