RSS

HKR#KL112

14 Jan
Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur ini telah diakhiri dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sekian laporan saya mengenai penyertaan di dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat kali ini. Semoga di bertemu lagi di himpunan-himpunan yang lain pula.

Ikrar Deklarasi Himpunan Kebangkitan Rakyat yang mengandungi 10 perkara dibacakan oleh YB Saifuddin Nasution dengan diikuti oleh seluruh yang hadir di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur ini.

Laungan Merdeka Rakyat bergema seluruh Stadium Merdeka dengan dimulai perkataan ‘Merdeka’ oleh DS Anwar Ibrahim lalu disambut oleh sekalian yang hadir dengan perkataan ‘Rakyat’.

Setelah semua wakil-wakil NGO menyampaikan ucapan dan harapan mereka, kini tibalah masanya untuk pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat pula untuk menyampaikan amanat dan janji mereka.
Tuan Haji Mohd Sabu selaku Ketua Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat
Bang Mat Sabu menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan himpunan kali ini termasuklah pihak polis yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik bagi menjayakan himpunan.
YB Dato’ Johari Abdul, Ahli Parlimen Sg Petani dari PKR mengambil alih tugasan mengacara himpunan buat sesi yang kedua. Saya amat terkesan apabila beliau menyatakan yang jika stadium di Kelantan hendak disewa, harganya cuma RM800 saja, tetapi untuk menyewa Stadium Merdeka ini, pihak penganjur terpaksa membayar sebanyak RM100,000.00
Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP memberikan ucapan beliau.
Banyak sindiran-sindiran tajam yang beliau lontarkan kepada pemimpin-pemimpin BN
Terjumpa Pesuruhjaya Pas Perak, AF Ustaz Abu Bakar Husain bersama pimpinan yang lain
Saya tidak tahu berapa umur pakcik ini, tetapi kegigihannya memanjat pelantar media yang tinggi itu dan memegang kamera merakam video agak lama disitu, sesuatu yang memerlukan tenaga dan semangat yang tinggi juga
Ucapan oleh Presiden Pas, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Dato’ Seri Anwar Ibrahim memberikan tabik hormat kepada semua yang hadir di HKR ini
Ucapan beliau begitu bermakna dan menambahkan keyakinan rakyat kepada pemerintahan yang adil buat semua apabila Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara
Amaran Rakyat: BN Tipu PRU, Rakyat Bangkit Humban Kamu

Dato’ A.Samad Said, satu nama yang tidak asing lagi dalam kesusasterawanan Melayu. Sasterawan Negara ini yang telah berusia 80 tahun begitu gembira dan terharu kerana Pakatan Rakyat telah memberikan ruang yang luas kepada puisi di dalam program-program mereka.

Dan tidak juga disangkanya, puisi-puisi yang ditulis olehnya kini berupa senjata.

Semasa di HKR, Dato’ A. Samad Said telah membacakan puisinya yang bertajuk ‘Di Atas Padang Sejarah’ kepada semua peserta-peserta yang hadir.

Puisi ini begitu menusuk sekali, membakar unggun-unggun semangat di dalam diri setiap yang mendengarnya.

Anda mungkin juga meminati:

Ucapan Dato A. Samad Said di Pelancaran Bersih 3.0 …

Penyanyi Blues Gang, Ito memang tidak asing lagi kepada semua. Beliau yang memang telah lama mengikuti ceramah-ceramah Pakatan Rakyat dengan membawakan lagu-lagu bertemakan rakyat, turut hadir di HKR Stadium Merdeka.

Sepanjang siri Himpunan Kebangkitan Rakyat yang telah diadakan diseluruh pelusuk negara, Ito telah mendendangkan lagu tema ‘Ubah Sekarang’ yang berentak Blues bagi menyemarakkan lagi himpunan tersebut.

Di HKR Stadium Merdeka ini, Ito sekali lagi membawakan lagu tersebut. Dan sambutan serta gema yang diberikan peserta HKR ini, begitu memberangsangkan terutamanya daripada anak-anak muda yang telah menjadi kalangan majoriti di dalam HKR ini.

Ito diperkenalkan oleh YB Mahfuz Omar. Seloroh Mahfuz, “Kalau Ito tak datang, saya yang akan menyanyikan lagu ini”.
Peserta-peserta HKR gembira dengan lagu ‘Ubah Sekarang’ nyanyian Ito
Ito dengan gaya Bluesnya yang melekat sehingga ke hari ini

Apabila memasuki Stadium Merdeka, saya mengambil peluang untuk menyelinap melalui orang ramai untuk ke hadapan sekali bagi mendapatkan angle yang baik dan menarik bagi dikongsikan dengan pengunjung blog ini. Walaupun saya terjatuh semasa menuruni bukit daripada bahagian atas stadium kerana keadaan rumpun yang agak lembap, itu tidak sama sekali mematahkan semangat saya untuk terus ke bahagian hadapan pentas utama.

Semasa saya melangkahkan kaki memasuki stadium, ucapan daripada wakil orang asal sedang bergema diikuti oleh wakil daripada NGO Jerit (Jaringan Rakyat Tertindas) yang mana gambar mereka tidak sempat saya rakamkan. Waktu itu sedang bertatih melalui di celah-celah orang ramai. Rahsia untuk lepas ke bahagian hadapan pentas adalah dengan mengangkat kamera, dan orang ramai yang melihat saya memegang kamera akan memberikan laluan bagi saya mencelah ke depan.

Wakil NGO GMI (Gerakan Mansuhkan ISA), Syed Ibrahim Syed Noh
Ramai jurugambar yang berdiri di bahagian ini yang menghalang pemandangan orang ramai yang duduk bersila di atas lecah padang, membuatkan mereka tidak berpuas hati dan memekik-mekik meminta orang di hadapan agar duduk.

 

YB Mahfuz Omar selaku pengacara majlis

 

Wakil kaum wanita, Ustazah Siti Zailah

 

 

 

 

Wakil NGO Kerabat (Kelab Kebajikan Veteran & Pesara Tentera) begitu bersemangat sekali mengecam kerajaan BN

 

Wakil NGO Orang Kurang Upaya

 

Wakil daripada Sabah, ‘Ini Kalilah..’

 

Wakil NGO MamaBersih

 

Dato’ Ambiga mewakili Bersih yang memberikan ucapan yang begitu bertenaga dengan slogannya ‘THIS IS IT!’

 

Wakil daripada NGO Royalti yang menuntut royalti bagi negeri-negeri pengeluar minyak di negara ini

 

 

Ketibaan DS Anwar Ibrahim menggamatkan stadium
Dua orang pimpinan yang begitu digeruni oleh pimpinan Umno dan BN
Wakil NGO ‘Save Malaysia Stop Lynas’ yang berjalan kaki daripada Kuantan ke Putrajaya tempohari memberikan ucapan beliau

 

 

Saudara Mazlan Aliman yang mewakili NGO ANAK berucap mengenai Felda yang perlu diselamatkan daripada pimpinan Barisan Nasional
 
Tinggalkan komen

Posted by di 14 Januari 2013 in 5 NEGERI PR

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: