RSS

SPR jadi-jadilah pengadil yang adil ?

25 Mar
Memang dan nampak membazir ? Kenapa SPR kata membazir kempen 21 hari. Ini adalah hak parti-parti politik dan keselesaan mereka dalam mengatur strategi sebelum pembangkang menjadi kerajaan. Apa kata Umno dan Bn jadi pembangkang dan PR ambil tindakan langkah yang sama
 
Apa hak SPR timbalan yang bersifat agensi bertindak seolah-olah menjadi pembuat dasar kepada perjalanan politik negara ini. Inilah jika sudu melebihi kuah dan amalan sudu tinggalkan kuah dan lebih-lebih menjadi kelaziman dalam mana-mana agensi kerajaan.
 
Nampak Najib bagilah dekat Mamat ini jawatan dalam kabinet lah.. Kita minta SPR jadilah opengadil yang adil dalam perlawanan pilihanraya PR vs BN

Kempen 21 hari membazir, kata SPR

NIZAM ZAIN
22 Mac 2013
Wan Ahmad Wan Omar
Wan Ahmad Wan Omar
SHAH ALAM – Tempoh berkempen terlalu lama membazir wang, masa dan tenaga semua pihak terlibat, malah ia juga boleh mengganggu kehidupan masyarakat, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.Wan Ahmad menegaskan, alasan pembangkang mendakwa tempoh berkempen pada masa sekarang tidak mencukupi tidak masuk akal kerana dengan kecanggihan teknologi, mereka mampu menyebarkan latar belakang calon dengan mudah.

“Tak lojik kerana majoriti rakyat memilih parti walaupun ada pengundi yang memilih calon.

“…jika calon baru yang bertanding sekalipun dengan teknologi media hari ini dalam beberapa hari, gambar dan biodata calon boleh tersebar luas dan rakyat mengetahui siapa calon itu.

“Tempoh kempen 21 hari pernah dilaksanakan dalam pilihan raya di negara kita pada tahun 60an dan 70an semasa negara masih mundur, tiada segala kemudahan infra moden, tiada kecanggihan teknologi media dan internet seperti yang ada sekarang,” jelas beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut saranan pemimpin Pakatan Rakyat pada 14 Mac lalu yang mahu SPR menilai semula tempoh kempen agar dipanjangkan sehingga 21 hari. Perkara yang sama diulangi awal minggu ini.
Kali ini SPR akan memperuntukkan tempoh berkempen minimum 11 hari.

Katanya, tempoh yang lama tidak menjamin sesebuah parti itu akan menang kerana pengundi pada masa ini membuat pilihan atas penilaian terhadap isu yang dimain dan diperjuangkan mana-mana parti.

“Rakyat telah begitu kenal pemimpin, dasar dan perjuangan sesebuah parti itu, maka tidak begitu perlu untuk kempen yang panjang,” ulasnya sambil menyifatkan sejak 2009, semua parti politik telah memulakan kempen tanpa henti-henti hingga saat ini menerusi pelbagai medium dan cara.

Tambah beliau, tempoh kempen sedia ada tidak perlu dikaji semula demi kehendak sekelompok kecil parti politik pembangkang, sekali gus tidak membeban pasukan keselamatan untuk menjaga keselamatan sepanjang proses berkempen.

“Jika tempoh kempen panjang dan terlalu lama, polis terpaksa bertugas siang dan malam 24 jam untuk menjaga kententeraman awam, menguatkuasakan undang-undang dan lain-lain,” katanya.

Wednesday, March 20, 2013

SPR macam tidak bersekolah ?

Macam-macam cara dan pelbagai alasan SPR pusingkan. Semuanya adalah semata-mata mahu mempertahankan legasi kedudukan tuannya. SPR mencari dan memberi alasan bersifat sejagat dari semasa ke semasa agar dapat menyakinkan rakyat tentangnya. Semuanya kerana gara-gara tindakbalas  MB Selangor beberapa lalu mengumumkan bahawa Dun Selangor akan dibubarkan di akhir bulan ini. Bila terbubar maka agensi yang bertanggungjawab itulah yang sepatutnya jalankan peranan dan tugasnya adalah SPR. Agensi ini adalah badan pengendali utama untuk mengurus kelola bagi rakyat memilih kerajaan yang baru di Selangor.

Sebaliknya, SPR bermain wayang dan berpolitik dengan mengeluarkan kenyataan demi kenyataan dan terkini dakwanya SPR akan bertekad mahu uruskan pilihanraya di seluruh negeri dan negara Malaysia secara serentak. Tiada pelbagai rentak seperti yang dimahukan melainkan serentak belaka. Senarionya rakyat sudah tunggu terlalu lama bagi melihat hal dan keadaan yang sedemikian.
 
Dalam situasi itu semua orang atau semua pihak amat menyetujui tentangnya, dengan alasan-alasan konvesional iaitu SPR tidak mahu membazirkan masa rakyat, SPR juga mahu menjimatkan duit rakyat ianya memang boleh diterima dan sudahpun diterima. Alasan itu cukup mantap dan munasabah, tetapi sejauhmanakah ianya benar atau boleh dipercayai tentangnya itu ? Nampak SPR sahaja agensi yang mahu melakukan kerja-kerja menyelamatkan duit rakyat, elakkan pembaziran masa rakyat dan mahu jalankan satu sistem pengurusan pilihanraya yang cekap tanpa mahu membebankan rakyat.
 
Sebaliknya, SPR yang bersifat jentera sahaja kepada badan eksekutif tidak dapat membedakan bahawa ia adalah badan legaslatif yang bersifat menerima dan melaksanakan apa yang pihak eksekutif mahu laksanakan

Dan SPR sendiri tidak faham dengan duduk perkara dirinya. Seterusnya, SPR macam tidak faham konsep federalisme dalam sisitem politik negara kita ini. SPR kena hormati hak-hak amalan – amalan ekesekutif menurut senagai negeri, senarai persekutuan dan senarai bersama yang telahpun dilembagakan sejak merdeka ikut bidangkuasa yang dipertanggungjawabkan had kuasa dan tanggungjawab

Oleh itu, mana dia kebebasan yang selama ini yang SPR moto kan, mana dia integritinya, walaupun sudah ada pusat integriti yang dingajikan dan digraduasi oleh pusat ini yang lahirkan ramai tenaga teknokrat negara ini ?

Keputusan SPR adakan PRU13 serentak muktamad

Wan Ahmad Wan Omar
Wan Ahmad Wan Omar
PEKAN – Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya negeri dan Parlimen serentak pada pilihan raya umum  ke-13 (PRU13) adalah muktamad.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, keputusan itu dibuat setelah menimbang beberapa faktor yang perlu diambil kira termasuk menjimatkan duit rakyat.
“SPR akan tetap buat pilihan raya (negeri dan Parlimen) secara serentak… ini kerana jika dibuat secara berasingan ia akan melibatkan perbelanjaan yang besar, buang masa rakyat dan akan berlaku pembaziran,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke kawasan Parlimen Pekan di sini hari ini.
Wan Ahmad berkata, jika pilihan raya negeri dan Parlimen dibuat berasingan SPR terpaksa menanggung kos perjalanan dan proses pilihan raya yang sangat tinggi.
“Sebagai contoh, sebuah negeri kalau dia nak buat pilihan raya berasingan kos yang perlu ditanggung sekitar RM20 juta, kalau negeri yang banyak penduduk macam Selangor lagi tinggi kosnya iaitu dalam RM35 juta, jadi kenapa nak buat pilihan raya berasingan,” katanya.
Sebelum ini beberapa negeri yang ditadbir pihak pembangkang berhasrat untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Parlimen pada PRU13.
Dalam pada itu mengenai persiapan SPR di Pahang, Wan Ahmad berkata, pihaknya telah bersiap sedia dari segi logistik termasuk menyediakan pengangkutan udara bagi mengendalikan peti undi dari kawasan yang jauh ke pusat pengumpulan undi.
“Di Pahang, SPR menyediakan pengangkutan udara di kawasan Rompin, Jerantut dan Cameron Highlands bagi mengangkut peti-peti undi dari kawasan yang terlibat.
“Ini berikutan jika menggunakan perjalanan darat ia mengambil masa hingga dua atau tiga jam untuk sampai ke pusat pengumpulan undi,” katanya. – Bernama
 
Tinggalkan komen

Posted by di 25 Mac 2013 in PENDAPAT

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: