RSS

Tujuh dosa besar pembangkang, Najib ambil dari kitab mana?

16 Mar

Oleh: notan

Assalamualikum,,..

Kitab Mastika hadis keluaran jabatan perdana menteri ketika ayah Najib jadi PM, menyebut antara lain, kalau kata ‘hukum Islam sudah lapuk” akan jadi murtad, tidak ada pula sebut mengenai antara tujuh dosa besar ialah membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam.Tetapi inilah yang disebut Najib semalam sebagai antara tujuh dosa besar yang yang dilakukan oleh PAS. Selain itu, Najib juga menggariskan lagi dosa besar PAS ia itu:

1- Gagal menunaikan janji kepada rakyat kelantan.

2- Membenarkan pemimpin DAP secara rakus membotakkan kawasan di Tanah Tinggi Lojing.

3- Mempermainkan matlamat perjuangan Pas sendiri.

4- Dosa Tian Chua (Naib Presiden PKR) terhadap isu di Lahad Datu.

5- Tahaluf siyasi (kerjasama politik antara Pas, PKR dan DAP).

merupakan antara tujuh dosa besar pembangkang terhadap rakyat. Malangnya saya tidak menemui satu lagi dosa besar Pas bagi mencukupi tujuh! Saya juga tidak menemui nas dan dalil yang meletakkan apa yang disebut Najib sebagai dosa besar, malah saya meragui apa yang disebut itu benar.

Sebagai perbandingan, saya perturunkan nas dan dalil yang diberi oleh hadis dan ringkasan kupasan ulama muktabar seperti berikut :

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya:”Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata:” Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.” Riwayat Muslim.

Daripada hadis ini, dapat disenaraikan 7 dosa besar iaitu:

  1. Syirik kepada Allah
  2. Sihir
  3. Membunuh
  4. Makan harta anak yatim
  5. Makan riba
  6. Lari dari medan jihad
  7. Menuduh perempuan baik berdosa

Ulama menambah lagi berdasarkan kandungan daripada hadis-hadis Nabi SAW yang berasingan.

  1. Derhaka kepada ibubapa
  2. Berzina
  3. Minum Arak
  4. Berjudi
  5. Mencuri

Oleh itu, ada 12 dosa besar untuk dijauhi. Orang yang berdosa besar, solatnya tidak akan dapat menghapuskan dosa-dosa kecilnya berbanding dengan orang yang tidak melakukan dosa besar.

Rujukan :
7 Dosa Besar – Tanyalah Ustaz 15.10.2012

Ustaz Dato’ Abu Hassan Din

Dari blog : keranakasihnabi.blogspot.com

Untuk perbandingan agar kita tidak termasuk orang orang yang zalim, mana satukah dosa besar? membenarkan penggunaan kalimah ALLAH atau membunuh?

Bagaimana pula kalau berkata tiada hudud di Malaysia?

Fikirlah wahai orang orang yang mendengar ucapan Najib yang songsang dan meraban itu.

Untuk maklumat kepada pendengar ucapan Najib sekelian, sekarang tidak ada lagi kerajaan dan pembangkang, tetapi yang ada hanyalah BN dan PR, pakatan Rakyat bukan pakatan pembangkang! Kalau namapun Najib tak reti nak hormat, macam mana dia nak cakap pasal tujuh dosa besar?”

 
Tinggalkan komen

Posted by di 16 Mac 2013 in ISU SEMASA

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: