RSS

Di Terengganu UMNO kata PAS kuda DAP, di Johor MCA kata DAP kuda PAS,mana betul

21 Apr

Oleh: smanifesto_final_coverenik

“Kata UMNO di Terengganu PAS kuda Tunggangan PAS, kata kata ini menjadi bahan kempen yang utama bagi UMNO Terengganu.Khabar dari Johor pula mengatakan MCA berkempen secara besar besaran menuduh DAP  membantu agenda Islam PAS, atau dengan kata kata lain, DAP kuda Tunggangan PAS.Timbul persoalan, mana satu betul ni? UMNO atau MCA?

Mungkin kedua duanya betul! sebab UMNO berkempan di kalangan orang melayu dan MCA di kalangan orang cina, harapan kedua duanya semua pengundi melayu di Terengganu dan pengundi cina di Johor masih hidup di bawah tempurung!

Inilah kaedah berkempen BN yang tiada nilai kerakyatan langsung.Kempen sebegini tidak akan membantu rakyat mendapat kehidupan yang lebih baik dan sekaligus menafikan dakwaan BN sendiri bahawa mereka yang telah membawa banyak kejayaan kepada negara.Ianya berbau perkauman dan tidak sedikitpun mampu membawa keharmonian kepada kehidupan majmuk negara.

UMNO turut menyalahkan LIM KUAN YEW kerana mengeluarkan Singapora dari Malaysia dan menuduh  DAP adalah proksi PAP Singapora yang bertujuan mengambil alih pentabdiran negara.Contoh yang sering diberi ialah DAP menang lebih banyak kerusi dari PAS dan PKR melayu yang menyebabkan kerajaan dikuasai oleh orang Cina.Tetapi mereka tidak perasan satu perkara, kalau DAP menang lebih banyak kerusi, ini bermakna PAS dan PKR melayu kalah banyak kerusi kepada UMNO.Sebab itulah kerajaan akan dikuasai oleh orang Cina, dan orang melayu yang masih memberi kepercayaan kepada UMNO akan mewakili pembangkang.Tetapi kalau pembangkang kuat, tidak semestinya DAP boleh melakukan sewenang wenangnya.Tetapi mampukah UMNO menjadi pembangkang yang kuat?

Malah apa yang berlaku di Singapora dulupun menyaksikan kelemahan UMNO untuk mempertahankan orang melayu Singapora walaupun mereka berada dalam kerajaan.Kesilapan orang melayu Singapora ialah kerana mereka percaya kepada UMNO yang akhirnya mengkianati mereka tetapi hari ini UMNO menyalahkan orang Cina atas kehilangan Singapora sedangkan yang nyata salah ialah mereka kerana sibuk mencuri wang rakyat, tidak memperdulikan nasib orang melayu Singapora.

Kini BN berkempen untuk menakut nakutkan orang melayu dan Cina.Orang melayu ditakutkan dengan kemungkinan menjadi seperti Singapora sedangkan orang melayu Singapora hari ini hidup lebih selesa dari orang melayu Malaysia.Orang Cina pula ditakutkan dengan negara Islam yang kononnya akan menyebabkan mereka tertindas.

Semuanya mengarut dan bohong.Tidak siapa tahu apa yang berlaku esok dan apa yang kita lakukan hari ini ialah untuk membaiki keadaan dengan harapan esok akan lebih baik dari hari ini dengan memberi pertimbangan kepada pilihan yang ada hari ini.Siapa pemimpin yang lebih baik, antara Najib dan DSAI siapa yang lebih berkarisma dan boleh dipercayai? antara LKS dan CSL siapa yang lebih baik? dan seterusnya…….

 
Tinggalkan komen

Posted by di 21 April 2013 in PRU 13

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: