RSS

Isu Kalimah Allah: Hadi Betul dari Sudut Agama – Dr Asri

15 Jan
[FMT] Pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan isu kalimah Allah adalah betul dari sudut agama, kata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.“Dari sudut agama, pandangan Hadi betul. Umat bukan Islam mempunyai hak memanggil Supreme Being sebagai Allah. Orang Yahudi dan Kristian juga boleh menggunakan kalimah Allah,” kata Asri.

Beliau menambah bahawa pandangannya turut disetujui oleh ramai ulama Islam di peringkat antarabangsa seperti Yusuf Qardawi.

Beliau turut mengulas titah Sultan Selangor yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dengan menyifatkannya sebagai urusan pentadbiran.

“Ia seperti kelajuan kereta. Meskipun kereta tersebut milik anda, kerajaan ada hak untuk menghadkan kelajuan kereta,” kata Asri.

Penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam menjadi isu hangat apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP menggesa kerajaan membenarkan kalimah itu digunakan oleh masyarakat Kristian pada bulan lepas.

Ekoran itu, Pakatan Rakyat turut mengambil pendirian membenarkan penggunaan kalimah Allah. Sultan Idris Sharafuddin Shah bagaimanapun telah bertitah melarang nama Allah digunakan oleh masyarakat bukan Islam. Pendirian sama turut dipegang oleh para pemimpin Umno.

Terdapat segelintir pemimpin PAS yang turut sama menentang meskipun Hadi telah menyatakan bahawa bukan Islam boleh menggunakan nama Allah pada hari Selasa lalu.

Asri turut menjelaskan kebimbangan masyarakat Melayu Islam berkenaan penggunaan kalimah Allah.

“Orang Islam takut nama Allah akan digunakan ke atas berhala,” katanya.

Malaysia beza dengan Timur Tengah

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU) Fathul Bari Mat Jahaya tidak bersetuju berasaskan faktor budaya.

“Budaya masyarakat Malaysia berbeza dengan masyarakat Timur Tengah. Mana ada kalimah Allah digunakan oleh masyarakat selain masyarakat Islam dalam kehidupan seharian,” kata Fathul.

Beliau menambah bahawa bukan semua orang Kristian yang bertegas untuk menggunakan kalimah Allah.

“Terdapat 9.2 peratus orang Kristian di Malaysia. Majoritinya tidak membuat tuntutan sama.

Kristian Protestan tidak bersetuju.

“Tak pernah ada tuntutan dari Paus Benedict XVI agar masyarakat Kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah,” jelas Fathul.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 15 Januari 2013 in FIQAH ISLAM, ISU SEMASA

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: