RSS

Jumpa Minyak, Apa Faedah Untuk Rakyat ?

20 Jan
Apalah gunanya telaga minyak dijumpai lagi, negara kaya dan pemimpin sahaja yang kaya, sebalik rakyat papa kedana. Siapakah yang harus dipersalahkan ? Kenapa rakyat masih belum sedar tentang hak dan kepentingan mereka diutamakan.
Kenapa dan mengapa rakyat mudah terbuai dengan slogan, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Sebelum ini, gegar dan kuat dengan raja-raja slogan BCA, Penerapan Nilai-Nilai Islam dan macam-macam lagi.
Besarnya slogan, tetapi harga minyak RON95 (mutu rendah) dijual dengan harga RM1.80 seliter. Jika kita bandingkan negara Arab Saudi ( listen kata jangan bandingkan Malaysia dengan negara luar) Dah kita nak banding minyak dengan sapa pula, mungkin suruh banding minyak Kelantan dengan Sarawak kot, sebab negeri ini sahaja yang dapat dan tidak dapat royalti minyak.

Petronas temui minyak

LOJI MNLG Petronas di Bintulu, Sarawak.
KUALA LUMPUR 18 Jan. – Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) hari ini mengumumkan telah menjumpai medan minyak dan gas Adong Kecil West-1 di Blok SK333 di pesisir Sarawak, penemuan minyak dan gas pertama di daratan Malaysia selepas 24 tahun.
Syarikat minyak negara itu berkata, penemuan kali terakhir di darat ialah di Medan Asam Paya pada 1989, juga di Sarawak.
Petronas dalam kenyataannya menyatakan, Adong Kecil West-1 terletak 20 kilometer dari bandar Miri dan telah digerudi oleh JX Nippon Oil & Gas Exploration (Onshore Sarawak) Ltd. yang merupakan pengurus Blok SK333 dengan kerjasama Petronas Carigali Sdn. Bhd.
Setakat ini, kerja-kerja penggerudian telah mencapai tahap kedalaman 3,170 meter dan dianggarkan ketebalan bersih hidrokarbon adalah 349 meter.
Dua sistem penggerudian mampu mengeluarkan 440 tong minyak mentah dan 11.5 juta kaki kubik standard sehari.
Berdasarkan keputusan penggerudian, ada tanda-tanda menunjukkan bahagian paling dalam medan berkenaan mempunyai potensi simpanan hidrokarbon, bagaimanapun proses penggerudian lebih mencabar dan memerlukan teknologi yang lebih tinggi.
Setakat ini, tiga buah medan minyak telah ditemui di daratan Sarawak termasuk Miri, Asam Paya dan Adong Kecil West-1 dan ini jelas menunjukkan kawasan berkenaan mempunyai banyak medan minyak dan gas berpotensi.
 
Tinggalkan komen

Posted by di 20 Januari 2013 in PENDAPAT

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: