RSS

Dr.Fadzilah Kamsah’ Akhirnya Memohon Maaf Kepada Semua Yang Tersinggung Oleh Kenyataannya

26 Feb
Susulan tersebarnya artikel panas dan video kenyataan pakar motivasi terkenal Dato’ Dr.Mohd Fadzilah Kamsah (foto) baru-baru ini maka seluruh negara kecoh dibuatnya. Malah, artikel Pahang Daily Online (PDO) berkenaan isu itu telah mendapat rating tertinggi sejak blog ini beroperasi. Lebih 50,000 pelawat telah membaca artikel tersebut. Namun atas dasar kemanusian, kami dengan rendah diri akhirnya mengeluarkan semula artikel itu dari blog ini beberapa hari yang lalu. Bagi kami apa yang sudah lepas itu biarlah ia berlalu dan mana yang baik jadikanlah ikhtibar kepada semua pihak agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan terutamanya yang berbaur politik selepas ini. Tindakan kami mengeluarkan artikel tersebut tidak disenangi oleh sesetengah pihak sebenarnya. Namun, bagi kami itulah tanggungjawab blog ini. Malah kami juga akan menarik balik penyiaran video kenyataan beliau mulai esok selepas dia mengaku salah dan telah membuat permohonan maaf atas keterlanjurannya itu. Justeru, di bawah ini kami paparkan kenyataan dariada beliau terhadap kontroversi yang melanda beliau dan keluarganya baru-baru ini.Kenyataan Maaf Dari Dato’ Dr.Mohd Fadzilah Kamsah

“Pertamanya saya memohon ampun & maaf kpd semua pihak yg tersinggung dgn komen saya tersebut. Saya cuma seorg rakyat biasa & bkn bercakap sbg org politik. Saya langsung tidak bermaksud utk memalukan mana2 pihak. Amat malang sekali bila komen saya di politikkan hingga menyebabkan kemarahan berbagai pihak. Rakaman temuramah tersebut di lakukan di PWTC selepas majlis Bantuan Amal Palestin. Saya telah di temuramah lebih 10 kali oleh berbagai stesyen TV, radio, akhbar, majalah & blogger. Suasana sekitar yg agak bising menyebabkan saya menguatkan suara saya utk menenggelamkan kebisingan di persekitaran. Ini menyebabkan suara saya di anggap kasar bila menjawab soalan2 yg di ajukan. Bila dah menjawab terlalu byk soalan, maka soalan drp blogger (penemuramah terakhir) saya jwb dlm kedaan yg tergesa gesa &  mungkin tak berfikir dgn mendalam. Bila bercakap tentang kezaliman, saya memberikan pandangan secara umum & membandingkan situasi di Malaysia dan situasi & penderitaan rakyat Palestin. Di Majlis Bantuan Amal palestin itu kita telah di terangkan melalui ucapan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, mengenai kezaliman Israel terhadap saudara seIslam kita di Palestin. Itu sebab saya katakan, berbanding penderitaan rakyat Palestin, kita di Malaysia amat bahagia & tidak di zalimi. Inilah konteks hujah saya ketika itu. Sejak kecil saya telah di didik oleh ibubapa & guru2 saya utk sentiasa berbuat baik kpd org lain, membantu org lain setakat kemampuan & mendoaakan kebaikan org lain. Justeru, saya amat sedih bila org mendoakan kehancuran saudara seIslam sama ada di Malaysia atau di mana2 di dunia ini. Saya juga amat sedih jika tindakan kita itu di salah ertikan oleh org bukan Islam di Malaysia. Tindakan sedemikian juga boleh memberi ganbaran yg kurang positif kpd anak2 yg masih belum mampu berfikir dgn rasional spt org dewasa. Saya yakin masih byk cara yg lebih tertib & berhikmah yg boleh di gunakan. Saya lihat diri saya sebagaai guru & pendakwah kerdil (walaupun saya bkn ustaz &jahil agama), dan akan berterusan mencari ilmu, berkongsi ilmu & membantu sesiapa saja yg perlukan bantuan nasihat &  kaunseling. Inilah jihad kecil yg saya akan lakukan hingga akhir hayat saya”.Mohon Semua Pihak Ampunkan Dosanya Sekeluarga

“Saya juga telah memberi teguran setakat kemampuan kepada berbagai pihak termasuk media di Malaysia melalui kursus yg saya kendalikan atau prog motivasi di media tempatan. Insya Allah teguran saya tidak tertumpu kpd pihak2 yg tertentu sahaja. Saya tak takut kpd sesiapapun di dunia ini, saya cuma takut kpd Allah SWT.  Di Mekah & Madinah tempohari saya telah berpesan kpd sahabat2 dari Malaysia utk tidak lupa mendoakan keselamatan Malaysia, agar semua org Islam di Malaysia bersatu & kita mati dalam husnul khatimah.  Saya amat sedih bila gambar2 anak2 saya yg sudah lebih 9 tahun yg lalu, di sebarkan semula. Gambar anak lelaki saya & isterinya juga di sebar seolah2 gambar masa berdating, walhal itu gambar2 selepas mrk berkahwin. Insya Allah anak2 saya telah berubah & saya telah berwasiat kpd mereka utk: Jaga solat 5 waktu, baca Quran tiap hari, tutup aurat setiap masa, buat apapun dgn terbaik, bantu org & jangan menyusahkan org lain.   Pesan Nabi SAW: Barangsiapa yg menutup aib saudaranya, maka Allah akan tutup aibnya di dunia & di akhirat. Saya seru diri saya & shbt yg di muliakan supaya tidak mengaibkan sesiapa di dunia ini. Bila nampak org buat silap, nasihatkan dia jika mampu & doakan agar Allah beri mrk hidayat, segera bertaubat & dpt berubah. Bila kita mengutuk org lain, kita seolah olah mengatakan kita ni sempurna & kita lebih baik drp org yg di kutuk itu.  Ingat pesanan Imam al Ghazali: Jika kamu nampak org jahat depan kamu, jgn sangka kamu lebih baik drp org itu. Org yg jahat itu mungkin sempat bertaubat sebelum mati, & kita yg kononnya baik ini (pastinya byk dosa) belum pasti sempat bertaubat sebelum mati.   Kita tidak maksum & semua kita buat silap. Org yg bertaubat, insya Allah akan di ampunkan semua dosanya. Moga shbt yg mulia dpt ampunkan semua dosa kami sekeluarga.   Dengan rendah diri saya memohon agar saudara Norsammudin dapat menurunkan atau delete video tersebut & semua sahabat dapat delete gambar-gambar yang boleh memalukan keluarga saya. Doakan saya sekeluarga agar dapat menjadi insan yang Allah redha & dapat beri sumbangan kepada rakyat Malaysia”.  


[Dengan penjelasan beliau ini diharap isu ini dapat dihentikan dan semoga Dato’ Dr.Fadzilah Kamsah membuat permohonan maaf dengan hati terbuka tanpa ada keraguan. Ramai yang marah bukan kerana diri beliau tetapi kenyataan panas yang dihemburkan sebenarnya. Maka itu, walau pun bergelar pakar motivasi beliau dan yang lainnya harus sedar rakyat melihat apa yang mereka lakukan. Tidak timbul soal mahu menjatuhkan sesiapa, malahan ramai peminat beliau yang juga merupakan penyokong tegar Pakatan Rakyat. Melihat kepada apa yang berlaku ini, besar kemungkinan besas desus dia akan menjadi calon pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang pasti tidak menjadi kenyataan. Jika tidak, pasti beliau akan mendapat malu apabila menjadi calon kepada mana-mana parti yang telah ditolak oleh rakyat. Adalah lebih baik beliau kembali kepada tugas asalnya sebagai pakar motivasi daripada menimbulkan polimik dan kontroversi akibat berbicara soal politik. Walau pun blogger yang menemubual beliau itu nampak cuba buat provokasi, namun sebagai orang yang berpelajaran dia sepatutnya menolak untuk menjawab soalan seperti itu pada masa-masa yang akan datang. Jika tidak, pasti kontroversi seperti inilah yang akan terjadi nanti].
 
Tinggalkan komen

Posted by di 26 Februari 2013 in ISU SEMASA

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: