RSS

Suburkan Ilmu di ‘fan page’ Dewan Ulamak PAS Pusat

30 Jan

KUALA LUMPUR: Tidak mahu ketinggalan dalam arus perkembangan teknologi semasa, Dewan Ulamak PAS Pusat turut memanfaatkan medium jaringan sosial Facebook untuk menyampaikan dakwah mereka kepada masyarakat.

Dengan pendekatan ini, mereka yang sering kali dipersepsikan dengan gambaran kumpulan berjubah dan berserban, kini cuba untuk lebih dekat dengan masyarakat agar lebih mengenali mereka.

Terbaru, mereka telah mewujudkan laman peminat (fan page) atas nama Dewan Ulamak PAS Pusat.

Sehingga berita ini ditulis, laman ini sudah mempunyai lebih 11,000 peminat.

“Selain menyalurkan kenyataan rasmi Dewan Ulamak dalam isu politik, kita juga akan sentiasa berkongsi mutiara ilmu khususnya berkaitan dakwah melalui medium ini.

“Ayuh bersama Dewan Ulamak PAS Pusat, memimpin umat berpandukan wahyu. ‘Follow’ dan ‘Like’ kami untuk kita sama-sama berkongsi kebaikannya,” kata setiausahanya Dr. Khairudin Aman Razali kepada Harakahdaily.

Menurut Khairudin, laman peminant ini akan diuruskan oleh kumpulan media dewan itu yang diketuai penolong setiausahanya Ust Nazmi Nik Din.

Beliau juga yakin, pendekatan ini mampu membawa suara Dewan Ulamak ke tengah-tengah masyarakat khusnya kepada generasi muda.

Dewan Ulamak PAS Pusat diterajui ketuanya Datuk Tuan Guru Harun Taib, timbalan ketua Datuk Ustaz Haji Ahmad Yakob, naib ketua Datuk Dr. Ustaz Haji Mahfodz Mohamad serta ketua penerangan Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh.

“Kita akan cuba untuk memastikan laman ini sentiasa dikemaskini. Saya juga mengalu-alukan masyarakat diluar sana untuk sama ada bertanya soalan mahupun memberi pandangan di fan page ini.

“Kita akan cuba menjawab setiap persoalan yang diajukan dan berkongsi pandangan demi kebaikan semua” ujar Khairudin.

Dipetik dari Harakahdaily

Link: Facebook Dewan Ulamak PAS Pusat

 
Tinggalkan komen

Posted by di 30 Januari 2013 in BERITA DEWAN ULAMAK

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: