RSS

Malaysia bakal Muflis sekiranya terus bersama BN

03 Apr

Oleh: mat_sempoi

Melalui ‘track record’ dan sejarah belanjawan-belanjawan bagi projek dan bajet yang diuruskan oleh Kerajaan BN. Nampaknya hutang setiap RAKYAT MALAYSIA makin meningkat dan semakin teruk dan parah.

Adalah tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia yang bijak dan prihatin, menghentikan semua ini demi generasai Malaysia akan datang.

Kita boleh nampak juga sendiri, daripada penyelewengan wang rakyat bagi setiap projek kelolaan kerajaan BN, dan diantara contohnya:

1) Projek naik taraf bangunan Parlimen. Asalnya RM28 juta. Akhirnya jadi RM31 juta (naik 11%).

2) Projek jambatan kedua Sultan Yahya Petra. Asalnya RM 143 juta, tetapi kini dah jadi RM 177.8 juta, tetapi masih jugak belum siap. (naik 24%).

3) Projek landasan keretapi berkembar. Asalnya RM12.49 bilion dan akhirnya menjadi RM 16.09 bilion (naik 29%).

4) Projek naik taraf jalan Seremban – Senawang. Asalnya RM110 juta naik jadi RM144.7 juta (naik 31%).

5) Projek Lapangan Terbang Batu Berendam. Asal RM131 juta. Akhirnya jadi RM188.2 juta (naik 44%).

6) Projek PKFZ. Asalnya RM 1.845 bilion dan akhirnya menjadi RM 4.6 bilion. (naik 150%).

7) Projek Istana negara baru (Jalan Duta). Asalnya RM 400 juta, dan akhirnya menjadi RM 800 juta. (Naik 100%)

8) Projek Hidro-elektrik Bakun. Harga tender asalnya RM 1.8 bilion tetapi sekarang dah mencecah RM 7.3 bilion, tetapi masih belum siap-siap lagi tu. Sepatutnya siap dah Oktober 2011 (naik 305%).

Begitu juga Bajet negara lalu. Asalnya RM RM230.8 bilion, tetapi sekarang dah menjadi RM RM251.6 bilion (naik 9%). Katanya kerajaan BN berjimat cermat!!! Itu ke namanya berjimat cermat ala BN?

Projek MRT ni paling hebat, iaitu RM 37 bilion. Tak pernah projek mencecah sebegini. HUtang setiap rakyat juga bertambah nikmat.

Mengikut perdebatan di Parlimen, jangan terkejut ianya juga boleh mencecah RM 100 Bilion, sekiranya kita masih dibawah naungan kerajaan Barisan Nasional, sepertimana yang didakwa oleh Saudara Rafizi.

Rasanya, dengan kos sebegini, sekiranya dibawah kerajaan Pakatan Rakyat. MRT boleh dibina bukan sahaja di Lembah Kelang sahaja, malahan diseluruh Semenanjung dan mungkin Malaysia.

Kalau tak percaya? Undilah Pakatan Rakyat PRU13 ini.

Fikir-fikirkan lah.”

 
Tinggalkan komen

Posted by di 3 April 2013 in PRU 13

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: