RSS

Banyak Kerusi BN yang menang tipis di Johor

08 May

dacingsengetPAKATAN RAKYAT dilihat semakin cemerlang terutama di negeri ini apabila calon mereka yang kalah dalam Pilihanraya Umum (PRU) 13 kebanyakannya mampu mengurangkan majoriti Barisan Nasional (BN).

Percubaan PR kali ini juga berbaloi apabila berjaya meraih 5 Kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN.

Dalam pada itu, BN pula dikatakan lemas dalam keadaan ‘syok sendiri’ mempertaruhkan frasa keramat ‘tiang seri UMNO’ bagaimanapun ada di kawasan majoriti Melayu seperti Sungai Balang, Gambir dan Layang-layang hanya menang tipis.

Daripada 26 Kerusi Parlimen yang dipertandingkan, tidak kurang 7 yang berstatuskan ‘nyawa-nyawa ikan’ buat BN.

Antaranya kerusi Parlimen Segamat, Labis, Ledang, Tebrau, Pasir Gudang, Muar dan Pulai.

Manakala di peringkat DUN yang berjumlah 56 itu pula, 15 daripadanya boleh dianggap sengit.

Antaranya Semerah, Paloh, Endau, Nusajaya, Bkt Permai, Bkt  Batu, Serom,  Bukit Naning, Sungai Balang, Senggarang, Layang-layang , Mahkota, Pemanis, Kemelah, Tenang, Pulai Sebatang dan Gambir.

Malah ada kawasan yang ditandingi PAS meningkat 100% sokongan seperti di DUN Kukup yang mempertaruhkan Ghazely Ayuib, Ketua Penerangan PAS Johor sebagai calonnya.

Ghazely berkata, meskipun tewas, beliau masih gembira dengan peningkatan sokongab pengundi terhadapnya.

“Kekalahan ini dianggap langkah positif kepada PAS untuk terus bertapak di kukup,” katanya lagi dalam satu kenyataa.

Ibn bacoks pula meramalkan, PRU ke 14 akan datang, PR mempunyai peluang keemasan untuk tawan pusat pentadbiran negeri Nusajaya dengan majoriti 2/3.

“Coretan dr DUN Mahkota, prestasi sejak 2004. Peningkatan undi bg PAS di Dun Mahkota tahun 2004 (4107) tahun 2008 (9009) dan tahun 2013 (18323). Kalah kali ni dgn 1100 undi, masih sukar utk atasi undi pos/undi awal sebanyak 6200 undi. Next election Mahkota akan hantar calon baru pulak, cukup lah tiga kali bertanding,” gurau Khairul Faizi Mohd Kamil, Setiausaha Pemuda PAS Malaysia.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 8 Mei 2013 in PRU 13

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: