RSS

Wasatiyyah Dan Konsert Psy-Korea

09 Feb

Oleh Riduan Mohd Nor

BN melakukan cubaan terkini untuk meraih undi daripada masyarakat kaum Tionghua dengan membawa artis popular Psy dari Korea ke Majlis rumah Terbuka BN Pulau Pinang pada 11 Februari 2013. Begitu terdesak BN mahu mengembalikan populariti mereka yang jatuh menjunam dengan melakukan apa sahaja hatta terpaksa mengimport artis lain sebagai umpan tarikan mereka.

Kos membawa artis Psy – yang popular dengan lagu Gangnam Style dikatakan bernilai USD300,000 hingga USD400,000 (RM932,100 hingga RM1,242,800) untuk persembahan ringkas dengan lagu yang dirakam dan juga beberapa orang artis iringan.
Sekalipun BN menafikan program itu anjuran mereka dengan mendalihkan syarikat swasta gergasi Mega Ultimate yang membayarnya, rakyat tetap melihat ia merupakan suatu pembaziran. Apalah malang sebuah syarikat digunakan sebagai proksi untuk membelanjakan duit sejumlah itu hanya untuk menghiburkan rakyat. Daripada membawa seorang artis popular ke Malaysia dengan persembahan hanya 1 malam, sebaiknya wang tersebut disalurkan kepada pembangunan dan kebajikan rakyat di negara ini. Masih ramai rakyat di negara ini yang hidup di bawah paras kemiskinan. Lebih baik pula syarikat tersebut melabur kepada perniagaan lain yang mampu mengaut keuntungan berlipat kali ganda.
Tiada pula respons daripada ulama’, cendikiawan dan golongan pembela agama daripada kalangan mereka yang membantah penganjuran konsert ini. Jika selama ini ada sahaja isu dimainkan terutama yang berkaitan dengan isu agama Islam dan pasti ianya diperbesarkan sehingga berminggu-minggu lamanya dibualkan di media. Pantang ada ruang pasti ada dua tiga kerat ‘umat Islam prihatin’ bangkit berdemonstrasi.

Mungkin inilah juga nilai Wasatiyyah pada fikiran Najib dan semua pemimpin UMNO yang beragama Islam. Membelanjakan RM 1 juta bukan suatu nilai yang kecil untuk satu malam dan hanya untuk seorang artis popular. Bagi mereka politik dan populariti lebih penting daripada segala-galanya. Biarkan juga para rakyat daripada lelaki dan perempuan, beragama Islam dan bukan Islam bersama-sama menontonnya. Maklumlah, wasatiyyah!

Nampaknya semua ‘pembela agama Islam’ kalangan mereka terpaksa berdiam diri dan menikus melihat kemungkaran yang jauh lebih jelas dan terpampang di depan mata di hidangkan kepada rakyat. Menghayalkan rakyat dengan hiburan yang sia-sia dan mengundang dosa lebih baik daripada mencegahnya. Mungkin ada nilai positif dan aspek membina syakhsiyah dan aqidah umat dengan penganjurannya!

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia

 
Tinggalkan komen

Posted by di 9 Februari 2013 in Penerangan Pusat

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: