RSS

Betapa peleknya bekas ahli PAS tu…

30 Jan

Blog Cenangau Daunkari

Kesian sungguh bekas ahli PAS sorang ni tu pun kalau betul la dia bekas ahli PAS. Dah la bodoh bangang pulak tu. Niat dia nak malukan PAS tapi dia tak sedar dia memalukan diri dia sendiri. Kesian kat anak bini dia kalau ada.

Nasib baik gambar muka dia tak keluar dalam surat khabar, kalau tak tentu dia lagi popular kerana kebangangan diri sendiri.

solat jumaat imankan radioBangang pertama, dia tak pi sembanyang Jumaat di masjid tentu pasai dia yakin yang imam kat masjid kampung dia tu kafir pasai ahli Umno. Memang tak boleh pun sembahyangkan berimamkan orang kafir.

Yang bangangnya, boleh pulak dia berimamkan imam dalam radio, takkan dia tak terfikir imam dalam radio tu pun mungkin lebih Umno dari imam kat masjid kampung dia.

Bangang yang kedua, takkan dia langsung tak terfikir sah ka dak dia buat sembahyang jumaat di rumah dia. Kalau dia tanya, tak kira la Untaz PAS ka atau Ustaz Umno, semua sepakat yang memang tak sah sembahyang berimam macam tu.

Bangang yang ketiga,
dia tak sedar betapa bangangnya dia bila dia ceritakan kisah bangangnya sampai keluar dalam surat khabar, satu Malaysia tau kata dia bangang.

Aku tak pasti pulak kut-kut ada orang Umno yang sama bangang yang sanggup nak usung mamat konon bekas ahli PAS ni naik pentas Umno cerita kebangangan dia tu.

Aku guna perkataan ‘konon’ pasai aku tak berapa nak yakin ada ahli PAS yang sebangang tu. Lagi pun dalam PAS terutama era tahun 80an masa amanat Hj Hadi tu cukup popular, majlis ilmu dan pentarbiahan cukup rancak dalam PAS.

Program macam usrah dan tamrin dibuat secara berkala dan tak berapa nak logik kalau ada ahli PAS yang cukup cetek pengetahuan agama dia sampai tara tu sekali. Aku tak nafikan dalam PAS pun ada yang bangang tapi takkan sampai tahap tu punya bangang.

Tambah-tambah pulak bab sembahyang berjamaah ni sangat ditekankan dalam PAS waktu tu. Takkan dia taktau yang kalau ikut mazhab syafie wajib ada minima 40 orang, kalau tak cukup tak boleh buat solat Jumaat 2 rakaat tapi kena buat solat zohor 4 rakaat.

Kalau pun betul dia jahil sangat takkan takdak orang PAS lain yang boleh dia tanya masalah dia tu, takkan dia tak terfikir bukan dia sorang saja yang ada masalah macam dia tu.

Lagi satu, bab sembahyang Jumaat berimamkan radio tu sefaham aku tak menjejaskan aqidah, aqidah dia tak terbatal cuma sembahyang dia ja yang tak sah.

Aku yakin kalau dia kaki mengaji, usrah dan tamrin, dia takkan terfikir nak buat kerja sebangang tu. Jadinya, sangat tak relevan mengaitkan kebangangan dia tu dengan Amanat Hj Hadi pasai kebangangan dia tu pasai dia malas pi mengaji, pi usrah dan pi tamrin.

Sumber: cenangau.blogspot.com

 
Tinggalkan komen

Posted by di 30 Januari 2013 in ISU SEMASA, PENDAPAT

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: