RSS

Sudah tidak laku, Utusan Malaysia diedar secara percuma di Kedah

04 Jan

JUALAN akhbar Utusan Malaysia milik Umno semakin hari semakin merudum. Semua gara-gara kredibilitinya hancur teruk selepas berulang kali kalah saman di mahkamah kerana memfitnah. Siapa nak baca akhbar tiada kredibiliti betul tak?

Oleh itu pelbagai cara dilakukan untuk cuba menyelamatkan syarikat akhbar milik Umno itu daripada terus kerugian. Antaranya dengan mewajibkan akhbar ini diedarkan di sekolah-sekolah dan jabatan kerajaan.

Lebih lucu, difahamkan barangkali untuk terus menyokong “survivalUtusan Malaysia, ada juga pimpinan Umno yang terpaksa membeli Utusan Malaysia dengan kuantiti yang banyak untuk diedarkan kepada orang ramai.

Salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM memaklumkan berlaku pengedaran Utusan Malaysia di Kedah secara percuma termasuk di kolej-kolej kediaman pelajar di Universiti Utara Malaysia, UUM.

Dalam kes ini menurut pengirim, beliau menerima akhbar Utusan Malaysia secara percuma yang ditaja oleh Pemimpin Umno Kedah yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Bin Md Hanipah.

Sendiri punya syarikat akhbar, sendiri cetak, sendiri beli, kemudian sendiri edar secara percuma. Lepas tu kena saman kerana banyak fitnah, sendiri juga yang rugi. Bukan ke ini namanya kerja gila dan bodoh? Kah kah kah…

ReJaM© “Tutup sajalah syarikat Utusan Malaysia ni, buat rugi Umno je… 

 
Tinggalkan komen

Posted by di 4 Januari 2013 in 5 NEGERI PR

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: