RSS

Najib dan Esmail Kiram 11, maka terbongkarlah segalanya dan sahlah Anwar difitnah

05 Mar
Gambar Esmail Kiram 11 dengan Najib dalam satu majlis…dari facebook Esmail D. Kiram 11


MANILA: Menurut laporan Manila Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph), pengasas MNLF Nur Misuari mendakwa tentera Sulu ke Sabah selepas mendengar janji dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut laporan bertarikh 21 Februari  2013 bertajuk “Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia“, Misuari berkata, ketika beliau di Jolo, Sulu  beliau terdengar bahawa adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram telah merentas lautan kerana mereka telah dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah.

Oleh itu, Misuari merayu Najib untuk bertindak dengan cermat dalam menghadapi pemberontak Filipina yang kini telah membunuh lapan anggota polis Malaysia di Sabah dalam pertempuran berdarah di Lahad Datu dan juga Semporna.

Misuari   juga mendakwa Agbimuddin mungkin ke Sabah untuk menunjukkan ketidaksabaran terhadap tuntutan mereka.

“Perkara ini perlu diselia oleh mereka yang lebih tenang,” beliau berkata, sambil menambah ia adalah lebih baik menunggu pilihanraya umum April ini untuk melihat siapa menjadi Perdana Menteri.

 Misuari juga memberikan amaran kepada Malaysia untuk menyelesaikan pertempuran di Sabah dengan aman.

Jika tidak, pasukannya akan memberikan bantuan kepada Kiram, ugut Misuari (gambar).

Laporan penuh artikel yang ditulis oleh Edd K.Usman boleh dibaca di sini.

http://www.mb.com.ph/articles/394999/don-t-harm-sultan-s-men-nur-warns-malaysia#.UTN41nySDDE

Penafian Misuari

Sementara itu media yang sama melaporkan, Sabtu lepas ketika bercakap di Davao City, Nur Misuari menafikan penglibatan beliau dengan apa yang berlaku di Sabah sekarang.

Misuari menafikan penglibatan ini ketika pertemuan lewat malam dengan Timbalan Datuk Bandar Davao City, Rodrigo Duterte di Hotel Royal Mandaya Sabtu, 2 Mac lepas.

“Mereka mendakwa saya memberikan semangat,” kata Misuari disamping mendakwa beliau memberikan bantuan kewangan kepada kumpulan Kiram ini.

“Saya bersama isteri hampir sebulan di Afrika, Malayo kami,” kata Misuari semasa pertemuan tersebut.

Lagipun, katanya, dia tidak mempunyai wang untuk membantu mereka. “Di mana saya nak dapatkan wang itu membantu mereka,” tambahnya (Hrkh)


Ni.. Penceroboh L/Datu, Rupanya Tetamu UMNO

EDISI KANTOI TERBURAI!RAKAMAN GAMBAR PEMIMPIN UTAMA SULU HADIR PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012 SEBAGAI TETAMU AGUNG JEMPUTAN KHAS TERSEBAR LUAS!

Rupa-rupanya pemimpin penceroboh Sulu yang membunuh tidak kurang 6 anggota keselamatan negara kita di Lahad Datu Sabah adalah tetamu agung dalam Perhimpunan Agung UMNO 2012 di PWTC baru-baru ini.

Mereka dijemput khas oleh UMNO sebagai tanda sahabat dan rakan karib intim. Cuba memburukkan pencerobohan Lahad Datu dengan DSAI tetapi rupa-rupanya pemimpin agung Sulu adalah tetamu agung Najib Razak semasa PAU 2012. 
Diangkat dariOmak Kau 

Pencerobohan Di Lahat Datu: Ada kemungkinan Tun Dr Mahatihir Mohamad terlibat secara langtsung.
 
Pencerobohan di Lahad Datu: Tun Dr. Mahathir Mohamad terlibat secara langsungRisikan antarabangsa tidak menolak kemungkinan bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad terlibat secara langsung dalam insiden pencerobohan yang berlaku di Lahat Datu dan Sandakan, Sabah. 

Sumber tersebut turut mengatakan bahawa perancangan ‘menjual’ Sabah kepada waris kesultanan Sulu telah lama diusahakan antara Tun Mahathir dan waris kesultanan Sulu.

Menurut sumber yang berpusat di Basilan, Kepulauan Sulu itu lagi, dana asing dipercayai dari Israel telah disalurkan kepada Mahathir sejak pemerintahan regim diktator Marcos bertujuan untuk memberi kerakyatan Malaysia kepada pendatang warga Filipina adalah asas kepada pencerobohan di Sabah. – Telavinews   Diangkat dari 
 http://kerajaanrakyat.blogspot.com

 
Tinggalkan komen

Posted by di 5 Mac 2013 in BERITA DUNIA

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: