RSS

Kempen fitnah Anwar hanya aibkan diri’ – Tuan Guru Hadi Awang

09 Apr
Abdul Hadi Awang
Hadi menyampaikan hujah pada program Bicara Minda dan Sesi Dialog. Program dikendalikan oleh Tan Sri Abdullah Ahmad.
 

SHAH ALAM – Cubaan segelintir pihak menabur fitnah ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang semakin hebat menjelang pilihan raya umum, dibidas sekutunya dalam Pakatan Rakyat.

Menjawab pertanyaan peserta Bicara Minda dan Sesi Dialog anjuran Sinar Harian hari ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tumpuan sepatutnya diberikan kepada usaha membangunkan negara dan kebajikan rakyat.

“Tidak elok menjadikan kempen ini gelanggang fitnah. Untuk tegakkan kebaikan rakyat, masa depan negara, itu penting. Sangat penting,” tegas Hadi.

Bahkan menurut pemimpin utama Pas itu, budaya politik fitnah dalam siri kempen umpama meminggirkan dasar-dasar ekonomi dan pembangunan yang sepatutnya diutamakan.

“Yang fitnah ini hanya memalukan diri,” ujar Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.

Anwar yang juga ketua pembangkang menerima pelbagai tekanan dan dakwaan skandal seks yang dipaparkan menerusi blog pro Umno.
Dalam perkembangan terbaru,  blog pro Umno atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, telah memutuskan untuk bertanding sebagai calon Bebas menentang Anwar di Permatang Pauh.

Difahamkan, blog pro Umno merancang untuk mendedahkan kesemua salah laku Anwar dalam siri kempen beliau seterusnya menamatkan karier politik Anwar./SinarHarianOnline

 
Tinggalkan komen

Posted by di 9 April 2013 in PRU 13

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: