RSS

Menjawab Dakwaan Ulama Pondok Tolak PAS Kelantan

10 Apr

Oleh Nik Mohamad Abduh

1) PAS Kelantan maju sejak sekian lama dengan sokongan para ulama pondok. Jika mereka tolak PAS, sudah pasti PAS semakin lemah, sedangkan PAS semakin kuat hari ini.

2) Majoriti besar tokoh ulama pondok Kelantan yang terkenal sentiasa mendukung perjuangan PAS. Sebaliknya, individu yang mendakwa mewakili pondok Kelantan hanyalah mula dikenali selepas dipopularkan oleh media kerajaan. Jelas, mereka bukanlah ulama besar Kelantan.

3) Lebih 20 institusi pondok di Kelantan telah memperbaharui ikrar mereka menyokong kerajaan PAS Kelantan. Ia mewakili hampir 90% pondok Kelantan. Adakah 10% boleh mendakwa mewakili pondok?

4) Pondok Pasir Tumbuh yang merupakan pondok terbesar di Kelantan tidak pernah berbelah bagi menyokong PAS Kelantan sejak dulu lagi.

5) Abdullah Saamah yang paling lantang menyerang PAS di Kelantan hanyalah mentadbir sebuah pondok di Tumpat yang mempunyai pelajar yang cukup dibilang dengan jari.

6) Kebanyakan hujah menolak PAS Kelantan hanyalah berkisar perbezaan pendapat dalam perkara furu’ fiqh dan akidah di kalangan ulama khalaf dan salaf di Kelantan. Ia telah dengan sengaja diseret ke dalam soal politik dengan niat memecah-belahkan sokongan pondok terhadap PAS Kelantan.

7) Hakikatnya, walaupun perbezaan perdapat dalam perkara furu’ akidah dan fiqh terus wujud, seluruh ulama Kelantan pelbagai aliran sepakat untuk bersatu berjuang menegakkan Islam melalui PAS. Pendakwa sebagai mewakili ulama pondok hanyalah cuba mengambil peluang melalui suara politik untuk menyerang dan memasyhurkan hukum-hakam mereka yang keras ke atas ulama yang tidak sealiran.

8) Hujah terkini berkaitan isu kalimah Allah hanyalah modal murahan menolak PAS. PAS sepakat melalui keputusan majlis syura ulamanya dengan pendirian yang sama dengan pendapat majoriti ulama Malaysia. Ia hanyalah bedilan peluru ke udara untuk mencetus kebisingan.

9) Sebaliknya, pendakwa sebagai mewakili ulama pondok tidak pula menyerang umno yang jelas mempermainkan kalam Allah. Antara kalimah Allah (dalam istilah Melayu) yang hanya satu perkataan (Allah) dan kalam Allah yang berjumlah 30 juz al Quran, mana lebih utama untuk dijunjung dan dipertahankan?

Bukankah pelik, menyokong umno sebagai ‘pejuang’ kalimah Allah, tetapi memejam mata terhadap sikap umno yang konsisten menentang kalam Allah dalam pemerintahan.

10) Menentang PAS yang menjunjung Islam dengan menyokong umno yang menjunjung sekularisme adalah hujah paling mudah untuk menolak pendirian pihak yang mendakwa mewakili pondok Kelantan. Ia menjadi tanda besar kecetekan ilmu dan maklumat yang telah pun dikongsi bersama oleh seluruh rakyat Malaysia.

Sumber Facebook Nik Mohamad Abduh

 
Tinggalkan komen

Posted by di 10 April 2013 in PRU 13

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: