RSS

Analisis : Jika tewas ‘Raksasa’ lah puncanya.

26 Apr

images (27)Oleh: MaZaShah

“Oleh demikian mereka memainkan isu hudud. Satu peluru dua sasaran. Sasaran pertama mereka ialah pengundi Melayu iaitu PAS tidak akan melaksanakan hudud kerana takut pada DAP, manakala sasaran keduanya ialah pengundi bukan Melayu….

PERTAMA
Pimpinan Pakatan Rakyat terutamanya ‘Raksasa-raksasa’ politik ini harus sedar bahawa rakyat meletakan harapan setinggi gunung kepada mereka. Rakyat mahukan perubahan dan Pakatan Rakyat sahajalah alternatif yang ada pada masa kini untuk melakukan perubahan.

KEDUA
Kesepakatan Pakatan Rakyat adalah satu aset penting yang amat dicemburui musuh. Kesepakatan yang ada diantara PAS, PKR dan DAP juga adalah salah satu faktor rakyat yakin dan sanggup memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk meneraju Malaysia selepas 5 Mei 2013.

KETIGA
Oleh demikian, pihak Barisan Nasional akan cuba sedaya upaya untuk memecah-belahkan perpaduan yang terjalin di antara PAS, PKR dan DAP. Jika Pakatan Rakyat berpecah-belah maka untunglah Barisan Nasional. Ini kerana rakyat akan hilang harapan dan keyakinan kepada Pakatan Rakyat. Secara logiknya mereka akan berfikir “jika mereka sendiri tidak bekerjasama, bagaimana pula ingin mentadbir negara?”.

KEEMPAT
Oleh demikian mereka memainkan isu hudud. Satu peluru dua sasaran. Sasaran pertama mereka ialah pengundi Melayu iaitu PAS tidak akan melaksanakan hudud kerana takut pada DAP, manakala sasaran keduanya ialah pengundi bukan Melayu iaitu PAS akan melaksanakan hudud dan ini menyebabkan pengundi bukan Melayu takut mengundi Pakatan Rakyat.

KELIMA
Maaf saya katakan, ‘Raksasa-raksasa’ politik ini baik dari Perlis hingga ke Gelang Patah,Johor telah termakan dengan umpan ‘terbaik’ dari Barisan Nasional. Maaf saya katakan ‘raksasa-raksasa’ ini tiada langsung strategi politik. Kenyataan mereka membawa kepada kemudaratan berbanding kebaikan tidak kira dari PAS mahupun DAP. Ini berbeza dengan pimpinan muda Pakatan Rakyat yang agak bijak dalam menangani isu ini.

KEENAM
Strategis-strategis di dalam Pakatan Rakyat diharap menasihati ‘raksasa-raksasa’ ini. Kerana keegoon mereka sukar dikawal. Satu persatu ‘raksasa’ ini muncul di media arus perdana. Ini sedikit sebanyak memberi kemenangan pengundi atas pagar kepada Barisan Nasional. (Jangan sombong berkata tiada siapa menonton TV3 dan membaca Utusan)

KETUJUH
Pakatan Rakyat harus sedar yang memberikan undi kepada mereka ialah rakyat dan mereka juga harus sedar bukan semua rakyat itu ialah ahli parti PAS/PKR/DAP. Oleh demikian, ‘mood’ pengundi juga boleh berubah pada bila-bila masa sahaja. Mereka boleh hilang keyakinan kepada Pakatan Rakyat kerana tiada istilah ‘wala’ kepada mereka untuk mewajibkan diri mengundi Pakatan Rakyat.

*Raksasa merujuk kepada mereka yang mempunyai pengaruh yang besar tetapi pada masa yang sama mereka membinasakan. dipetik daripada http://www.bangsarakyat.blogspot.com

 
Tinggalkan komen

Posted by di 26 April 2013 in PRU 13

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: