RSS

20 pondok Kelantan sokong kepimpinan TG Nik Aziz

09 Apr

KOTA BHARU: Sebanyak 20 institusi pondok seluruh Kelantan hari ini berikrar menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pada masa yang sama mereka turut berikrar untuk turut serta bersama PAS dan Pakatan Rakyat  menawan Putrajaya pada PRU13 akan datang.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Pusat Pembangunan Pondok Berhad, Ustaz Ahmad Shairazi Atiqullah, selepas mesyuarat khas di JKR 10, tengah hari tadi.

Menurut Shairazi, program khas Ijtima Ulama’ dan Guru Pondok dari 20 institusi pondok seluruh negeri ini akan diadakan pada 14 April ini bermula 4.00 petang hingga 12.00 malam.

Menurutnya, 100 orang yang hadir hari ini hanyalah wakil-wakil dari pondok seluruh Kelantan untuk berbincang berhubung program khas itu.

“Seramai 4,000 orang ulama serta pelajar pondok akan berkampung di Pondok Pasir Tumbuh untuk menghadiri program tersebut,” ujarnya.

Menurutnya, majlis perasmian akan dilakukan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan penutup oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sehubungan itu, semua guru serta pelajar pondok di seluruh Kelantan diminta hadir pada program itu.

Turut hadir pada mesyuarat itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohammad Daud, Ustaz Muhammad Mustapha, Ustaz Nik Razi Nik Mat dan lain-lain kepimpinan ulama dan pondok.

Sementara itu, Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS negeri, Ustaz Hassan Mahmod, ketika menjawab soalan media berkata, dakwaan yang mengatakan ulama pondok tidak menyokong Tuan Guru amat tidak benar.

Menurutnya, yang ada hanya seorang dua ‘orang pondok’ yang tidak mempunyai pelajar di pondoknya.

“Mana-mana pemimpin pondok dan pondok bertauliah semuanya memberi sokongan pada kepimpinan Tuan Guru,” ujarnya.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 9 April 2013 in 5 NEGERI PR

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: