RSS

AL-FATIHAH – Pengarah P’raya Muslimat PAS meninggal dunia

29 Mar
Hazayani Zakaria,

KUALA LUMPUR: Pengarah Pilihan Raya Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Amizan Baharuddin (gambar) meninggal dunia jam 6.30 pagi tadi akibat kanser ovari.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah selepas hampir dua tahun menjalani pembedahan dan rawatan.

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Simpang, Taiping.

DMPP merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan besar kepada perjuangan.

“Pemergiannya satu kehilangan besar kepada DMPP.

“Allahyarham seorang yang sangat komited dalam perjuangan, dalam keadaan sakit pun beliau masih memberikan sumbangan.

“Allahyarham seorang pejuang, kakak dan sahabat yang baik bagi kami,” kata Ketua DMPP, Siti Zailah Yusuf.

Dalam satu kenyataan, beliau menyatakan: Semoga pulangnya kepada Kekasihnya Yang Maha Penyayang menjadi suatu kerehatan yang abadi. Dan semangat juang, aura kasih sayang yang ditinggalkannya akan tetap bersama kita untuk diteruskan dalam perjuangan ini sehingga sampai saat kita pula dijemput pulang. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Pohon semua untuk sedekahkan al-Fatihah buat allahyarham Puan Amizan Baharuddin. AL-FATIHAH

Cukuplah kematian itu menjadi satu peringatan kepada semua kita yang masih hidup. Semua yang hidup pasti akan merasai mati.”

Sementara itu, AJK PAS Pusat Ust Idris Ahmad yang turut menziarah Allahyarham di Hospital Alor Setar pagi ini memberitahu, jenazah akan bawa balik ke kediamannya di Taiping.

Sahabat handai dan kenalan boleh melakukan ziarah di Surau kg Jelapang Simpang Taiping.

Jenazah akan disolatkan jam 5 petang ini di Masjid Simpang.

“Beliau seorang muslimat yang gigih, pakar dalam gerak kerja pilihanraya. Beliau meninggal dalam keadaan istiqamah dalam perjuangan.

“Meninggal pada hari Jumaat. Moga Allah ampun dosanya dan ditempatkan bersama orang yang solehah,” kata Idris.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 29 Mac 2013 in Penerangan Pusat

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: