RSS

Sidek Baba : Campakkan baju ilmuan untuk pakai baju Syaitan yang Dikenali……

09 Apr


Setelah masuk ISA ketika zaman Reformasi 1999, nama Sidek Baba terus tenggelam dari persada Gerakan Islam.

Bekas orang kanan Anwar Ibrahim dalam ABIM ini tidak seperti Zahid Hamidi, Ezam Mat Nor dan seangkatan dalam reformasi. Zahid kini terus naik hingga jadi Menteri ATM. Ezam jadi senator.

Tetapi tidak bagi Sidek Baba. Setelah keluar ISA, seketika beliau mendiamkan diri hinggalah menjadi orang kuat UIA.

Beliau terkenal sebagai ilmuan intelektual. Juga kaya dengan memberi nasihat, motivasi dan pernah mengarang buku yang di depannya photo beliau bersama basikal tua.

Namanya melonjak umpama sebagai bapa yang memberi nasihat kepada anak-anak,ibubapa dan masyarakat. TV Hijrah dan Radio IKIM antara tempat beliau melontarkan idea dan pandangan selaku ilmuan.

Malangnya, beliau mengikuti jejak Dr Fazilah Kamsah. Menjelang PRU 13, dengan mencampakkan baju ilmuannya dan memakai baju “syaitan yang dikenali” !

Lebih malang lagi beliau kunjungi pejabat pencipta ‘Syaitan yang Dikenali”, Mahathir untuk bersama sehati sejiwa menyerang Anwar Ibrahim.

Kini beliau rela dilabelkan dengan Prof Kangkung yang memakai jubah Syaitan yang dikenali !

Sedihnya, dikala kapal UMNO sudah mula karam….Sidek Baba sedaya upaya berenang untuk menaikinya.

Sidek Baba : Campakkan baju ilmuan untuk pakai baju Syaitan yang Dikenali……

 
Tinggalkan komen

Posted by di 9 April 2013 in PRU 13

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: